Thursday, May 14, 2015

TABUNG HAJI : PECAT AZEEZ RAHIM



SEMALAM seorang pemimpin Umno Bahagian mendesak Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim meletakkan jawatan kerana sudah kehilangan kepercayaan rakyat kepada beliau berikutan skandal Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB dengan harga yang terlalu mahal.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/13/Umno-Man-Tabung-Haji-quit/

Jelapang menyokong saranan tersebut tetapi ianya tidak mencukupi dengan Azeez sahaja.

Keseluruhan ahli Lembaga Tabung Haji harus disingkirkan.

Antara ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji ialah Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruddin, Timbalan Pengerusi Tetap Umno Mohamad Aziz dan Setiausaha Pengerakan Wanita Umno Rosni Sahar.
http://www.tabunghaji.gov.my/lembaga-pengarah


Mereka-mereka ini yang menjaga Tabung Haji?

Mampukan mereka memerlihara Tabung Haji dari dinodai atau mereka hanya pengarah "Yes, Sir. Saya yang menurut perintah, Dato' Sri Presiden!"

1 comment:

  1. Perenggan akhir artikel ini sgt masuk akal. Aziz dan ceo2 mungkin tiada kuasa untuk menidakkan arahan yg lebih atas.

    Ya, Aziz kena letak jawatan. Dia tak sekolah tinggi mcm orang lain utk berada di situ. Kesalahan Aziz yg paling ketara yang menjadikan aku benci serta-merta kpd Aziz ialah bila beliau menafikan apa yg berlaku. Mengapa perlu nafi? Adakah arahan drpd pihak atasan supaya beliau membuat penafian? Rasanya tidak. Beliau membuat penafian kerana kebodohannya sahaja. Aziz perlu meletakkan jawatan dgn segeranya. Tabung Haji tidak memerlukan orang2 sptnya.

    Hari ini Aziz nafi berlaku jual beli esoknya ceo membuat pengakuan yg TH memang membuat pembelian tanah tersebut. Apa ini?

    ReplyDelete