"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya. Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti." - ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rosmah-khuatir-peniaga-ambil-kesempatan-terhadap-suri-rumah-dengan-gst
KESUDAHANNYA, kita mengetahui RAHSIA kecantikan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.
Untuk rambut kelihatan cantik, kosnya tidak MURAH. RM1,200 dibelanjakan oleh Rosmah untuk setiap kali men"dye"kan rambut beliau.
Kos untuk membuat baju pun tidak murah - RM500 sehelai.
Kasihan Jelapang membaca keluhan Rosmah hari ini berikutan kos dye rambut dan tempah baju yang mahal. Nasib baik ada GST, kerana dengan GST, kata Rosmah, ianya dapat mengawal harga men"dye" rambut dan menempah baju.
Sebagai rakyat, kita kena terima. Rosmah adalah isteri Perdana Menteri dan perlu sentiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa ke luarnegara bersama Perdana Menteri bertemu isteri-isteri pemimpin dunia.
Mungkin ada orang Kedah yang merasa terkilan. RM1,200 bukan sedikit. Untuk dapat RM1,200 sebulan bukan main perit.
Berjemur tengah panas di bendang sampai 4 bulan belum tentu ada hasilnya. Ada yang tak pernah tengok KLCC dan Putrajaya kerana tak mampu ke KL. Kalau tengok Putrajaya dan KLCC pun di RTM TV1.
Yang jadi nelayan, berjuang dengan gelombang besar untuk dapatkan RM1,200 sebulan. Tetapi realitinya, nak dapat RM500 sebulan pun payah.
Yang menoreh getah, kena fikir berapa batang pokok getah kena toreh kalau nak dye rambut. Yang jual kuih, kena kira berapa karipap perlu dijual untuk men"dye" rambut.
Orang Melayu yang tinggal di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, ada yang tak pernah tengok Langkawi kerana jangankan nak melancong, nak makan hari-hari pun tak pernah mencukupi. Begitu juga dengan kakitangan kerajaan.
Tetapi tidak mengapa. Yang penting di tanah tumpah darah kita ini ialah PERPADUAN. Orang Melayu tak sanggup berpecah kerana jika berpecah, maka kuasa Melayu akan tergugat.
Walaupun kualiti pemimpin hari ini bagaikan langit dengan bumi dibandingkan dengan pemimpin terdahulu, tidak mengapa, yang penting orang Melayu BERSATU dan mendokong pemimpin yang ada.
Walaupun begitu besar keangkuhan mereka dengan kekayaan, tidak mengapa, orang Melayu pentingkan perpaduan walaupun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
Berapa harga hadiah baju suit Brioni yang Anwar beri kepada Saiful? Lebih RM30,000? Bag tangan isteri seorang CM negeri Pakatan berapa ribu? Belas atau puloh ribu?
ReplyDeleteJangan sebar perkara yang anda cuma dengar cakap dan cerita semula..Adakah anda pasti dan anda yakin apa yg anda ceritakan itu benar belaka..sesungguhnya ada org yg lagi mengetahui dari anda.
ReplyDeletePemimpin dan keluarga harus bersolidariti dgn rakyat. Mutu terletak pada amanah bukan kecantikan.
ReplyDeleteKalau nak glamor jadi penyanyi ke pelakun ke pragawati ke ... bolehlah glamor.
harga yg mahal tu mungkin sebab rambut terlalu "besar" kot atau pelanggan terlalu cerewet.
Perpaduan? rela membiarkan mereka2 yg di atas makan semuanya? Soriiiii
ReplyDeleteUKUT SUKA ROSMAHLAH KALAU DIA MAMPU.ARTIS HIBURAN PUN BERBELANJA BESAR UNTUK KECANTIKAN HANG TAK KECOH2 PUN.
ReplyDeleteEhhhhh...... fitnah tueeeee.. Orang kampung
ReplyDeleteJika nak fitnah pun agak2lah. Dalam kain sendiri pun tak berapa nak elok.
ReplyDeletehai rakyat selenge, dah jadi berita pun masih dianggap fitnah
ReplyDeletepadan lah penjenayah saperti anwar peliwat asyik pekik fitnah lah konspirasi lah perut tak boroi lah
sebab ramai rakyat lemah otak senang kena kelentong