Friday, May 15, 2015

ADIK NAJIB DESAK JURUAUDIT BEBAS AUDIT 1MDB ATAU LEMBAGA PENGARAH LETAK JAWATAN

BIJAK PANDAI MELAYU termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan Pengarah-pengarah Melayu yang BIJAKSANA di 1MDB termasuk Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Tan Sri Ismee Ismail (Tan Sri 1MDB) serta KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO harus MEMBACA KENYATAAN ADIK NAJIB RAZAK, NAZIR, yang dibuat di Singapura semalam mengenai 1MDB.

Kata Nazir:

"Kenapa 1MDB perlu tunggu Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1MDB? Ia adalah TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH melakukannya. Saya merasakan apa yang 1MDB PERLU LAKUKAN SEKARANG IALAH MELANTIK JURUAUDIT BEBAS untuk mengaudit harta, tanggungan dan aliran tunai hadapannya untuk membolehkan kita melihat dengan jelas masalah 1MDB.

"Masalah sekarang ialah TAHAP KETIDAKPERCAYAAN terhadap 1MDB terlalu tinggi dan LEMBAGA PENGARAHNYA MEMBISU.

"Situasi amat memerlukan sekarang untuk 1MDB untuk memperjelaskan aset, tanggungan dan aliran tunai untuk MENGEMBALIKAN semula KEPERCAYAAN dan memastikan perkara ini tidak lagi TOKSIK.

"Untuk MENGATASI MASALAH KETIDAKPERCAYAAN dalam kemampuan kewangan 1MDB, Lembaga Pengarah perlu mengambil tindakan segera ATAU MELETAKKAN JAWATAN BAGI MEMBOLEHKAN ORANG LAIN MENGAMBIL ALIH TUGAS MEREKA.

"INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMU (LEMBAGA PENGARAH). TAHAP KETIDAKPERCAYAAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH SEKARANG ADALAH TINGGI. KAMU KENA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGATASI ISU INI.

"SEBALIKNYA, KAMU DUDUK DIAM dan TUNGGU KETUA AUDIT NEGARA. PADA SAYA, ITU TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUGJAWAB. JIKA KAMU BERBUAT DEMIKIAN, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN DAN BIAR ORANG LAIN MASUK DAN MELAKUKAN TUGAS ITU.

"JIKA SAYA SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH, DAN SAYA TIDAK MAMPU MEMBERI PENJELASAN, SAYA AKAN LANTIK JURUAUDIT BEBAS UNTUK MENGAUDIT AKAUN SAYA ATAU SAYA LETAK JAWATAN."

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/05/14/Nazir-to-1MDB-board-Explain-or-resign/?style=biz

JELAPANG: Nampaknya adik Najib sendiri pun tidak menyokong abangnya yang juga Perdana Menteri.

Apakah Ketua-Ketua Bahagian yang kejap-kejap dipanggil untuk memakai baju merah akan DIPANGGIL berhimpun sekali lagi di Sri Perdana dan memekik mengangkat tangan menyokong Najib?

Apakah Tunku Aziz yang sudah berusia yang kononnya pejuang ketelusan itu akan menyerang Nazir pula?

Setakat ini yang kita nampak hanya 150 ketua bahagian saja yang menyokong Najib.

Rakyat 30 juta lagi entah bersama Najib, entah tidak. Wallahuallam.

4 comments:

  1. biasalah jeles adik-beradik. jeles tak dpt jadi pm.

    ReplyDelete
  2. suh si nazir ni jaga jer lah cimb tu elok2 ...dah bergelumang dgn terlalu byk riba....bank dia ni yg duk ambik duit rakyat ...

    ReplyDelete
  3. ish ish ish

    hippo dan kangkung ramai juga penjilat mereka

    ada habuan ke??

    pulau kiasu pun dah mula menyoal - apa agak alasan penjilat hippo nak kasi ya?

    takkan lah pasal pulau kiasu pun jeles kan!!

    ReplyDelete
  4. Tun Dr M dan Nazir tentu tahu keadaan yg sebenar. Maklum lah orang UMNO sendiri dah bagi tau kat TDM siap dgn bukti pun.

    Nazir oun dah nampak kangkung ni macam tak siuman sejak kahwin darurat.

    Kenapa hippo tak bagi kangkung bersua muka dgn adik adik nya tanpa kehadiran si hippo ekk??

    ReplyDelete