Sunday, May 31, 2015
NAJIB RAZAK PERLU LEBIH GENTLEMAN DARI HASSAN MALEK. HADIR PARLIMEN JAWAB ISU 1MDB
KASIHAN Najib Razak.
Disuruh ke Gopeng, pergi Gopeng. Di suruh ke Kuantan, pergi Kuantan. Semalam di suruh ke Perlis, pergi Perlis. Entah minggu depan disuruh ke mana pula, Wallahualam.
Pagi-pagi subuh dah bangun, siapkan diri nak terbang ke hulu dan hilir dihujung minggu. Begitu lah kehidupan Najib dan isteri, Rosmah Mansor, sejak akhir-akhir ini akibat skandal 1MDB.
Semalam di Perlis, Najib terpaksa memberitahu rakyat Perlis "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian."
Nyata sekali tidur pun terjejas kerana krisis 1MDB.
NASIHAT Jelapang, tak perlulah Najib menyengkang mata, menyeksa diri, bangun subuh-subuh berlari ke airport untuk hadir tiga atau empat program sehari. Rakyat pun hendak juga bercuti di hujung minggu. Tambah-tambah lagi sekarang ini musim cuti sekolah.
Perlu juga ada sedikit simpati kepada Ketua-ketua Perhubungan dan Ketua-ketua Bahagian yang terpaksa bersusah payah mencari bas untuk membawa petani, nelayan, peneroka dan ahli Umno untuk duduk berdiri di depan Najib untuk mendengar rintihan beliau "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian".
KERISAUAN Najib ini boleh DISELESAIKAN dengan mudah. Tidak perlu belanja wang untuk kumpul 5,000, 12,000, 30,000 atau 40,000 orang.
NAJIB HANYA PERLU HADIR DI PARLIMEN dan berjumpa dengan 221 Ahli-Ahli Parlimen yang juga SAHABAT beliau yang sesetengahnya beliau kenal lama - tiga-empat penggal.
Mereka ini rakan-rakan beliau. Lagipun sekarang ini Parlimen sedang bersidang.
Datanglah, berdiri dalam Parlimen untuk satu jam, mungkin antara jam 10pagi-11pagi, dan JAWAB semua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh SAHABAT-SAHABAT Ahli Parlimen beliau mengenai 1MDB.
Datanglah untuk sekejap saja. Tidak perlu lagi Perdana Menteri meminta bantuan Shahril Samad, Rahman Dahlan, Salleh Keruak untuk MENJAWAB BAGI PIHAK BELIAU.
Mereka-mereka ini sudah pasti tidak tahu semua perkara mengenai 1MDB dan hanya beliau saja yang tahu segala-galanya mengenai urusan 1MDB.
HADIRLAH DI PARLIMEN.
YAB Dato' Sri tidak perlu takut.
Tengok Hassan Malek. Cukup gentleman. Kena kutuk pun berani pergi ke Parlimen untuk berhadapan dengan rakan-rakan Ahli Parlimen beliau dan JAWAB apa saja soalan yang dilontarkan ke arah beliau.
Kita yakin tahap gentleman Najib lebih tinggi dari Dato Seri Hassan Malek.
Saturday, May 30, 2015
JHO LOW DAH BALIK. PEMUDA UMNO LUPAKAH DESAKAN DULU? TAHAN PASPOT JHO LOW
Gambar ini disiarkan oleh sebuah akhbar Inggeris semalam ketika bilionaire Cina, Jho Low, berada di dalam pesawat Cathay Pacific dalam penerbangan KEMBALI ke Malaysia.
http://www.theantdaily.com/Main/Jho-Low-is-back-in-town-is-he-here-to-face-the-PAC
Maka Jelapang teringat kepada kata-kata GARANG Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin: "Jho Low perlu DISIASAT di atas penglibatan beliau di dalam 1MDB. Cap jari nya terlekat merata di dalam 1MDB. Saya berharap PAC dapat memanggil Jho Low di dalam prosiding PAC".
Itulah lebih kurang kenyataan Pemuda Umno.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/20/pac-siasat-jho-low/
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/khairy-jho-lows-fingerprints-all-over-1mdb-must-not-escape-pacs-eye
SEKARANG JHO LOW sudah berada di tanahair.
Mana Ketua Pemuda Umno Malaysia? Tak boleh kah Pemuda dan Khairy MENDESAK kerajaan MENAHAN PASPOT JHO LOW SUPAYA BELIAU TIDAK MENINGGALKAN NEGARA SEHINGGA SIASATAN KE ATAS 1MDB SELESAI?
Tak mungkin Pemuda Umno MUDA-MUDA LAGI DAH MUDAH LUPA?
Friday, May 29, 2015
SHAHRIL SAMAD PELAKUN TAMBAHAN DALAM SANDIWARA 1MDB
MENURUT Ketua Umno Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee, Pengerusi BNBBC Shahril Samad BERTEMU CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada malam Rabu di sebuah restoran bernama Aloft, di KL Sentral di Kuala Lumpur.
Shahril dahulu dan Shahril sekarang nampak sudah lain.
Dulu Shahril dalam kelompok Menteri-Menteri yang amat dihormati di era Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Hussein Onn.
Tetapi Shahril sekarang sudah berubah. Mungkin zaman sudah berubah.
Dulu-dulu skandal melibat RM2 bilion, RM3 bilion. Skandal sekarang melampaui puluhan bilion ringgit sampai ke RM42 bilion.
Baru-baru ini Shahril mendesak Menteri Kabinet yang tidak faham isu 1MDB supaya meletakkan jawatan.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/26/bnbbc/
Sekarang kita maklum kenapa Shahril begitu memahami isu 1MDB.
Sementara itu, Syed Ali menggambarkan ketidakhadiran Arul untuk pendengaran 1MDB sebagai satu SANDIWARA.
Baca di SINI: http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/05/1mdb-arul-his-predecessor-and-board.html
Wednesday, May 27, 2015
1MDB: DRAMA NUR JAZLAN & PAC
NUR JAZLAN Mohamed adalah antara sekumpulan kecil Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Umno yang masih ada sisa-sisa kredibiliti.
Tetapi semalam kita mula sangsi akan kredibiliti beliau sebagai Pengerusi PAC apabila CEO 1MDB Arul Kandasamy dan Shahril Halmi tidak hadir untuk pendengaran 1MDB.
Drama apa yang dimainkan Nur Jazlan? Skrip apa yang dipakai Nur Jazlan semalam.
Tak mungkin kedua-dua CEO dan bekas CEO 1MDB berani ponteng pendengaran PAC kecuali ada skrip drama tertentu. Katanya Arul dan Shahrol ada komitmen di luar negara (Shahrol pergi tak jauh mana pun. Singapura sahaja).
Spekulasi di akar umbi mengatakan Nur Jazlan antara pelakunnya.
Hari ini Nur Jazlan berkata PAC mungkin akan memanggil Najib Razak untuk memberi keterangan.
Kita amat berharap sangat ini bukan satu lagi drama Nur Jazlan dan PAC.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/27/1mdb-auditors-to-be-called-in-next-week/
Tuesday, May 26, 2015
SEBARANG KOMITMENT KEWANGAN 1MDB PERLU KELULUSAN NAJIB?
SEMUA urusan kewangan perlu kelulusan Najib Razak?
Benarkah?
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mendedahkan mengenai tatacara perjalanan 1MDB.
Katanya terdapat satu perenggan yang menyatakan bahawa sebarang KOMITMEN KEWANGAN 1MDB MESTI MENDAPAT KELULUSAN BERTULIS NAJIB.
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/leaked-documents-show-pms-approval-required-for-all-1mdb-deals
Kita tunggu PENJELASAN Najib pula!
Monday, May 25, 2015
PAC & NUR JAZLAN TAK ADA TARING! ARUL & SHAHROL ELAK PAC ATAU DISURUH ELAK?
KETIKA 1Malaysia menaruh harapan kepada Nur Jazlan Mohamed dan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) untuk merungkai RAHSIA BESAR di dalam 1MDB, tiba Nur Jazlan menangguhkan pendengaran kononnya CEO 1MDB sekarang Arul Kandasamy dan bekas CEO Shahrol Halmi tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.
Benarkah ada urusan rasmi?
Arul dan Shahrol ELAK PAC atau DISURUH ELAK?
PUAD ZAKARSHI "ATTACK DOG" NAJIB YANG CUKUP HEBAT
BARU 2 bulan 9 hari dapat kontrak 2 tahun sebagai Ketua Pengarah Jasa, Puad Zakashi sudah menunjukkan kehebatan beliau sebagai "attack dog" Najib Razak. (tukang pukul - (orang Melayu akan sensitif kalau guna perkataan anjing penyerang).
TIMBALAN PRESIDEN UMNO Muhyiddin Yassin dilabel Puad sebagai "PEMALAS", bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin dilabelkan 'PEMIKIRAN SEMPIT" dan di dalam Twitter beliau, Puad menulis mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri yang dikasihi rakyat, dan diakhir ayat beliau, Puad menemplak Tun Dr Mahathir dengan menulis "shame to you."
Bagi akar umbi, Puad tak akan berani menemplak Timbalan Presiden Umno dan Tun Dr Manathir sedemikian rupa TANPA RESTU Najib.
Najib, jika tidak suka pada Muhyiddin Yassin lagi, tak payahlah guna "attack dog" macam Puad.
Semua orang Umno termasuk ketua-ketua cawangan sudah menonton video YouTube luahan hati Muhyiddin di Janda Baik baru-baru ini.
Jahat sangat kah bahasa yang digunakan Muhyiddin sampai dihina oleh Puad sedemikian rupa? Muhyiddin hanya memberi pandangan beliau demi masadepan Umno dan kerajaan dan dengan jelas beliau menyebut beliau MENYOKONG PRESIDEN UMNO tetapi tidaklah MENYOKONG MEMBUTA TULI seperti sesetengah Ketua Bahagian.
Tingkah laku Puad ini hanya jadi BAHAN KETAWA di akar umbi.
Kita tahu kaitan Puad di antara jawatan Pengerusi Risda dan jawatan Ketua Pengarah Jasa.
Lagipun status jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jasa meragukan kerana beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bercanggah dengan peraturan PAC.
Jika Najib merasakan bahawa kelakuan Puad ini menguntungkan beliau, teruskan lah.
Tetapi kami di bawah meluat dengan perangai Puad ini.
Sementara itu Jelapang sempat menjenguk facebook Puad, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat yang ditolak oleh rakyat Batu Pahat. (Sedikit peringatan sejarah untuk kita. Batu Pahat adalah salah satu tempat kelahiran Umno).
Berikut satu petikan dari Facebook Puad:
Sunday, May 24, 2015
NAJIB: ANGKA BUKAN SEGALANYA, AFFIFUDIN: SAYA TAK SOKONG NAJIB
"HARI ini kita kumpulkan 12,000 orang, kalau kita hendak kumpul 20,000 pun boleh, 40,000 orang pun boleh. Saya di Tawau, Sabah minggu lalu, 40,000 orang hadir, di Johor 15,000 orang, di Gopeng pagi tadi 25,000 dan hari ini di Kuantan 12,000 orang. Saya tahu ANGKA BUKAN SEGALANYA tapi saya lihat keikhlasan rakyat terus memberikan sokong kepada saya. " Najib Razak.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sokong-kepemimpinan-najib-1.95071
"Saya ahli Umno TETAPI tidak sokong Najib. Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan orang Aceh. Orang Aceh duk diam saja. Orang Bugis di laut selalu menyamun saja. (Jadi) tak payah bermimpi jadi Pahlawan Bugis. Saya pun ada darah minang." -Dr Affifudin Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan dan bekas Ketua Bahagian Padang Terap.
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2015/05/berhenti-bermimpi-jadi-pahlawan-najib.html
Saturday, May 23, 2015
AZWAN BRO: SIASAT JHO LOW LEBIH BERFAEDAH DARI SIASAT PEMBOCOR VIDEO MUHYIDDIN YASSIN
SATU pasukan diketuai oleh Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ditubuhkan untuk mengenalpasti dalang yang MEMBOCORKAN video "luahan hati Tan Sri Muhyiddin Yassin".
Katanya orang yang bertanggungjawab telah dikenalpasti - seorang pemimpin Umno dari Bahagian Segambut.
Tetapi lain pula pandangan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.
Kata AzwanBro: "Siasat dalang sebenar 1MDB lebih penting dari mencari penyebar video. Laporan polis telah dibuat ke atas Sarawak Report, penglibatan Jho Low serta Lembaga Pengarah 1MDB.
"Isu aliran tunai dan hutang 1MDB juga dilihat jauh lebih besar dari isu rakaman video haram ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di ILMU di Janda Baik Sabtu lalu."
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasat-dalang-sebenar-1mdb-lebih-penting-dari-cari-penyebar-video-di-ilmu-azwan-bro-60502
Friday, May 22, 2015
SYED ALI SOKONG MUHYIDDIN - PECAT PENGARAH 1MDB
JELAPANG tidak berapa minat dengan Syed Ali Al-Habshi, Ketua Bahagian Cheras.
TETAPI, kali ini Jelapang ingin MENYOKONG penuh PENDIRIAN Syed Ali dalam MENYOKONG kenyataan Muhyiddin Yassin agar keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat berikutan isu yang melanda 1MDB.
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/05/we-support-muhyiddin-axe-1mdb-board-now.html
Kita merasa amat PELIK apabila Najib Razak masih membisu dan tidak membuat keputusan untuk MEMECAT Lembaga Pengarah 1MDB dan mengarahkan POLIS untuk menyiasat 1MDB.
Setakat yang Jelapang terbaca TIGA personaliti yang ada kaitan SIPI-SIPI dengan 1MDB samada diBERHENTIKAN KERJA, diGANTUNG atau diLUCUTKAN tugas.
1. Pengarah Urusan Ambank Ashok Ramamurthy dikatakan berundur berikutan isu pinjaman kepada 1MDB. http://www.malaysiakini.com/news/290782
2. Pegawai Kanan BSI Bank Singapura digantung tugas.
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=499502:half-a-billion-usd-was-transferred-from-good-star-to-jho-low%E2%80%99s-bsi-singapore-account-major-exclusive&Itemid=2#.VVm2Pbmqqkp
3. Khadem al Qubaishi, Ketua Pegawai Eksekutif International Petroleum Involvement Company (IPIC) diLUCUTkan tugas. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=501491:1mdb-dirt-hits-global-fan-saudi-fund-removes-jho-lows-key-contact-najib-paralysed-with-fear?&Itemid=2#axzz3aTueLvr6
IA benar-benar pelik. Gempa bumi berlaku di Kuala Lumpur dan episenter pun di Kuala Lumpur. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Tiada siasatan polis, tiada siapa dipecat atau digantung tugas.
Tetapi mereka yang sipi-sipi terkena bahang gempa 1MDB di luar Malaysia ini ada digantung tugas dan dilucutkan jawatan.
Benar kata orang, di Malaysia BANYAK PERKARA MENAKJUBKAN sedang berlaku.
TETAPI, kali ini Jelapang ingin MENYOKONG penuh PENDIRIAN Syed Ali dalam MENYOKONG kenyataan Muhyiddin Yassin agar keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat berikutan isu yang melanda 1MDB.
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/05/we-support-muhyiddin-axe-1mdb-board-now.html
Kita merasa amat PELIK apabila Najib Razak masih membisu dan tidak membuat keputusan untuk MEMECAT Lembaga Pengarah 1MDB dan mengarahkan POLIS untuk menyiasat 1MDB.
Setakat yang Jelapang terbaca TIGA personaliti yang ada kaitan SIPI-SIPI dengan 1MDB samada diBERHENTIKAN KERJA, diGANTUNG atau diLUCUTKAN tugas.
1. Pengarah Urusan Ambank Ashok Ramamurthy dikatakan berundur berikutan isu pinjaman kepada 1MDB. http://www.malaysiakini.com/news/290782
2. Pegawai Kanan BSI Bank Singapura digantung tugas.
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=499502:half-a-billion-usd-was-transferred-from-good-star-to-jho-low%E2%80%99s-bsi-singapore-account-major-exclusive&Itemid=2#.VVm2Pbmqqkp
3. Khadem al Qubaishi, Ketua Pegawai Eksekutif International Petroleum Involvement Company (IPIC) diLUCUTkan tugas. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=501491:1mdb-dirt-hits-global-fan-saudi-fund-removes-jho-lows-key-contact-najib-paralysed-with-fear?&Itemid=2#axzz3aTueLvr6
IA benar-benar pelik. Gempa bumi berlaku di Kuala Lumpur dan episenter pun di Kuala Lumpur. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Tiada siasatan polis, tiada siapa dipecat atau digantung tugas.
Tetapi mereka yang sipi-sipi terkena bahang gempa 1MDB di luar Malaysia ini ada digantung tugas dan dilucutkan jawatan.
Benar kata orang, di Malaysia BANYAK PERKARA MENAKJUBKAN sedang berlaku.
Thursday, May 21, 2015
MUHYIDDIN YASSIN: PANGGIL POLIS SIASAT 1MDB & PECAT CEO & PENGARAH 1MDB
Video ini didedahkan Blogger Apanama pagi ini.
http://www.apanama.my/2015/05/luahan-hati-timbalan-presiden-umno-1mdb.html
TAHNIAH dan Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keterbukaan dan ketelusan beginilah yang diDAHAGAKAN rakyat.
Terima kasih.
Tuesday, May 19, 2015
KETUA-KETUA BAHAGIAN MENCERCA TUN M MENGENAI PANDIKAR
Rupa-rupanya Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar. Bahawa memang benar Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatan pada 19 Mac.
Dr Mahathir dihentam teruk oleh sesetengah Ketua Bahagian sampai ke tahap mencerca dan memaki hamun.
Seorang Ketua Bahagian berjawatan Menteri mencerca Tun melalui grup whatsapp dengan kenyataan bahawa selepas mengerjakan Umrah Tun Dr Mahathir menjadi kaki fitnah.
Jelapang tahu siapa di kalangan ketua-ketua bahagian yang mencerca Tun Dr Mahathir di dalam grup-grup Whatsapp dan Telegram mereka.
Bagaimanapun masih ada masa untuk Ketua-ketua bahagian ini memohon ampun dan maaf kepada Tun sebelum terlambat.
Ingat lah, “… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” (al-Baqarah:217)
PANDIKAR AMIN LETAK JAWATAN KES TANDAS?
"Sebagai speaker, beliau perlu berjumpa VIP. Bilik beliau tidak selesa. Mungkin sebab itu dia nak berhenti. Kemudahan dalam bilik tidak diberikan." - Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang menafikan beliau memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa beliau telah meletakkan jawatan.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pandikar-tidak-gembira-dengan-kelengkapan-pejabat-kata-dr-m
Sunday, May 17, 2015
1MDB: KITA TUNGGU JAWAPAN NAJIB & TAN SRI 1MDB
Hari ini mungkin Ketua-Ketua Bahagian Umno (kini dikenali di akar umbi sebagai Hulubalang Baju Merah) dapat mengambil sedikit masa untuk membaca pendedahan yang dilakukan oleh akhbar minggu Edge mengenai 1MDB.
Artikel ini boleh dibaca di link ini: http://www.scribd.com/doc/265511831/1MDB-Updated-May16-Highres
Jika kurang faham di dalam bahasa Inggeris, mereka boleh membaca blog Kadir Jasin.
Link: http://kadirjasin.blogspot.com/2015/05/soalan-penyiasat-1mdb-wajib-tanya.html
Kita akan menanti jawapan dari 1MDB termasuk Tan Sri Esmee Ismail (Tan Sri 1MDB).
Saturday, May 16, 2015
MAHATHIR CABAR NAJIB BERDEBAT
"Kalau hendak debat, OK lah." - Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-sedia-berdebat-dengan-najib-kata-dr-mahathir
Itulah yang TERBAIK. Debat antara Najib Razak vs Mahathir Mohamad.
KITA SOKONG.
Paling baik dibuat di Dewan Merdeka PWTC secara terbuka dihadiri oleh ahli-ahli Umno termasuk kesemua Ketua-Ketua Bahagian berbaju merah yang menyokong Najib.
Jelapang yakin debat ini akan diadakan secepat mungkin kerana Najib bukan calang-calang orangnya - Panglima Bugis.
Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan".
SELAMAT BERDEBAT
P/S: Tun Razak Tubuh Umno, Najib Tanam Umno - Dr Mahathir
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tun-razak-tubuh-umno-najib-tanam-umno-kata-dr-m
Friday, May 15, 2015
ADIK NAJIB DESAK JURUAUDIT BEBAS AUDIT 1MDB ATAU LEMBAGA PENGARAH LETAK JAWATAN
BIJAK PANDAI MELAYU termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan Pengarah-pengarah Melayu yang BIJAKSANA di 1MDB termasuk Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Tan Sri Ismee Ismail (Tan Sri 1MDB) serta KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO harus MEMBACA KENYATAAN ADIK NAJIB RAZAK, NAZIR, yang dibuat di Singapura semalam mengenai 1MDB.
Kata Nazir:
"Kenapa 1MDB perlu tunggu Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1MDB? Ia adalah TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH melakukannya. Saya merasakan apa yang 1MDB PERLU LAKUKAN SEKARANG IALAH MELANTIK JURUAUDIT BEBAS untuk mengaudit harta, tanggungan dan aliran tunai hadapannya untuk membolehkan kita melihat dengan jelas masalah 1MDB.
"Masalah sekarang ialah TAHAP KETIDAKPERCAYAAN terhadap 1MDB terlalu tinggi dan LEMBAGA PENGARAHNYA MEMBISU.
"Situasi amat memerlukan sekarang untuk 1MDB untuk memperjelaskan aset, tanggungan dan aliran tunai untuk MENGEMBALIKAN semula KEPERCAYAAN dan memastikan perkara ini tidak lagi TOKSIK.
"Untuk MENGATASI MASALAH KETIDAKPERCAYAAN dalam kemampuan kewangan 1MDB, Lembaga Pengarah perlu mengambil tindakan segera ATAU MELETAKKAN JAWATAN BAGI MEMBOLEHKAN ORANG LAIN MENGAMBIL ALIH TUGAS MEREKA.
"INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMU (LEMBAGA PENGARAH). TAHAP KETIDAKPERCAYAAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH SEKARANG ADALAH TINGGI. KAMU KENA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGATASI ISU INI.
"SEBALIKNYA, KAMU DUDUK DIAM dan TUNGGU KETUA AUDIT NEGARA. PADA SAYA, ITU TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUGJAWAB. JIKA KAMU BERBUAT DEMIKIAN, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN DAN BIAR ORANG LAIN MASUK DAN MELAKUKAN TUGAS ITU.
"JIKA SAYA SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH, DAN SAYA TIDAK MAMPU MEMBERI PENJELASAN, SAYA AKAN LANTIK JURUAUDIT BEBAS UNTUK MENGAUDIT AKAUN SAYA ATAU SAYA LETAK JAWATAN."
http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/05/14/Nazir-to-1MDB-board-Explain-or-resign/?style=biz
JELAPANG: Nampaknya adik Najib sendiri pun tidak menyokong abangnya yang juga Perdana Menteri.
Apakah Ketua-Ketua Bahagian yang kejap-kejap dipanggil untuk memakai baju merah akan DIPANGGIL berhimpun sekali lagi di Sri Perdana dan memekik mengangkat tangan menyokong Najib?
Apakah Tunku Aziz yang sudah berusia yang kononnya pejuang ketelusan itu akan menyerang Nazir pula?
Setakat ini yang kita nampak hanya 150 ketua bahagian saja yang menyokong Najib.
Rakyat 30 juta lagi entah bersama Najib, entah tidak. Wallahuallam.
Kata Nazir:
"Kenapa 1MDB perlu tunggu Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1MDB? Ia adalah TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH melakukannya. Saya merasakan apa yang 1MDB PERLU LAKUKAN SEKARANG IALAH MELANTIK JURUAUDIT BEBAS untuk mengaudit harta, tanggungan dan aliran tunai hadapannya untuk membolehkan kita melihat dengan jelas masalah 1MDB.
"Masalah sekarang ialah TAHAP KETIDAKPERCAYAAN terhadap 1MDB terlalu tinggi dan LEMBAGA PENGARAHNYA MEMBISU.
"Situasi amat memerlukan sekarang untuk 1MDB untuk memperjelaskan aset, tanggungan dan aliran tunai untuk MENGEMBALIKAN semula KEPERCAYAAN dan memastikan perkara ini tidak lagi TOKSIK.
"Untuk MENGATASI MASALAH KETIDAKPERCAYAAN dalam kemampuan kewangan 1MDB, Lembaga Pengarah perlu mengambil tindakan segera ATAU MELETAKKAN JAWATAN BAGI MEMBOLEHKAN ORANG LAIN MENGAMBIL ALIH TUGAS MEREKA.
"INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMU (LEMBAGA PENGARAH). TAHAP KETIDAKPERCAYAAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH SEKARANG ADALAH TINGGI. KAMU KENA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGATASI ISU INI.
"SEBALIKNYA, KAMU DUDUK DIAM dan TUNGGU KETUA AUDIT NEGARA. PADA SAYA, ITU TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUGJAWAB. JIKA KAMU BERBUAT DEMIKIAN, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN DAN BIAR ORANG LAIN MASUK DAN MELAKUKAN TUGAS ITU.
"JIKA SAYA SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH, DAN SAYA TIDAK MAMPU MEMBERI PENJELASAN, SAYA AKAN LANTIK JURUAUDIT BEBAS UNTUK MENGAUDIT AKAUN SAYA ATAU SAYA LETAK JAWATAN."
http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/05/14/Nazir-to-1MDB-board-Explain-or-resign/?style=biz
JELAPANG: Nampaknya adik Najib sendiri pun tidak menyokong abangnya yang juga Perdana Menteri.
Apakah Ketua-Ketua Bahagian yang kejap-kejap dipanggil untuk memakai baju merah akan DIPANGGIL berhimpun sekali lagi di Sri Perdana dan memekik mengangkat tangan menyokong Najib?
Apakah Tunku Aziz yang sudah berusia yang kononnya pejuang ketelusan itu akan menyerang Nazir pula?
Setakat ini yang kita nampak hanya 150 ketua bahagian saja yang menyokong Najib.
Rakyat 30 juta lagi entah bersama Najib, entah tidak. Wallahuallam.
Thursday, May 14, 2015
TABUNG HAJI : PECAT AZEEZ RAHIM
SEMALAM seorang pemimpin Umno Bahagian mendesak Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim meletakkan jawatan kerana sudah kehilangan kepercayaan rakyat kepada beliau berikutan skandal Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB dengan harga yang terlalu mahal.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/13/Umno-Man-Tabung-Haji-quit/
Jelapang menyokong saranan tersebut tetapi ianya tidak mencukupi dengan Azeez sahaja.
Keseluruhan ahli Lembaga Tabung Haji harus disingkirkan.
Antara ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji ialah Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruddin, Timbalan Pengerusi Tetap Umno Mohamad Aziz dan Setiausaha Pengerakan Wanita Umno Rosni Sahar.
http://www.tabunghaji.gov.my/lembaga-pengarah
Mereka-mereka ini yang menjaga Tabung Haji?
Mampukan mereka memerlihara Tabung Haji dari dinodai atau mereka hanya pengarah "Yes, Sir. Saya yang menurut perintah, Dato' Sri Presiden!"
Sunday, May 10, 2015
SELAMAT BERTARUNG DATO' SRI NAJIB. SEMUGA BERJAYA
" Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya.
"'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan.
"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab. 1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin. Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)." - NAJIB RAZAK
Laporan penuh Bernama:
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1133340
ALHAMDULLILAH TABUNG HAJI. MASYA ALLAH TABUNG HAJI
ALHAMDULLILAH TABUNG HAJI
MASYA ALLAH TABUNG HAJI/1MDB!
"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual (tanah yang dibeli dari 1MDB) kepada orang bukan Islam. Salah satu pembeli telah menawarkan RM188.5 juta, iaitu harga yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ditambah dengan keuntungan sebanyak RM5 juta " - Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim
Saturday, May 9, 2015
NAJIB: CUKUPLAH. SINGKIRKAN AZEEZ RAHIM & EMPAT SEKAWAN INI DARI TABUNG HAJI
"KAMI pun ada maruah. Kami pertahankan maruah kami." - Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji.
MARUAH apa? Kalau Tabung Haji ada maruah, ia tidak akan mengkhianati penyimpan dengan tindakan membeli tanah dengan harga RM2,800 kaki persegi padahal tanah tersebut yang asalnya kepunyaan orang Melayu dijual oleh Kerajaan kepada 1MDB dengan harga RM60 kaki persegi.
Pembelian ini dibuat secara diam-diam dan jika tidak didedahkan di blog, sudah pasti Tabung Haji akan terus berleluasa menyelamatkan 1MDB.
Sehingga hari ini, bila disebut 1MDB, apa yang terbayang di fikiran rakyat ialah gambar Jho Low berpesta arak dengan aktres Amerika Syarikat Paris Hilton.
Orang kampung memerah keringat menabung untuk ke Tanah Suci, Azeez dan kuncu-kuncunya dengan tanpa ada perasaan bersalah membayar harga yang mahal untuk menyelamatkan 1MDB dan Jho Low.
Apakah Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno merasakan dengan keputusan menjual semula tanah 1MDB, rakyat sudah memaafkan mereka?
Ini bukan isu perniagaan Tabung Haji. Ini isu MORAL.
Isu ini tidak selesaikan dengan keputusan Najib dan Tabung Haji menjual tanah tersebut.
Ini isu Tabung Haji MENGKHIANATI orang Islam.
Keyakinan rakyat kepada Tabung Haji merudum KECUALI di kalangan beberapa Ketua Bahagian yang "RAPAT" dengan pemimpin tertentu.
Yang bukan Ketua Bahagian, rakyat biasa, tidak mengira Melayu Islam Umno, Pas, PKR, DAP, Melanau MARAH MELUAP-LUAP dengan PENGKHIANATAN Najib, Azeez Rahim dan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.
PENGKHIANATAN Azeez dan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji ini telah MELUCUTKAN kelayakan mereka untuk terus mengurus Tabung Haji.
TIADA PILIHAN LAIN BUAT AZEEZ, ISMEE ISMAIL, JOHAN ABDULLAH, SAMAD ALIAS DAN ERWAN SERIGAR KECUALI MELETAKKAN JAWATAN.
Isu ini tidak akan selesai dan keyakinan orang Melayu dan Islam kepada Tabung Haji tidak akan pulih sekiranya NAJIB TIDAK MENYINGKIRKAN MEREKA dari Tabung Haji.
HENTIKAN LAH PENGKHIANATAN INI.
TOK PA & KU NAN AKAN BAWA SEPANDUK LAGI SOKONG NAJIB
DENGAR khabar hari ini atau esok akan ada satu lagi PERHIMPUNAN BAJU MERAH di PWTC.
Katanya Ketua-Ketua Bahagian pun dah melenting hal Tabung Haji ini sampai Group Whatsapp pun meledak bagai kan kawah gunung berapi yang meluap panas.
Tetapi ada juga ketua-ketua bahagian yang nak mempertahankan isu Tabung Haji ini.
Ini bukan isu Tabung Haji beli tanah atau berniaga.
Ini isu MARUAH MELAYU. TETAPI kalau ketua-ketua bahagian lebih berminat NAK JAGA PERUT MASING-MASING, tidak mengapalah.
Kita nak tengoklah ketua-ketua bahagian terutamanya yang tua-tua seperti Mustapha Mohamed dan Tengku Adnan Tengku Mansor tak malu-malu duduk di depan untuk menyokong Najib Razak.
Tok Pa, pedulikan sidiran orang yang berkata "orang tua tu pun pegang sepanduk macam orang muda".
Dan jangan lupa bawa sepanduk SOKONG NAJIB yang dibawa dulu.
Kalau sepanduk sudah hilang, buat yang baru. Duit Tabung Haji kan ada???
Friday, May 8, 2015
MUHYIDDIN YASSIN SOAL NAJIB: MENGAPA TIDAK PECAT LEMBAGA 1MDB
"Saya tidak tahu apa nak cakap. Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat." - Tan Sri Muhyiddin Yassin.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-buntu-menjawab-isu-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.KpLl3qcV.dpuf
Hari ini hari paling sibuk buat Najib Razak. Bertubi-tubi kenyataan dibuat oleh pelbagai pihak di dalam Umno dan kenyataan Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin mengatasi kesemuanya.
Apakah peristiwa 2008 di mana Umno mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan akan berulang?
SHAFIE APDAL MAHU NAJIB TANGANI ISU TABUNG HAJI
Kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Hj Apdal
Isu pembelian Tanah 1MDB.
1) Sebelum ini saya telah pun menyatakan bahawa perlunya isu 1MDB diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.
2) Isu ini bukan hanya menjadi kebimbangan saya dari awal lagi malahan rakyat secara keseluruhannya.
3) Perkara ini menjadi lebih serius apabila kita dimaklumkan tentang pembelian sebidang tanah oleh satu lagi badan pemegang amanah awam.
4) Isu tentang penglibatan Tabung Haji ini sekiranya tidak ditangani dengan baik, saya khuatir kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan.
5) Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin.
ISU TABUNG HAJI BELI TANAH 1MDB: PEMUDA MAHU NAJIB JAWAB
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.
Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.
PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.
Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.
Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:
Soalan kepada MOF
1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?
2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah inikepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?
3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?
Soalan kepada TH
1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transkaksi ini?
2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini, sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli dimeterai? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?
3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah terkini yang dibuat di kawasan berhampiran dibuat pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?
PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengudang kemarahan rakyat.
Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.
Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.
8 Mei, 2015