Wednesday, February 4, 2015

APA PENDIRIAN NAJIB DALAM ISU ISMAIL SABRI?


HARU biru nampaknya negara kita.

MIC bergaduh, sekarang MCA dan Umno pula bergaduh gara-gara posting Ismail Sabri melalui Facebook beliau.

Nak kata tiada nakhoda, takut ada yang terasa hati.

Pengaruh Charlie Hebdo - Je Suis - pun dah masuk ke Malaysia.

Jelapang tak nak masuk campur hal Ismail Sabri.

Beliau seorang Menteri, sudah tentu beliau lebih bijak dari ramai-ramai antara kita, kalau tidak, tak mungkin Ismail dilantik Menteri Kabinet.

Hanya doa Jelapang kepada Ismail ialah semuga pengundi Cina di Bera akan terus mengundi Ismail semasa PRU nanti - semuga Ismail akan mendapat 30 peratus undi Cina dan bukannya 3 peratus nanti.

Pada masa itu, kita akan dapat pastikan - siapa tipu siapa semasa mengundi nanti. Pengundi Cina tipu Ismail Sabri atau sebaliknya.

Jelapang terbaca 70 ketua bahagian menyokong kenyataan Ismail Sabri. Naib Presiden Umno Zahid Hamidi, yang baru-baru ini diselubungi isu, juga menyokong Ismail Sabri.

MCA juga menyuarakan pandangan sehingga ke tahap mendesak Ismail meletakkan jawatan.

Presiden MCA Liow Tiong Lai pun marah dan mahu membawa perkara ini ke Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Syed Mokhtar yang memonopoli industri gula dan beras dikaitkan. Nama Mydin juga diketengahkan. GLC seperti Plus dan Tenaga Nasional juga menjadi sasaran kerana tidak menurunkan harga.

Ini semua kesan dari komen Ismail Sabri. 

Teruslah berdebat.

Yang Jelapang betul-betul hendak tahu ialah, apa PENDIRIAN Najib Razak di dalam hal ini.

Adakah beliau bersama 70 ketua bahagian lain atau menyebelahi MCA?

Atau akan terus MEMBISU sepertimana dalam isu-isu lain?

2 comments:

  1. Ini adalah jawapan standard Najib Razak;

    'Saya menyeru peniaga dan pemborong menurunkan harga barang kerana kos minyak petrol dan diesel sudah diturunkan'

    ReplyDelete
  2. Apabila terkait dgn isu cina, harus ikut cara mereka, pakat senyap senyap.

    Tup tup jadi tsunami cina. Ahjibgor pun tergamam.

    Cara mereka memang begitu.

    If you can't beat them, join them and defeat them using their own game plan. Play by their rules and strategise.

    ReplyDelete