Friday, April 27, 2012

TUNKU AZIZ CENDIAKAWAN MELAYU YANG TERPINGGIR

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Ramai di kalangan pemimpin BN dan Umno teruja dengan kenyataan  Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz semalam yang mengkritik tindakan parti pembangkang untuk mengadakan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Mungkin Tunku Aziz sendiri tidak menduga bahawa wajah beliau akan menghiasi muka depan akhbar-akhbar utama kerana beliau adalah pemimpin utama DAP. Kita puji sikap Tunku Aziz. Kalau mengadakan Bersih 3.0 itu salah, kita kata salah.

Sebelum menyertai DAP, Tunku Aziz diberikan kolum di dalam akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times. Tetapi apabila beliau mengambil keputusan menyertai DAP, serta merta kolum beliau di"bunuh" kerana beliau bukan lagi penyokong kerajaan walaupun pandangan beliau menerusi ruangan beliau itu membawa kebaikan kepada negara.

Itulah budaya berpolitik di Malaysia, sebuah negara demokrasi yang akan mencapai status negara maju dalam tempoh 8 tahun saja lagi.

Hari ini Tunku Aziz disanjung, diberikan muka hadapan di dada-dada akhbar, semata-mata kerana kenyataan beliau semalam. 

Sekiranya esok Tunku Aziz membuat suatu kenyataan yang pedih di telinga pemimpin Umno dan BN, adakah kenyataan beliau akan disiarkan oleh akhbar-akhbar utama walaupun kritikan beliau masuk akal dan dibuat demi kepentingan negara?

Jawapannya, pasti TIDAK. Tidak mengejutkan jika akhbar-akhbar utama mengadakan pakatan menghentam Tunku Aziz malahan sekiranya ada video yang boleh memburukkan beliau, ianya akan ditayangkan di khalayak ramai kerana Tunku Aziz mesti dimusnahkan.

Inilah masalah Umno. Sebelum Tunku Aziz menyertai DAP, di mana Tunku Aziz? Kenapa Umno tidak memberi tempat kepada beliau?

Siapa Tunku Aziz? Beliau bukan personaliti yang calang-calang orangnya. Beliau adalah bekas Penasihat Bank Negara. Bekas Pengarah Sime Darby. Pernah menjawat jawatan Pengarah Sekretariat Komenwel di London. Dilantik sebagai Penasihat Khas oleh Setiausaha Agung PBB Kofi Anan dan bekas Naib Pengerusi Transparency International.

Siapa Tunku Aziz? Tunku Aziz adalah seorang profesional. Seorang cendiakawan. Anak Melayu yang pandai dan bijaksana.

Di mana Tunku Aziz sebelum beliau menyertai DAP? Sebenarnya tiada siapa dalam Umno yang pedulikan Tunku Aziz semata-mata kerana beliau seorang anak Melayu yang pandai.

Di Malaysia, adakah seorang anak Melayu yang sepandai Tunku Aziz akan diberikan tempat di dalam Umno? Adakah Umno sanggup memberi kerusi Majlis Tertinggi Umno atau jawatan Ketua Bahagian kepada anak Melayu yang bijak seperti Tunku Aziz? Tepuk dada tanya selera!

Kalau kita kata YA kepada semua soalan ini, Tunku Aziz hari ini adalah Naib Presiden Umno dan bukannya Naib Pengerusi DAP.

Kita percaya Tunku Aziz menyertai DAP semata-mata kerana beliau kecewa dengan layanan buruk yang Umno berikan kepada cediakawan-cediakawan Melayu.

Berbuih mulut Tunku Aziz bercakap mengenai transparensi di dalam kerajaan dan sudah berjuta perkataan ditulis oleh Tunku Aziz melalui kolum beliau di sebuah akhbar Inggeris, adakah kritikan beliau diterima dan diambil peduli oleh Umno dan Kerajaan?

Mungkin kerana terlalu kecewa, beliau menyertai DAP.

Salah siapa? Salah Umno atau salah Tunku Aziz kerana belajar terlalu pandai sehinggakan Umno tidak dapat menerima beliau sebagai ahli?

Umno tidak salah dan Umno tidak pernah buat salah. Oleh itu, Tunku Aziz yang bersalah kerana terlalu rajin belajar sehingga beliau menjadi seorang yang cerdik dan pandai.

Tidak menghairankan kita, ramai ketua-ketua bahagian Umno yang kepandaiannya setakat lulus SPM saja.

Kita ambil contoh Umno Wilayah Persekutuan. Dalam masa 8 tahun, Malaysia akan menjadi negara maju. Kuala Lumpur akan menjadi bandaraya maju dan sudah pasti penerajunya untuk Malaysia maju ialah Ketua-Ketua Bahagian Umno di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tidak perlu kita ambil contoh Ketua-Ketua Bahagian di Kedah atau Terengganu kerana negeri-negeri ini adalah negeri-negeri pendalam atau negeri-negeri ulu. Kita ambil contoh Ketua-Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan yang banyak menghabiskan masa bercigar di Seri Pacific berhampiran PWTC dan beberapa hotel besar berhampiran mercu tanda negara, KLCC.

Lihatlah beberapa wajah Ketua Bahagian dari Wilayah Persekutuan ini. Ada di antara mereka tidak berpendidikan. Tiada kelayakan. Lebih teruk lagi, tiada pekerjaan kecuali kerjanya hanyalah sebagai Ketua Bahagian. 

Disebabkan oleh latarbelakang inilah, kita dihidangkan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya ada Ketua Bahagian menggunakan wang peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan program, digunakan untuk melancong ke London kerana pada pandangannya tiada guna menggunakan wang ini untuk orangramai kerana BN tiada peluang untuk menang di tempat beliau.

Kita mempunyai pemikiran seperti ini kerana kita membiarkan Umno dipimpin oleh mereka yang tiada pendidikan sementara cendiakawan Melayu kita dipinggirkan.

Kalau kita sayangkan Umno, seharusnya kita mengambil sikap keterbukaan di dalam parti dan kerajaan. 

Tunku Aziz mengkritik parti beliau sendiri kerana pada pandangan beliau ianya salah untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0. Adakah Umno bersedia membenarkan pemimpinnya membuat kritikan yang serupa terhadap pemimpinnya?

Adakah Umno mampu membenarkan ahlinya mengkritik tindakan kerajaan memberikan kontrak lebuhraya kepada isteri bekas Ketua Hakim dan seorang peguam mewakili Umno?

Parti Umno tidak rasis. Tetapi kita SELEKTIF.

Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus didakwa di mahkamah. Kita dakwa Khir Toyo tetapi kita tidak mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin di Sarawak dan di Sabah walaupun satu dunia mempertikaikan cara mereka mengumpul kekayaan mereka. Kita selektif.

Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus mendapatkan projek-projek kerajaan. Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus disiasat SPRM.

Kita SELEKTIF, bukan RASIS.

Inilah masalah kita dalam Umno.

Thursday, April 26, 2012

ZAHIDA RAFIK: SAYA BELUM BERUMAHTANGGA DENGAN SHAFIE APDAL

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau (Shafie Apdal) juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis.” - Zahida Rafik.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Sunday, April 8, 2012

SBPA: SIDEK CUCI TANGAN

Di kalangan penganalisis politik, satu persoalan menjadi perbualan hangat di antara mereka. Topiknya: Berapa peratus kakitangan awam kini menyokong BN dan Kerajaan?

Ketika isu SBPA memuncak, ada pandangan bahawa 80 peratus kakitangan awam tidak akan menyokong kerajaan di dalam PRU-13.

Untuk menyelamatkan keadaan, Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA dan mengumumkan kenaikan gaji antara 9% dan 13% untuk semua lapisan kakitangan awam. Adakah ini mencukupi?

Ada pandangan mengatakan keputusan membatalkan SBPA telah "menyejukkan" hati kakitangan awam.

Tetapi ramai juga berpendapat ianya "sejuk seketika" setelah menyedari "orang yang paling tidak digemari mereka", Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan, tidak dikenakan sebarang tindakan berikutan isu SBPA.

Agak mengejutkan, apabila khabarnya, Sidek dalam beberapa pertemuan dengan kakitangan awam secara terbuka membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dengan SBPA dan amat gembira SBPA dibatalkan.

Kalau benar cakap-cakap ini, ianya memalukan kerajaan. Tak masuk akal langsung seorang KSN tidak ambil peduli bagaimana skim gaji 1.4 juta pekerja dirangka.

Kalau benar Sidek bercakap begitu, maka beliau adalah seorang KSN yang tidak bertanggungjawab dan perlu diarah meletakkan jawatan serta merta.

Sesiapa saja boleh menjadi KSN kalau setiap kali ada masalah, orang di bawah beliau yang disalahkan.

KSN yang lemah, bebannya ditanggung oleh kerajaan. Sekirannya kakitangan awam tidak menyokong kerajaan, siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Sidek.

Friday, April 6, 2012

SHAFIE APDAL KETUA MENTERI SABAH YANG BARU

Saya pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan... sudah banyak tempat. Saya tidak pernah menolak (sebarang perlantikan)." - Shafie Apdal.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/6/nation/11057184&sec=nation

Sudah pasti ungkapan ini akan menimbulkan perlbagai spekulasi mengenai Shafie Apdal. Tetapi laporan akhbar hari ini menggambarkan bahawa beliau bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Musa Aman selepas PRU-13 nanti.

Khabarnya pertukaran Menteri Besar juga akan berlaku di Perlis, Terengganu, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.



PUTRAJAYA: Umno vice-president Datuk Seri Shafie Apdal is prepared to
contest a state seat in the general election amid talk that some factions in
the party want him to replace current Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

The Semporna MP, who has held his parliamentary seat for three terms
now, said it would, however, be up to the Barisan Nasional leadership
headed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to decide if and where he would contest.

When pressed on his preference, Shafie hinted that he would have no objection to letting go of his long-held parliamentary seat.

“I have been appointed the Deputy Defence Minister, Domestic Trade and
Consumer Affairs Minister ... (I’ve been appointed to) so many places
already. I have never rejected (my appointments),” he said with a smile after presenting certificates to graduates of the Skills Training and Career Programme 2011 session here yesterday.

Thursday, April 5, 2012

APABILA ANNUAR MUSA BERPOLITIK...

Persatuan Bolasepak Malaysia semalam menggantung Annuar Musa dari memegang sebarang jawatan di dalam persatuan bolasepak selama 30 bulan gara-gara kritikan Annuar terhadap prestasi menurun skuad bolasepak negara di bawah bimbingan jurulatih K.Rajagobal.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Ramai peminat menghentam FAM di atas tindakan tersebut. Bagi Jelapang, kemarahan peminat bolasepak lebih menjurus kepada mengkritik pengurusan FAM daripada menyatakan simpati terhadap Annuar.

Mutu bolasepak negara makin menurun jika dibandingkan dengan era Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, James Wong, Hassan Sani serta Matlan Marjan. Cara pengurusan FAM masih ditakuk lama mungkin disebabkan pimpinannya sudah ketandusan ide kerana sudah terlalu lama memimpin FAM. Kalau tidak silap Jelapang, kepimpinan FAM masih dipegang orang yang sama sejak Hamzah Abu Samah mengundurkan diri pada tahun 1984. http://www.olympic.org.my/museum/hof/ind/dsrtshhas.htm

Apabila FA of England melucutkan John Terry sebagai Ketua Pasukan atas dakwaan rasis, jurulatih
England Fabio Capello mengkritik keputusan tersebut. Capello dipanggil mengadap pimpinan FA England dan episod tersebut berakhir dengan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Kalau insiden di England ini dijadikan contoh, maka wajarlah Annuar dihukum sedemikian rupa.


Tetapi Jelapang lebih berminat untuk menganalisa episod FAM dan Annuar Musa ini dari perspektif politik.

Orang politik memang bijak dalam mencari platform untuk menonjolkan diri untuk kekal relevan dalam politik. Walaupun sudah "dipencenkan" dari politik, ramai akan mencuba nasib untuk menghidupkan roh politik mereka walaupun peluang hanya sebesar zarah.

Lihatlah Shahidan Kassim. Bagaimana beliau menggunakan KOAM untuk kekal relevan. Ibrahim Ali menggunakan NGO Perkasa dan tidak terkecuali Annuar melalui KAFA dan FAM.

Apabila menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM, Annuar dilihat mahu menghampiri KJ untuk menghidupkan semula karier politik beliau.

"Dia (Annuar Musa) terima jawatan itu (Presiden KAFA) untuk mudah jumpa Khairy...kalaupun tak dapat jumpa Perdana Menteri (Pak Lah) selalu pun tak apa...asal dapat jumpa menantunya (KJ)." Ini kenyataan yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Takiyuddin Hassan pada 2007 selepas Khairy menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM. http://siasahdaily.blogspot.com/2007/11/anuar-sedia-jadi-presiden-kafa-selepas.html

Maka impian Annuar untuk "bersentuh bahu" dengan menantu Pak Lah tercapai dengan menyandang jawatan Presiden KAFA dan seterusnya Timbalan Presiden FAM.

Sejak awal tahun ini, Annuar kerap tampil dengan kenyataan-kenyataan "menarik" mengenai bolasepak negara dan juga Kelantan.

Orang politik memang pandai berkata-kata untuk menarik perhatian dan sokongan terhadap mereka. Maka kenyataan Annuar mengkritik Rajagobal juga mengundang perhatian.

Dan orang politik pandai memilih masa yang sesuai untuk membuat kenyataan untuk menarik perhatian ramai di samping mengenengahkan personaliti mereka sebagai orang paling popular di kalangan ramai.

Annuar Musa antara yang mempunyai skil tersendiri ini.

Mungkin ianya satu kebetulan. Kenyataan mengkritik Rajagobal dibuat ketika negara sedang mengharung demam PRU-13.

Bukan itu saja. Annuar tampil dengan berlatarbelakang puluhan penyokong The Red Warriors untuk menggambarkan betapa popularnya beliau di Kelantan. Malah beliau lebih popular dari Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussien.

Semalam, selepas dijatuhkan hukuman oleh FAM, Annuar keluar dari Wisma FAM dan bertemu dengan 200 penyokong Kelantan. Dengan menggunakan loud hailer, Annuar memberi ucapan kepada penyokong-penyokong beliau.

Tidak ramai ahli politik yang mempunyai skil seumpama ini dalam usaha menghidupkan semula peluang politik beliau yang tinggal sekecil zarah itu.

Penyokong Kelantan mungkin kecewa Annuar digantung 30 bulan, tetapi Annuar kini berpeluang menghidupkan kembali karier politik beliau di Kelantan. Dan batu loncatannya ialah FAM dan FAM terperangkap dengannya.

Tidak menghairankan sekiranya selepas ini, puluhan penyokong Kelantan tampil dengan sepanduk mendesak Najib Razak mencalonkan Annuar di Kelantan. Dan tidak juga mustahil Annuar bakal "dilambung" sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru sekiranya Umno menang di Kelantan.

Annuar Musa orang lama. Veteran dalam berpolitik. Pelbagai cabaran, halangan, onak dan duri telah diredah beliau. Dituduh mempunyai hubungan dengan seorang artis ketika beliau bergelar Adun dan dituduh terlibat di dalam penyelewengan ketika beliau bergelar YB Menteri.

Annuar bukan calang-calang ahli politik. Kepada ahli politik muda, perjalanan politik Annuar boleh dijadikan pedoman buat mereka.

Sunday, April 1, 2012

KAMILIA: ADA TENTERA BERPENYAKIT DALAM UMNO

"Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang? Adakah kita mahu semua anggota sakit dan mati atau kita kuarantin dulu anggota itu hingga dia sembuh agar pasukan dapat terus mara ke medan perang. Kita sebagai Wanita perlu tahu makna solidariti yang sebenarnya." - Kamilia Ibrahim, Ketua Wanita Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

Di era ini, jarang kita dapat mendengar kenyataan pedas seumpama ini di dalam Umno. Ramai pemimpin-pemimpin Umno lebih sayangkan jawatan dari menegur parti semata-mata takut ianya menyentuh hati Najib Razak.

Kamilia ada integriti. Yang salah, katakan saja ianya salah walaupun ianya sukar untuk ditelan.

Kalau PRU-13 ini sukar, katakanlah ianya sukar. Tak payah berselindung dengan harapan untuk mengekalkan jawatan Menteri seperti mana dilakukan oleh seorang Menteri yang bakal mencecah usia 70an.

Tak payahlah bagi laporan yang tak boleh diterima akal atau menyuruh kakitangan sendiri memberi tepukan gemuruh pada Presiden dengan harapan Najib bertambah sayang padanya.

Thursday, March 29, 2012

KADAR JENAYAH: PEMANDU SYOK SENDIRI

Tahun lepas, Pemandu mengeluarkan satu kenyataan bahawa tahap kebimbangan rakyat terhadap kadar jenayah samun dan jenayah berat menurun dari 52% kepada 48.6%.
http://www.pemandu.gov.my/gtp/Press_Releases-@-PR_-_Malaysians_Fear_of_Crime_Index_Improves,_says_TNS_Research_International.aspx

Dan April tahun lepas, indeks jenayah dikatakan turun 15%.
http://www.pemandu.gov.my/gtp/Press_Releases-@-Safe_City_Monitoring_System.aspx

Hari ini, dilaporkan berita yang menyayatkan hati. Seorang ibu merelakan diri beliau dirogol untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada dijadikan mangsa.



Mum consents to rape to save kids

A MOTHER allowed herself to be sexually violated by an armed intruder at her home in Kampung Jawa here, last week to protect her children.


The woman, a 38-year-old housewife, was raped repeatedly while her four children were locked up, crying in an adjoining room.

The incident occurred at 5.45am when the woman was woken up by a man
armed with a pair of scissors.

The suspect, who covered his face with a piece of child's clothing, was believed to have broken into the house through a window.

He covered the woman's mouth with his hand and held a pair of scissors to her neck. The suspect warned the woman not to shout for help or he would kill her.

The victim was told to hand over her jewellery and cash.

The woman bundled RM300, two mobile phones, a bracelet and a pair of earrings into a pillowcase and handed it to the suspect.

The suspect then told the woman that he was going to rape one of her daughters and this was when she pleaded with him to take her instead.

By then, the children had woken up and the suspect locked them in the room. The woman's husband was away on a business trip.

He then went back to the mother, who allowed him to undress and rape her.

The woman later told police that instead of a condom, the suspect wrapped his private parts with a plastic bag.

The victim was slapped several times when she tried to stop him from raping her
again.

After the suspect fled, the victim called her neighbour for help before lodging a report at a police station.

She was sent to Tengku Ampuan Rahimah Hospital for a medical examination.

A police forensic team visited the scene and lifted several sets of fingerprints. They also found the pair of scissors and the child's clothing that the intruder used to cover
his face.

Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah confirmed the report but declined to elaborate.
http://www.nst.com.my/nation/general/mum-consents-to-rape-to-save-kids-1.67567#


Malangnya, Pemandu masih terus taksub dengan statistik daripada realiti.

Tuesday, March 27, 2012

BN MENANG 150 KERUSI DALAM PRU-13

150 KERUSI. Itulah jumlah kerusi Parlimen yang akan dimenangi Barisan Nasional di dalam PRU-13 nanti sekaligus memberinya mandat 2/3. Selangor dan Kedah akan jatuh ke tangan Umno.

Itulah laporan yang dikatakan dibentangkan oleh Rais Yatim menerusi Kementerian Penerangan kepada Perdana Menteri Najib Razak semasa pertemuan dengan pegawai-pegawai penerangan di PICC semalam.

Rata-rata di kedai kopi termasuk di Riverside orang bercakap mengenainya. Orang bercakap mengenai laporan kajian kebarangkalian keputusan PRU-13 yang disediakan oleh jentera penerangan di bawah Rais.

Lebih mengelikan hati, orang bercakap mengenai Menteri Penerangan naik ke pentas meminta pegawai-pegawai penerangan memberi tepukan gemuruh dan berterusan dari mula Najib masuk ke dewan sehinggalah beliau duduk.

Khabarnya, Najib sendiri merasa segan selepas dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku apabila beliau masuk ke dewan PICC nanti.

Kita tabik Najib. Beliau tidak mudah digula-gula dengan perkara seumpama itu.

Katanya, Najib di dalam ucapannya, memberi gambaran bahawa beliau tidak mudah dilalikan dengan "bunga-bunga" Kementerian Penerangan yang kononnya BN akan menang 150 kerusi.

Malahan Najib dikatakan berkata beliau mempunyai maklumatnya sendiri bahawa suasana politik bukan seperti yang digambarkan oleh Kementerian Penerangan dan BN menghadapi tentangan hebat di 6 negeri.

Kalau lah kita yang menyediakan laporan tersebut, kita akan malu sendiri.

Tetapi tidak kepada mereka yang tebal mukanya termasuk mereka-mereka yang pernah membakar jambatan yang mahu menongkat langit.

Friday, March 23, 2012

SHAHRIZAT SAYANG JAWATAN DARI UMNO

“People are poking fun at Wanita and calling us cows'. The Wanita grassroots are saying susah nak kerja (it's difficult to work with the issue over their heads)'. And the Opposition is telling us not to do anything about it because it will make their work (for the general election) easier. As a leader, we have to listen to what the grassroots are saying".

"Wanita kini diperlekehkan dan mereka memanggil kita "lembu". Wanita akar umbi merasakan susah nak kerja (susah nak kerja apabila dibelenggu dengan isu). Dan pembangkang mahukan kita tidak melakukan apa-apa kerana ia akan memudahkan kerja mereka semasa PRU nanti. Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar keluh kesah mereka-mereka di akar umbi." - Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/22/nation/10962209&sec=nation

Hari ini di PWTC, Najib Razak dan Shahrizat Jalil akan berdiri di pentas untuk berhadapan dengan pemimpin Wanita untuk memperjelaskan isu lembu dan Shahrizat.

Semalam, penyokong-penyokong Shahrizat "sesak nafas" cuba mempertahankan Shahrizat berikutan kenyataan Kamilia. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/22/nation/20120322172848&sec=nation

Wanita dan Presiden parti perlu menerima hakikat. Hakikatnya imej Wanita berada ditahap paling teruk hari ini akibat dari isu lembu yang melibatkan Ketua Wanita.

Wanita diperli, dihina. Walaupun tindakan sudah diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini, ianya masih belum mencukupi.

Apakah Umno mahu Shahrizat menjadi "muka" atau "ikon" Wanita pada kempen PRU nanti? Apakah muka Shahrizat mahu dipasarkan sebagai "model contoh" Wanita Umno semasa pilihanraya nanti?

Tidak memeranjatkan kalau pembangkang meletakkan imej-imej lembu sepanjang jalan semasa kempen PRU nanti? Apakah kita sudah memikirkan bagaimana untuk melawan kempen pembangkang pada PRU-13 nanti?

Cara Shahrizat bertindak sekarang ini cukup menggambarkan beliau sayangkan jawatan pada parti.

Parti tidak pernah berhutang pada Shahrizat. Parti berbudi dan Shahrizat berhutang kepadanya. Kehidupan Shahrizat berubah kerana Umno. Jika tidak, Shahrizat tak ubah macam ahli-ahli Wanita lain di kampung yang berharap kepada sumbangan kecil ketua-ketua wanita untuk ke KL menghadiri perjumpaan Umno.

Kalau Shahrizat sayangkan Umno, petang ini, di hadapan ribuan ahli Wanita, Shahrizat mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita.

Contohi lah Dr Mahathir Mohamad. Berundurlah. Sekiranya Raja Ropiah Raja Abdullah, Maznah Hamid, Rahimah Mahamat, Armani Mahiruddin dan Rosni Zahari berlari ke rostrum seperti mana yang dilakukan oleh Rafidah Aziz pada Dr Mahathir dahulu, Shahrizat hanya perlu sebut: "dah lama dah". http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/23/nation/10974589&sec=nation

Sunday, March 11, 2012

8 APRIL HARI TERAKHIR SHAHRIZAT SEBAGAI MENTERI

Sebelum Najib Razak mengumumkan tidak akan menyambung tempoh Senator beliau, Shahrizat Jalil hari ini mengumumkan tidak akan meneruskan khidmat beliau sebagai Menteri pada 8 April apabila tamatnya tempoh tiga tahun beliau berkhidmat sebagai Senator.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Seharusnya, Shahrizat meletakkan jawatan lama dahulu apabila isu lembu yang melibatkan keluarga beliau dimainkan oleh pembangkang.

Selepas 4 bulan lebih dan selepas isu ini dikacau sampai menjadi bubur di akar umbi dan menyedari Najib tidak akan menyambung tempoh Senator beliau, hari ini Shahrizat mengumumkan untuk tidak terus memegang jawatan Menteri selepas 8 April.

Bagaimanapun beliau akan terus menerajui Wanita Umno.

Saturday, March 10, 2012

NAJIB LEBIH POPULAR DARI KERAJAAN



Populariti Najib Razak kembali kukuh selepas 6 bulan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center, populariti Perdana Menteri meningkat 10 peratus, kepada 69 peratus dan antara sebabnya ialah pemberian RM500 di bawah program BR1M kepada golongan masyarakat berpendapatan bawah RM3,000.


Bagaimanapun, kajian tersebut juga menyebut hanya 48 peratus rakyat gembira dengan kerajaan.


Pilihanraya dijangka diadakan di antara 26 Mei sehingga 10 Jun tahun ini. Pilihanraya kali ini dijangka pilihanraya paling getir di dalam sejarah politik negara.


Rata-rata seluruh dunia, kerajaan bertukar. Hanya beberapa negara termasuk Malaysia Kerajaannya masih kekal di bawah pemerintahan parti yang sama sejak merdeka. Pertukaran kerajaan merupakan perkara biasa di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.


Di kalangan negara Asean, Indonesia, Thailand dan Filipina sudah beberapa kali tampuk pemerintahan bertukar tangan.


Apakah ianya akan berlaku di Malaysia? Kalau PRU-13 getir buat Barisan Nasional, ramai penganalisis melihat PRU-14 akan menentukan hidup mati BN dan Umno.


Rakyat Malaysia hari demi hari tahap pendidikannya semakin tinggi. Kalau dalam tahun 70an, mempunyai sijil 6 senawi dan Darjah 6 sudah dikira bijak, sekarang mungkin tiada seorang pun rakyat kita tidak melepasi Tingkatan 5. Jumlah pemegang diploma dan ijazah sudah ratusan ribu.


Hasil terkini kajian Merdeka Center mungkin menyenangkan hati Najib dan penyokong-penyokong beliau. Tetapi di akar umbi, ada yang merungut bahawa hanya Najib saja yang popular sementara parti semakin jauh di hati rakyat.


Untuk berlaku adil pada Najib, apa lagi yang dapat dilakukan beliau. Itulah yang terbaik dapat dilakukan oleh beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.


Siang malam beliau turun ke akar umbi memancing undi untuk BN dan Umno. Malangnya usaha beliau ini disekat oleh sikap Menteri-Menteri Kabinet tertentu, pimpinan Umno terdahulu serta isteri-isteri pemimpin Kerajaan.


Kita terbaca komen Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengenai suasana politik negara.


Sebenarnya masalah politik negara hari ini yang ditanggung oleh Najib adalah legasi dan tinggalan mereka termasuk Pak Lah. Mereka patut tepuk dada, tanya selera.


Kita merasakan PRU-13 ini tiada perubahannya seperti PRU-12. BN akan menang, tetapi akan hidup dihujung tanduk kerana sejak PRU-12, kita masih gagal melihat tanda-tanda keinsafan di kalangan pemimpin BN.

Saturday, March 3, 2012

TENGKU AZLAN: NAJIB POPULAR, BN TIDAK

"Even our present PM has got some vision but in many areas he’s also weak. But he has worked his way up there and I would say Datuk Seri Najib Razak has got his vision and I believe he is gaining popularity. But not BN. If you ask me, today BN is not popular."

"Perdana Menteri sekarang juga mempunyai beberapa visi tetapi beliau juga mempunyai kelemahan dalam banyak perkara. Bagaimanapun beliau telah berusaha dan saya akan katakan Najib Razak mempunyai visi beliau sendiri dan saya percaya beliau kini meraih populariti. Tetapi tidak BN. Kalau kamu tanya saya, BN hari ini tidak popular." - Ahli Parlimen Jerantut Tengku Azlan Abu Bakar.

Artikel penuh di sini: http://www.mmail.com.my/story/tengku-azlan-i-am-frustrated

Sunday, February 26, 2012

SELESAIKAN ISU LEMBU!



Lihatlah sendiri betapa seriusnya isu lembu ini kepada Umno dan BN. Hampir setiap hari ada saja video dan bahan internet baru diadakan untuk memberi gambaran negatif terhadap Umno dan BN.

Pokoknya, adakah Umno mahu menghabiskan masa semasa kempen PRU-13 ini hanya menangkis serangan pembangkang mengenai isu lembu ini?

Desakan demi desakan telah dibuat termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tindakan diambil terhadap Shahrizat Jalil atau Shahrizat sendiri berundur secara sukarela, tetapi sehingga hari ini, Shahrizat masih tidak berganjak dari mempertahankan kedudukan beliau.

Memang benar, pengunduran Shahrizat tidak akan mematikan isu lembu ini, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyakinkan pengundi bahawa kita sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini.

Semalam polis sudah mencadangkan kepada Peguam Negara agar pengarah-pengarah NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat di dakwa kerana pecah amanah.

Kita amat berharap Peguam Negara akur dengan cadangan pihak polis.


Polis cadang Peguam Negara dakwa Pengerusi Eksekutif NFC



--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 25 Feb. – Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail (gambar) atas pertuduhan pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

“Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Isu NFC yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. – BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Wednesday, February 22, 2012

SBPA: KSN SIDEK HASSAN PERLU DIPERSALAHKAN

"..kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012." - Najib Razak, Perdana Menteri, ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas. http://mynewshub.my/2011/10/07/tiga-berita-gembira-untuk-penjawat-awam/

"Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja. Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta." - Kandungan sepucuk surat yang disiarkan di dalam ruangan komen Cuit Sikit hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Niat kerajaan murni, menaikkan pendapatan kakitangan awam dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup mereka.

Sebaliknya niat murni ini bertukar menjadi masalah politik besar kepada kerajaan. Salah siapa?

Sehingga hari ini, tiada seorang pun dari Perkhidmatan Awam yang sanggup tampil mengaku bertanggungjawab dan memohon maaf atas segala kesulitan yang ditimbulkan dari Skim Baru Perkhidmataan Awam ini.

Di mana Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan? Kenapa membisu?

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir hari ini menghentam Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri kerana membisu dalam mempertahankan kerajaan.

Mungkin Musa juga haruskan memasukkan nama Sidek di dalam senarai Menteri-Menteri ini kerana KSN juga merupakan ahli Kabinet Najib Razak.

Tak perlulah kita mengulas panjang isu ini. Cuit Sikit telah menghurai panjang mengenainya. Berikut ialah tulisan penuh Cuit Sikit.

Jika isu ini tak selesai, jangan harap PRU-13 BOLEH diadakan...

Oleh Zaini Hassan

ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.

Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.

Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.

Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).

Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:

* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)

* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)

* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)

* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)

Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.

Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.

Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.

Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.

Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.

Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.

Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?

Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?

Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.

Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.

Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''

Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)

Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.

Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.

Thursday, February 9, 2012

PENGUNDI CINA AKAN BAWA BENCANA PADA BN

"Kalau kita menyingkap semula sejarah, iaitu sejarah PRU lalu pada 2004, 1999, dan 1995. Dalam tiga PRU itu sebenarnya masyarakat cina memberikan sokongan yang meyakinkan kepada BN sehingga banyak kubu pembangkang telah tumpas, itu membuktikan pada ketika itu kaum Cina menaruh kepercayaan melalui MCA. Sokongan kaum Cina terhadap BN nampak begitu tenat hari ini. Apa yang berlaku pada tsunami politik yang 2008 bukan sesuatu petanda baru tetapi sudah ada tanda-tanda awal. Semua parti komponen perlu terus terang apa yang tidak kena dalam hal ini, jika dibiarkan ianya berlarutan akan jadi satu bencana kepada BN pada PRU-13."

"Pada keseluruhannya kaum Tionghoa memang beriktizam untuk menuntut keadilan­ atas beberapa keadilan misalnya dari segi peluang ekonomi. Saya faham , memang ramai pihak cakap kaum Cina sudah dapat sekian banyak peratusan daripada hasil ekonomi negara, tetapi perlu diingat bahawa peratusan yang dimaksudkan itu sebenarnya tertumpu kepada golongan yang tertentu khasnya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tertentu. Bukannya peniaga kecil. Kalaulah kita cuma menganalisakan soal peratusan sahaja agak tercicir kerana apa yang rakyat mahu adalah peluang." - Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tee-keat-sokongan-cina-tenat-1.22732

Kenyataan ini dibuat oleh Ong Tee Keat dalam satu temuramah yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

Sekurang-kurangnya, Tee Keat berterus-terang mengenai isihati pengundi Cina terhadap kerajaan. Apa yang hendak disampaikan oleh Tee Keat ialah pengundi Cina pada PRU kali ini tidak akan menyokong MCA dan Kerajaan dan seperti kata beliau SOKONGAN KAUM CINA TERHADAP BN KINI TENAT.

Kita juga bersetuju dengan pandangan Tee Keat bahawa ramai kaum Cina yang tidak puashati dengan pembahagian ekonomi negara.

Rasanya, apa yang dimaksudkan oleh Tee Keat ialah Cina yang kaya akan terus kaya dan bertambah kaya dan Cina yang miskin, akan terus papa kedana dan tidak terbela.

Apa tidaknya, Perdana Menteri saling bertukar, towkay Cina yang sama juga menjadi pilihan. Tiada nama jutawan Cina baru yang timbul. Mungkin inilah yang menjadi kemarahan pengundi Cina.

Wednesday, February 8, 2012

SOI LEK MESTI LAWAN JUI MENG

"Tak kira di mana saja, Bakri, Gelang Patah atau Segamat, saya secara ikhlas menjemput Chua Soi Lek bertanding menentang saya di dalam PRU-13." - Chua Jui Meng, Ketua PKR Johor.
http://www.thesundaily.my/news/288488

Apa reaksi Presiden MCA, Chua Soi Lek?
“Sebagai presiden, saya bertekad untuk menjadi contoh kepada ahli dan akan hanya bertanding di kerusi yang orang lain tak mau bertanding atau di kerusi yang tiada calon boleh menang." http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/8/nation/10695998&sec=nation

Soi Lek seharusnya mencontohi bekas Presiden MCA Lee San Choon yang menewaskan orang kuat DAP Chen Man Hin di Seremban pada 1982. Mungkin juga Soi Lek sedang memikirkan menentang Lm Kit Siang di Ipoh Timur ataupun Lim Guan Eng di Pulau Pinang kerana di kerusi kedua-dua pemimpin pembangkang ini "tiada calun boleh menang dan kerusi yang orang lain tak mau bertanding".

Ramai pemimpin Umno tidak takut berhadapan dengan pembangkang. Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali ditentang oleh Presiden Pas Yusof Rawa (Dr Mahathir tewas pada 1969 di Kota Setar Selatan) dan sekali di tentang oleh Presiden Hamim Sudin Wahab pada 1990 di Kubang Pasu.

Sebenarnya pemimpin BN mesti berani mengharungi cabaran untuk meniup semangat kepada ahli di akar umbi.

Jangan hanya memikirkan untuk bertanding di kerusi selamat. Kalah menang di dalam pilihanraya perkara biasa.

Pada pilihanraya 1999 ramai pemimpin UMNO tewas, antaranya ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ; Tan Sri Abdul Hamid Othman ; Yusof Noor ; Datuk Dr. Ibrahim Saad ; Datuk Ibrahim Ali; Datuk Idris Jusoh; Datuk Abu Bakar Daud; Datuk Tengku Mansor Mahmud; Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Parit); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli) dan ; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa (Peringat).

Ada di antara mereka ini masih aktif dan bernafas semula dalam politik. Oleh itu, tak perlu Soi Lek takut menentang Jui Meng kerana beliau ada lah Presiden parti.

Seorang presiden perlu berani. Presiden yang kecut hanya akan melemahkan semangat parti.

Monday, February 6, 2012

SHAHRIZAT & LELAKI PKR JAMBU

"... seorang pemimpin parti pembangkang telah mengintip pergerakan saya selama tiga bulan bagi mengetahui secara terperinci perjalanan hidup saya. 'Sebenarnya, individu ini mahu menjadi Ketua Wanita UMNO dan Wanita BN memandangkan Wanita mempunyai ahli seramai 1.3 juta berbanding parti yang dipimpin beliau itu tidak ramai ahli. Wanita bercadang menghantar pakaian berwarna merah dan putih bagi menghargai hasrat yang diidamkan oleh individu berkenaan. Saya belum pernah berjumpa lelaki ini tetapi ada melihat gambarnya dan nampak 'jambu' serta cantik sekiranya dia mengenakan pakaian yang akan kita hantar nanti. " - Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Menurut sebuah portal berita, lelaki jambu yang dimaksudkan Shahrizat ialah Rafizi Ramli, strategis PKR yang mendedahkan isu lembu membabitkan keluarga Shahrizat.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-umno-akan-beri-rafizi-baju-kurung-merah-putih-kata-shahrizat/

Dan Rafizi, menjawab kenyataan Shahrizat bahawa: "berapa banyak pun baju Wanita Umno dihantar oleh Shahrizat kepada beliau, beliau akan tetap mendedahkan salahlaku di dalam isu lembu dan meminta Shahrizat menjawab segala dakwaan yang disertakan bukti kukuh dan mengurangkan lawak jenaka semasa sidang akhbar beliau."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/prove-non-involvement-in-nfcorp-rafizi-tells-shahrizat/

Sunday, February 5, 2012

SHAHRIZAT: LAUTAN & DAKAPAN

"Setitis air di lautan tidak menjadikan lautan. Kamu perlu tahu mereka yang meminta saya berundur, jika dilihat pada latar belakang politik dan jika kamu buat kajian yang cetek pun, kamu akan tahu kenapa mereka suruh (berundur). Mungkin golongan bapa tidak memahami naluri wanita tetapi saya tidak sesaat pun rasa diketepikan. Malah, di mana-mana pun saya pergi, dakapan mereka kepada saya lagi kuat sebab mereka juga seorang ibu, isteri dan pemimpin seperti saya." - Shahrizat Jalil.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Saturday, February 4, 2012

MEGAT NAJMUDDIN: SHAHRIZAT BERSALAH

“Malangnya, beliau (Shahrizat Jalil) bersalah kerana hubungan beliau (dengan suami dan anak-anak yang terlibat dengan skandal lembu). Itulah lumrahnya dalam politik terutamanya apabila yang didakwa adalah suaminya. Berapa ramai suami akan mendedahkan segala-galanya kepada isteri? Shahrizat adalah sahabat lama saya tetapi saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan pandangan Rafidah Aziz bahawa SHAHRIZAT PERLU MELETAKKAN JAWATAN." - Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno.
http://www.mmail.com.my/story/%E2%80%98guilty-association%E2%80%99

Radikal mana pun pandangan seseorang terhadap kedudukan Shahrizat dalam Kabinet dan parti, tiada apa yang akan berlaku kecuali, seperti kata Shahrizat, Perdana Menteri akan menentukannya.

Kalau Najib Razak mahukan Shahrizat kekal, kekallah beliau sebagai Menteri Kabinet dan Ketua Wanita Umno.

Kepada pengkritik, mereka tidak lebih dari syok sendiri melihat kenyataan mereka menghiasi laman-laman akhbar.

Sementara itu, Shahrizat terus tampil dengan kenyataan-kenyataan yang berani.

Hari ini di Beruas, Perak, Shahrizat berkata: "serangan yang dilemparkan terhadap saya menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian. It”s okay... kita orang politik... lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

Seperti yang kita katakan, ianya terpulang kepada Najib.