Di Malaysia, memegang jawatan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Bahagian Umno adalah satu keistimewaan yang besar. Ia umpama jaminan kebahagian dunia sehingga ke akhir hayat.
Ini kita sedang saksikan sekarang ini. Tidak mengapa sekiranya tidak terpilih sebagai wakil rakyat. Tidak mengapa sekiranya digugurkan sebagai Menteri. Tidak mengapa sekiranya ditolak rakyat dan kalah dalam pilihanraya.
Keistimewaan memegang jawatan ini menjanjikan ganjaran besar sehingga ke akhir hayat. Lihat senarai berikut:
1. Nor Mohamad Yakcop (digugurkan sebagai calon dan Menteri Kabinet) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional pada 3 Jun 2013. Khabarnya Nor Yakcop juga akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad.
2. Ng Yen Yen (digugurkan sebagai calon dan Menteri Kabinet) kini menyandang jawatan Pengerusi Tourism Malaysia.
3. Ghani Othman (bekas Menteri Besar Johor dan kalah di dalam PRU-13) dikatakan bakal dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby.
4. Syed Hamid Albar (digugurkan sebagai Menteri Kabinet dan calon PRU) kini Pengerusi SPAD.
5. Jamaluddin Jarjis (digugurkan sebagai Menteri Kabinet oleh Abdullah Ahmad Badawi) kini Pengerusi Prima.
6. Samy Vellu (tewas pada PRU 2008) kini duta khas bertaraf Menteri ke India dan Asia Selatan dan bergaji RM27,000 sebulan; dan ramai lagi yang boleh disenaraikan di sini.
Begitulah suasana di Malaysia, yang berjawatan akan mendapat jaminan kesenangan hingga ke akhir hayat.
tulapasai semua xberani nak melawan tokey atau membuka mulut melawan tak tentu kalu........silap2 melawan atau keluar party mau masuk jel macam DSAI.
ReplyDeletesemua itu ialah upah tutup mulut.