JELAPANG begitu bersimpati dengan keluarga Toh Puan Rahah pada masa ini.
Sedih kerana tiada satu pun media milik Umno semalam dan hari ini yang menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak untuk MEMASTIKAN nama bapa mereka, NEGARAWAN TERUNGGUL, dari tercemar.
Jelapang tidak berminat untuk mengulas apa yang tersirat di dalam kenyataan semalam.
Apa yang dilakukan oleh anak-anak Allahyarham semalam hanya ingin memperjelaskan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak adalah pemimpin yang BERPRINSIP, BERJIMAT dan BERINTEGRITI.
Allahyarham Tun Razak merupakan HAMBA kepada rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno sehinggakan beliau sakit pun disembunyikan beliau dari ahli keluarga semata-mata mahu MENGHAMBAKAN diri kepada rakyat.
Tetapi sedihnya, penjelasan semalam oleh anak-anak Allahyarham - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - tidak mendapat tempat di dalam media Umno.
Itulah nasib bekas pemimpin.
Ingat-ingatlah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Esok bila sudah tiada, nasib yang sama akan menimpa mereka.
Sebagai menghormati keluarga Toh Puan Rahah, Jelapang siarkan semula penjelasan anak-anak beliau semalam.
"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak. Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan hidmatnya serta pengorbanannya kepada negara. Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya. Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini."
ini perangkap buat najib kalau bukan dai bapak kekayan najib adik beradik dari mana........
ReplyDeletesiapa ketua media prima? johan jaafar ialah orang anwar aljuburi selamanya. najib ni bodoh betu;l
ReplyDelete