Monday, May 25, 2015

PUAD ZAKARSHI "ATTACK DOG" NAJIB YANG CUKUP HEBAT

Image result for puad zarkashi

BARU 2 bulan 9 hari dapat kontrak 2 tahun sebagai Ketua Pengarah Jasa, Puad Zakashi sudah menunjukkan kehebatan beliau sebagai "attack dog" Najib Razak. (tukang pukul -  (orang Melayu akan sensitif kalau guna perkataan anjing penyerang).

TIMBALAN PRESIDEN UMNO Muhyiddin Yassin dilabel Puad sebagai "PEMALAS", bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin dilabelkan 'PEMIKIRAN SEMPIT" dan di dalam Twitter beliau, Puad menulis mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri yang dikasihi rakyat, dan diakhir ayat beliau, Puad menemplak Tun Dr Mahathir dengan menulis "shame to you."

Bagi akar umbi, Puad tak akan berani menemplak Timbalan Presiden Umno dan Tun Dr Manathir sedemikian rupa TANPA RESTU Najib.

Najib, jika tidak suka pada Muhyiddin Yassin lagi, tak payahlah guna "attack dog" macam Puad.

Semua orang Umno termasuk ketua-ketua cawangan sudah menonton video YouTube luahan hati Muhyiddin di Janda Baik baru-baru ini.

Jahat sangat kah bahasa yang digunakan Muhyiddin sampai dihina oleh Puad sedemikian rupa? Muhyiddin hanya memberi pandangan beliau demi masadepan Umno dan kerajaan dan dengan jelas beliau menyebut beliau MENYOKONG PRESIDEN UMNO tetapi tidaklah MENYOKONG MEMBUTA TULI seperti sesetengah Ketua Bahagian.

Tingkah laku Puad ini hanya jadi BAHAN KETAWA di akar umbi.

Kita tahu kaitan Puad di antara jawatan Pengerusi Risda dan jawatan Ketua Pengarah Jasa.

Lagipun status jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jasa meragukan kerana beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bercanggah dengan peraturan PAC.

Jika Najib merasakan bahawa kelakuan Puad ini menguntungkan beliau, teruskan lah.

Tetapi kami di bawah meluat dengan perangai Puad ini.

Sementara itu Jelapang sempat menjenguk facebook Puad, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat yang ditolak oleh rakyat Batu Pahat. (Sedikit peringatan sejarah untuk kita. Batu Pahat adalah salah satu tempat kelahiran Umno).

Berikut satu petikan dari Facebook Puad:


3 comments:

  1. Masa mangkuk ni jadi Timbalan Menteri Pendidikan dahulu dia hanya main masak-masak dengan Najib dan Rosmah sahajakah di pejabatnya atau di pejabat Najib hingga dia sendiri tak ambil peduli pasal sekolah itu?

    Kualiti Allahyarham Datuk Fuad Hassan lebih terserlah berbanding Puad Kuih Koci ini.

    Zaman Allahyarham Tan Sri Fuad, JASA memang berfungsi dengan betul, datang sahaja si Poat Kuih Koci ni, baru sembilan hari, dah tunggang langgang sana sini.

    ReplyDelete

  2. YOU SHOULD NOT BE INTELLIGENT ONLY,
    BUT YOU HAVE TO BE SMART AS WELL........

    Ada juga orang cakap TAK pakai otak yang smart.


    ReplyDelete
  3. Pengampu tahap gaban..manalah tahu kot2 dpt calon balik PRU14

    ReplyDelete