Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas oleh orang Kelantan kerana beliau merupakan anak Kelantan, adalah seorang ahli politik yang berpengalaman serta pernah berkhidmat dengan Allahyarham Tun Abdul Razak.
Sejak Pas mengambil alih tampuk pemerintahan Kelantan dari BN pada 1990, tidak ramai pemimpin Umno yang benar-benar bertungkus lumus untuk mengembalikan Kelantan ke tangan BN.
Pemimpin-pemimpin Umno Kelantan akan hanya tampak "SIBUK BEKERJA" apabila pilihanraya menjelang tiba dan jika pendekatan ini berterusan, kita akan hanya dapat menyaksikan pemimpin Umno Kelantan kembali "SIBUK BEKERJA" pada pertengahan tahun 2017.
Ini hanya lah pengamatan Jelapang yang sudah lama memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin Umno Kelantan.
Bagaimanapun Jelapang tertarik dengan teguran Dollah Kok Lanas terhadap Mustapa Mohamed. Berikut ialah teguran Dollah:
"Kalaulah saya Tokpa tak usah lagilah terlampau 'loghat' sangat ... tumpulah lebih masa pada Kelantan. Malaysia akan terus maju siapa pun menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, siapa pun perdana menteri apa lagi seorang yang berkaliber seperti Najib Razak! Rafidah Aziz, begitu lama sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sekarang simbol promosi Air Asia.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berfungsi, kata musuhnya, lebih baik. Kalau mu tidak ada pun kementerian itu terus berperanan. Kalau demo tolong Kelantan, demo akan disanjungi dan diingati.
Jasa mu akan dikenang lebih daripada di Kuala Lumpur. Percayalah. Anda telah melakukan sebaik boleh bagi Malaysia; sekarang buatlah pula jasa kepada negeri kelahiranmu, lainlah kalau demo mimpi nak jadi Timbalan Perdana Menteri, satu impian yang sukar menjadi kenyataan.
Tidak mustahil tetapi tidak berkemungkinan meramal seorang politikus senior di Kuala Lumpur.
Sebaliknya, jadilah pelopor kerjasama erat dua hala ini- Kota Bharu-Putrajaya. Jangan lepas kesempatan ini, kimah atau nilaian luhur ini. Bertindaklah seperti anda telah berjaya mentransformasikan Jeli, Gua Musang oleh KuLi.
Mu transformasilah pula Bachok, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas, Tumpat agar bandar ini tidak terus bagai hidup segan mati tak mahu. Dinamikkanlah bandar ini seperti Kota Bharu, Wakaf Che Yeh, Kok Lanas, Tunjung, Tanah Merah, Wakaf Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
Kerajaan Pas kelihatan sedia bekerjasama terutamanya MB Ahmad Yakob dan Timbalannya Nik Mohd Amar. Mereka telah menghulur tangan salam muhibah kepada demo dan Putrajaya.
Maka mu dan juga Najib wajib membalasnya dengan hemah dan kalau boleh lebih daripada itu. Ambillah peluang apa yang ditegaskan oleh Speaking, "no more spinning, de-escalate frictions and tensions. Go for realpolitik." Apa pun, actions speak louder than words."
http://www.sinarharian.com.my/karya/kolumnis/landskap-baru-politik-kelantan-1.171792
No comments:
Post a Comment