Saturday, February 28, 2015

MASIH LAKUKAH IMEJ NAJIB?

SEMALAM, Merdeka Center mengeluarkan hasil kajian mereka dan keputusannya ialah - POPULARITI Najib Razak menurun kepada 44 peratus dari 46 peratus awal tahun ini.
Image result for najib+rosmah

Apa kesannya kepada Umno? Dan yang lebih penting apa kesannya kepada BN pada PRU-14 nanti?

Tidak perlu kita bertanya kepada Ketua-ketua Bahagian Umno yang akan berkumpul ramai-ramai pada 8 Mac nanti untuk menunjukkan sokongan kepada Presiden parti.

Umum mengetahui, Ketua-ketua Bahagian adalah opportunis. Mereka menyokong berdasarkan kepentingan.

Sokongan mereka tiada MAKNA dan NILAI. Tanya Dr Mahathir Mohamad dan Pak Lah.

Majlis sokongan besar-besaran seperti ini perkara biasa dalam Umno (sekarang diberi nama baru - SOLIDARITI) dan majlis seumpama diadakan apabila pemimpin yang disokong merasakan dirinya TERGUGAT.

Maka untuk memberi gambaran bahawa beliau masih disokong, maka dihimpunkan Ketua-Ketua Bahagian untuk menunjukkan sokongan.

Perhimpunan yang sama dibuat di era Tun Dr Mahathir dan sekiranya Anwar Ibrahim tidak disingkir dari Umno dan disingkirkan, Dr Mahathir pun boleh "jalan" pada masa itu.

Di zaman Pak Lah pun sama. Ketua-ketua bahagian, termasuk Najib, juga menyatakan sokongan terhadap Pak Lah dan akhirnya, Pak Lah rebah. Pada masa itu, ada Ketua Bahagian sampai ke tahap sanggup TIDUR di rumah Pak Lah. Lebih gelihati, ada yang sanggup MENG-URUT kaki Pak Lah untuk menunjukkan tanda sokongan.

Kesudahannya, bila tiba masanya, Pak Lah toleh belakang dan dapati semua Ketua Bahagian dah LARIKAN diri.

Oleh itu, bagi Jelapang, perhimpunan Solidari Ketua Bahagian 8 Mac nanti tiada makna apa-apa kepada Ketua-Ketua Bahagian - "hampa suruh mai, aku mai".

Tetapi sudah pasti ia amat bermakna kepada pemimpin yang merasakan dirinya tergugat.

Kepada ahli-ahli Umno, adalah baik jika mereka merenung hasil kajian terkini Merdeka Center.

Apa kesannya kepada Umno? 

Jika semasa PRU-13, BN menjual imej Najib kepada rakyat, apakah imej yang sama akan "LAKU" pada PRU-14.

Renung-renunglah.

Baca hasil kajian Merdeka Center di link ini:
file:///C:/Documents%20and%20Settings/Admin/My%20Documents/Downloads/january%202015%20national%20poll%20approval%20rating%20%20top%20issues%201.pdf


file:///C:/Documents%20and%20Settings/Admin/My%20Documents/Downloads/news%20release%20-%20jan%20%202015%20approval%20rating.pdf



Wednesday, February 25, 2015

SAYANGKAH LAGI UMNO KEPADA TUN RAZAK?

Image result for siblings+najib

JELAPANG begitu bersimpati dengan keluarga Toh Puan Rahah pada masa ini.

Sedih kerana tiada satu pun media milik Umno semalam dan hari ini yang menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak untuk MEMASTIKAN nama bapa mereka, NEGARAWAN TERUNGGUL, dari tercemar.

Jelapang tidak berminat untuk mengulas apa yang tersirat di dalam kenyataan semalam.

Apa yang dilakukan oleh anak-anak Allahyarham semalam hanya ingin memperjelaskan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak adalah pemimpin yang BERPRINSIP, BERJIMAT dan BERINTEGRITI.

Allahyarham Tun Razak merupakan HAMBA kepada rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno sehinggakan beliau sakit pun disembunyikan beliau dari ahli keluarga semata-mata mahu MENGHAMBAKAN diri kepada rakyat.

Tetapi sedihnya, penjelasan semalam oleh anak-anak Allahyarham - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - tidak mendapat tempat di dalam media Umno.

Itulah nasib bekas pemimpin.

Ingat-ingatlah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Esok bila sudah tiada, nasib yang sama akan menimpa mereka.

Sebagai menghormati keluarga Toh Puan Rahah, Jelapang siarkan semula penjelasan anak-anak beliau semalam.

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak. Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan hidmatnya serta pengorbanannya kepada negara. Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya. Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini." 

Tuesday, February 24, 2015

ALLAHYARHAM TUN RAZAK SEORANG YANG BERPRINSIP & BERINTEGRITI, KATA JOHARI, NAZIM, NIZAM & NAZIR

Image result for tun razak

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak. Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan khidmatnya serta pengorbanannya kepada negara. Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya. Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini." 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-razak-bimbang-spekulasi-tentang-harta-peninggalan-kata-adik-beradi

Kenyataan di atas dikeluarkan oleh anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak yang ditandatangani oleh anak Allahyarham - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - KECUALI Perdana Menteri Najib Razak.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan The New York Times baru-baru ini. 

http://www.nytimes.com/2015/02/09/nyregion/jho-low-young-malaysian-has-an-appetite-for-new-york.html?_r=0

Monday, February 23, 2015

KOS DYE RAMBUT ROSMAH RM1,200

Image result for rosmah mansor

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya. Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti." - ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rosmah-khuatir-peniaga-ambil-kesempatan-terhadap-suri-rumah-dengan-gst

KESUDAHANNYA, kita mengetahui RAHSIA kecantikan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Untuk rambut kelihatan cantik, kosnya tidak MURAH. RM1,200 dibelanjakan oleh Rosmah untuk setiap kali men"dye"kan rambut beliau.

Kos untuk membuat baju pun tidak murah - RM500 sehelai.

Kasihan Jelapang membaca keluhan Rosmah hari ini berikutan kos dye rambut dan tempah baju yang mahal. Nasib baik ada GST, kerana dengan GST, kata Rosmah, ianya dapat mengawal harga men"dye" rambut dan menempah baju.

Sebagai rakyat, kita kena terima. Rosmah adalah isteri Perdana Menteri dan perlu sentiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa ke luarnegara bersama Perdana Menteri bertemu isteri-isteri pemimpin dunia. 

Mungkin ada orang Kedah yang merasa terkilan. RM1,200 bukan sedikit. Untuk dapat RM1,200 sebulan bukan main perit.

Berjemur tengah panas di bendang sampai 4 bulan belum tentu ada hasilnya. Ada yang tak pernah tengok KLCC dan Putrajaya kerana tak mampu ke KL. Kalau tengok Putrajaya dan KLCC pun di RTM TV1. 

Yang jadi nelayan, berjuang dengan gelombang besar untuk dapatkan RM1,200 sebulan. Tetapi realitinya, nak dapat RM500 sebulan pun payah.

Yang menoreh getah, kena fikir berapa batang pokok getah kena toreh kalau nak dye rambut. Yang jual kuih, kena kira berapa karipap perlu dijual untuk men"dye" rambut.

Orang Melayu yang tinggal di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, ada yang tak pernah tengok Langkawi kerana jangankan nak melancong, nak makan hari-hari pun tak pernah mencukupi. Begitu juga dengan kakitangan kerajaan.

Tetapi tidak mengapa. Yang penting di tanah tumpah darah kita ini ialah PERPADUAN. Orang Melayu tak sanggup berpecah kerana jika berpecah, maka kuasa Melayu akan tergugat.

Walaupun kualiti pemimpin hari ini bagaikan langit dengan bumi dibandingkan dengan pemimpin terdahulu, tidak mengapa, yang penting orang Melayu BERSATU dan mendokong pemimpin yang ada.

Walaupun begitu besar keangkuhan mereka dengan kekayaan, tidak mengapa, orang Melayu pentingkan perpaduan walaupun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.

Thursday, February 12, 2015

TUN MAHATHIR MAHU NAJIB LETAK JAWATAN?

Image result for mahathir+najib


"Saya akan meletakkan jawatan. Jika anda tidak melaksanakan dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan." - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Baca artikel di link ini :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-letak-jawatan-kalau-masih-pm-kata-dr-mahathir

SIAPA yang bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno maksudkan?

Walaupun Tun tidak menyatakan siapa yang harus meletakkan jawatan, Jelapang membuat kesimpulan, ianya DITUJUKAN KEPADA NAJIB RAZAK.

Tuesday, February 10, 2015

5 TAHUN PENJARA UNTUK ANWAR IBRAHIM



LIMA TAHUN PENJARA BUAT ANWAR IBRAHIM

Tamatkah riwayat politik beliau?


Monday, February 9, 2015

PAS, PARTI ISLAM, PERANGAI MACAM MIC



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.
Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.
Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."
Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber.
Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa.
Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber.
AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka.
Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi.
Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.
Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam. – 9 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanipa-maidin-dipukul-dalam-mesyuarat-pas-kata-sumber#sthash.V5vcLwPh.dpuf

Sunday, February 8, 2015

BANGSAWAN CELUP & DINASTI KEPIMPINAN


Berikut ialah tulisan blogger Kadir Jasin di dalam blog beliau.

http://kadirjasin.blogspot.com/2015/02/lawatan-jokowi-yang-baik-kita-teladani.html

A KADIR JASIN said...
1. Mohon maaf. Pembetulan. Presiden Jokowi sebelumnya adalah Datuk Bandar (Mayor) Surakarta dan Gabenor Jakarta.

2. Di kalangan PM Malaysia hanya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah bukan daripada kelas bangsawan.

3. Tapi bukan semua PM bangsawan elitis. Tunku amat berjiwa rakyat. Kerap berada di padang bersama rakyat. Begitu juga Tun Abdul Razak - anak bangsawan yang dibesarkan sebagai budak kampung.

4. Sekarang kita ada satu kelas baru - pseudo bangsawan (bangsawan celup). Kelas ini lagi teruk kepura-puraanya.

Terima kasih.

BANGSAWAN CELUP? 

Tidak sukar untuk kita membuat tekaan kepada siapa Kadir Jasin tujukan label tersebut.

Salah siapa kita hari ini mempunyai satu kelas baru yang dinamakan oleh Kadir - Kelas yang teruk kepura-puraannya.

Umno perlu bertanggungjawab terhadap kewujudan kelas pseudo bangsawan (bangsawan celup) yang penuh dengan kepura-puraan hari ini.

Apakah perlu Umno membalas budi pemimpin terdahulu dengan memberi tempat istimewa kepada anak-anak mereka?

Di kalangan ahli Umno hari ini, mereka merasakan ada usaha untuk menaikkan seorang lagi anak bekas Perdana Menteri dari golongan bangsawan sebagai pengganti Najib Razak.

Ini satu penyakit dalam Umno. Pemimpin dipilih bukan kerana kaliber atau kemampuan mereka. Pemimpin dinobatkan kerana ada pertalian darah dan keinginan untuk membalas budi bapa mereka.

Kalau dahulu pemimpin walaupun dari kumpulan bangsawan mempunyai "hati' kepada rakyat, golongan bangsawan hari ini tidak seperti bapa mereka.

Tidak salah Kadir Jasin melabel pemimpin bangsawan hari ini sebagai bangsawan celup yang penuh dengan kepura-puraan.

Sudah tiba masanya, ahli-ahli Umno melakukan transformasi pemikiran mereka dengan memilih pemimpin berdasarkan prestasi mereka, berdasarkan kebolehan mereka, berdasarkan kesungguhan mereka berkerja, berdasarkan visi mereka dan berdasarkan "hati" mereka kepada rakyat.

Amalan memilih anak pemimpin untuk membalas jasa bapa mereka atau kerana pertalian darah harus dikuburkan demi negara.

Cukuplah kita dipimpin oleh anak seorang bangsawan yang dipilih Umno kerana mahu membalas jasa bapanya.

Sudah sampai masanya sistem dinasti dikuburkan oleh Umno buat selamanya.

Saturday, February 7, 2015

NUR JAZLAN: TUKAR PM MACAM JEPUN, RAMAI DAPAT PELUANG JADI PERDANA MENTERI



Ahli Parlimen Pulai (Umno) Nur Jazlan Mohamed hari ini membuat satu kenyataan yang amat MENARIK. 

Kata Nur Jazlan:

"Malaysia akan menjadi seperti Jepun di mana parti memerintah akan KEKAL BERKUASA. Dan Umno akan menjadi agak kuat. Tetapi PERDANA MENTERI akan dipilih menerusi sistem "kerusi musik" dan kita akan memilih (menukar ganti) Perdana Menteri sehingga kita menemui seorang PERDANA MENTERI YANG JUJUR dan mempunyai HATI PADA RAKYAT."
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=456402:stinging-words-for-najib-umno-will-stay-in-power-but-pms-come--go-until-an-honest-one-comes-nur-jazlan&Itemid=2#axzz3QhRsYs5q

Jelapang MENYOKONG pandangan Nur Jazlan dan merasakan ramai pemimpin Umno, mungkin dalam diam-diam, juga MENYOKONG pandangan Ahli Parlimen Pulai ini.

Kepada mereka yang AMAT BERMINAT UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI, tiada pilihan lain kecuali SOKONG APA YANG NUR JAZLAN SARANKAN.

Kalau sistem ini menjadi amalan, RAMAI AHLI PARLIMEN AKAN MENDAPAT PELUANG MENJADI PERDANA MENTERI.

Untuk makluman, Jepun melantik 17 PERDANA MENTERI DALAM TEMPOH 26 tahun di antara 1989-2015.

Berbanding Malaysia, HANYA TIGA di antara 1981-2015.


Kenyataan penuh Nur Jazlan:

Umno backbencher Nur Jazlan Mohamed believes that although Umno will stay in power, the prime ministers of the country will "come and go".

"We will become like Japan, where the ruling party stays in power. And Umno is still quite powerful.

"But prime ministers will go through a musical chair system, and we will do that until we find somebody who is honest and has key interests of the people at heart," said the Pulai MP at a forum organised by the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) in Kuala Lumpur today.

Nur Jazlan had earlier explained that this is because Malaysians do not want leaders who take too long to institute reforms.

He later joked that he wouldn't mind such a situation, as he would probably become prime minister (under such a system).

"I will never make it as prime minister under the current institutionalised system of Umno.

"But under the musical chairs system, I think yes, why not?" he quipped, drawing laughter from the audience.


Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=456402:stinging-words-for-najib-umno-will-stay-in-power-but-pms-come--go-until-an-honest-one-comes-nur-jazlan&Itemid=2#ixzz3QhXtw5vC 


Thursday, February 5, 2015

1MDB: ANANDA PENYELAMAT MARUAH NEGARA. TERIMA KASIH KAUM INDIA


KESUDAHANNYA Tan Sri Ananda Krishnan dijangka akan membantu kerajaan membayar hutang 1MDB kepada Maybank dan RHB Bank.


Ananda dilaporkan akan "meminjamkan" RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang.

Selepas imigran India di bawa masuk secara beramai-ramai oleh British ke Tanah Melayu sejak 195 tahun yang lalu untuk bekerja di estet getah, akhirnya kaum India boleh berBANGGA kerana hari ini mereka telah muncul sebagai PENYELAMAT MARUAH NEGARA untuk menyelamatkan 1MDB .

Terima kasih Tan Sri Ananda Krishnan. Terima Kasih kaum INDIA.

Satuuu Malaysiaaaaaa!

Wednesday, February 4, 2015

SYED MOKHTAR & KERAJAAN PERLU JADI TELADAN



HARI ini Najib Razak bersuara dalam isu Ismail Sabri walaupun melalui kenyataan bertulis.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pertahan-ismail-sabri-seruan-boikot-bukan-untuk-kaum-tertentu

Ismail Sabri harus berterima kasih kepada Perdana Menteri yang tampil mempertahankan beliau walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kualiti "pemikiran" Ismail dalam menangani masalah kenaikan harga barang.

Banyak perkara berlaku hari ini. Ini termasuk kritikan baru yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap 1MDB dan sekali lagi Tun Dr Mahathir menekankan beliau TIDAK MENYOKONG NAJIB.

Kata Tun Dr Mahathir, kalau betul wang yang disimpan di Caymans Island berjumlah RM8 bilion dan sudah dibawa balik ke Malaysia, kenapa 1MDB perlu meminjam wang untuk menjelaskan hutangnya.
http://chedet.cc/?p=1600

Seperkara lagi yang menarik ialah gesaan Khairy Jamaluddin agar Tenaga Nasional menurunkan kadar tarif elektrik berikutan penurunan harga bahanapi dunia.

Sebagai Ketua Pemuda Umno yang bijaksana, eloklah Khairy nyatakan FORMULA untuk menurunkan tarif elektrik.

Di Malaysia sekarang ini, negara sudah ada 2 syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan (GLC) - Tenaga Nasional dan 1MDB.

Kalau zaman Tun Razak dulu, hanya Lembaga Letrik Negara (LLN) yang membekalkan elektrik dan selepas dikorporatkan, LLN dijadikan Tenaga Nasional.

Sekarang 1MDB pun membekalkan elektrik. Tetapi di dalam kes 1MDB, salah satu daripada IPP yang dibeli bernilai hanya RM450 juta tetapi dibeli oleh 1MDB, milik kerajaan, dengan harga RM2.55 bilion.

Oleh itu apa caranya untuk membekalkan elektrik pada kadar yang murah kepada rakyat kalau pembeliannya dibuat dengan harga yang begitu mahal.

Tetapi kita yakin, Khairy, seorang Ketua Pemuda yang bijaksana, pasti ada FORMULA nya.

Kembali kepada isu harga barang. Jelapang pun rasa agak malu apabila ramai mempermainkan Ismail Sabri dan kerajaan kerana menyalahkan peniaga Cina berikutan harga barang mahal walaupun harga minyak menurun.

Ada yang menulis semasa Cina menjual gula (merujuk kepada Robert Kouk), harga gula hanya RM1.70 sekilo tetapi apabila saudagar Melayu Syed Mokhtar Al-Bukhary diberikan monopoli membekalkan gula, harga gula naik kepada RM2.80 sekilo.

Tidak terkata Jelapang bila membaca kritikan-kritikan ini terutamanya apabila orang Melayu sendiri mengkritik kerajaan kerana saudara Melayu, Syed Mokhtar, juga membekal beras, roti dan gas dan berkemampuan menurunkan harga barangan ini.

Masalah kenaikan barang ini bukan benda baru dan bukan perkara yang hanya terjadi di zaman Najib.

Di zaman Tun Mahathir pun berlaku tetapi tidaklah sampai ke tahap kerajaan dan Menteri pada masa itu menyalahkan peniaga Cina. Tidak pula sampai ke tahap memanggil puluhan Ketua Bahagian ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memegang poster menyokong Ismail Sabri di depan kamera TV.

Tak payah jadi Menteri pun kita tahu bagaimana nak selesaikan masalah kenaikan harga barang ini.

Kalau hendak turunkan harga gula, beri lah peluang kepada Melayu lain berniaga gula. Tak perlu lah Syed Mokhtar saja membekalkan gula kepada rakyat.

Kalau ada Melayu lain yang boleh menjual gula dengan harga murah, beri lah mereka peluang. Biar mereka bersaing dengar Syed Mokhtar. 

Begitu juga dengan beras.

Apakah bapak-bapak Menteri tidak pernah belajar prinsip ekonomi?

Dalam prinsip ekonomi, sekiranya "supply" melebihi permintaan, maka harga akan turun.

Oleh itu apa masalahnya untuk kerajaan menambahkan bekalan?

Mana-mana barang yang mahal harganya, kita tambah bekalan. Minta FAMA impot.

Tak perlulah nak salahkan peniaga Cina. Kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri tidak membawa kesan apa pun kepada harga barang.

Mungkin kerajaan juga boleh menjadi teladan kepada peniaga-peniaga dengan menurunkan kadar tol di lebuhraya Plus.

Lagipun Plus adalah hakmilik KWSP. Dan KWSP adalah hakmilik Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bidayuh dll. Semua bangsa ada saham di dalam KWSP.

Oleh itu, menurunkan kadar tol adalah wajar kerana Plus adalah milik semua bangsa.

APA PENDIRIAN NAJIB DALAM ISU ISMAIL SABRI?


HARU biru nampaknya negara kita.

MIC bergaduh, sekarang MCA dan Umno pula bergaduh gara-gara posting Ismail Sabri melalui Facebook beliau.

Nak kata tiada nakhoda, takut ada yang terasa hati.

Pengaruh Charlie Hebdo - Je Suis - pun dah masuk ke Malaysia.

Jelapang tak nak masuk campur hal Ismail Sabri.

Beliau seorang Menteri, sudah tentu beliau lebih bijak dari ramai-ramai antara kita, kalau tidak, tak mungkin Ismail dilantik Menteri Kabinet.

Hanya doa Jelapang kepada Ismail ialah semuga pengundi Cina di Bera akan terus mengundi Ismail semasa PRU nanti - semuga Ismail akan mendapat 30 peratus undi Cina dan bukannya 3 peratus nanti.

Pada masa itu, kita akan dapat pastikan - siapa tipu siapa semasa mengundi nanti. Pengundi Cina tipu Ismail Sabri atau sebaliknya.

Jelapang terbaca 70 ketua bahagian menyokong kenyataan Ismail Sabri. Naib Presiden Umno Zahid Hamidi, yang baru-baru ini diselubungi isu, juga menyokong Ismail Sabri.

MCA juga menyuarakan pandangan sehingga ke tahap mendesak Ismail meletakkan jawatan.

Presiden MCA Liow Tiong Lai pun marah dan mahu membawa perkara ini ke Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Syed Mokhtar yang memonopoli industri gula dan beras dikaitkan. Nama Mydin juga diketengahkan. GLC seperti Plus dan Tenaga Nasional juga menjadi sasaran kerana tidak menurunkan harga.

Ini semua kesan dari komen Ismail Sabri. 

Teruslah berdebat.

Yang Jelapang betul-betul hendak tahu ialah, apa PENDIRIAN Najib Razak di dalam hal ini.

Adakah beliau bersama 70 ketua bahagian lain atau menyebelahi MCA?

Atau akan terus MEMBISU sepertimana dalam isu-isu lain?