Itulah antara ungkapan Khir Toyo sebentar tadi semasa Buletin Utama TV3 mengenai isu pasir.
Kita faham strategi Umno untuk merampas semula Selangor ialah dengan menyerang bertubi-tubi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu.
Tetapi biarlah kena caranya. Menampilkan Khir Toyo sebagai watak utama bukan caranya.
Khir Toyo tiada kredibiliti. Khir Toyo lah yang menjadi cemuhan kakitangan Kerajaan Negeri apabila beliau menjadikan penyapu sebagai hadiah kepada YDP Majlis Daerah.
Khir Toyo juga diselubungi dengan skandal mahligainya dan Disneyland.
Kalau Umno betul-betul serius untuk menawan semula Selangor seharusnya muka baru ditonjolkan. Muka baru yang tiada parut Disneyland, tiada parut mahligai indah dan bukan muka penyapu. http://kedahku.blogspot.com/2009/07/khir-toyo-bayar-rm15000-sebulan-untuk.html
masalah layak@tidak khir toyo tidak penting sedangkan pemimpin UMNO selangor yg lain masih membisu..pasal isu penyapu aku tabik spring pd khir toyo..klu aku pemimpin kerajaan yang tak perform elok bagi TONG TAIK JE..
ReplyDeleteSOKONG..... Cari lah orang lain yang lebih elok.....
ReplyDeleteanak selangor
Jangan tengok siapa yagn bercakap tapi dengar apa yang dia cakapkan. Kalau apa yang dia cakapkan itu ada kebaikan untuk kebaikan, wajar disokong.
ReplyDeleteJangan jadi bebal dan buruk sangka, nasib baik sekadar dihadiahkan penyapu, memang layak kena penyapu pun.
Memang Khir Toyo sudah tidak layak kerana kredibiliti beliau telah musnah. Beliau lah punca Selangor jatuh ke PR dan sekiranya BN ingin mengambil alih kembali, carilah pemimpin lain yg benar2 bersih. BN patut anugerah Khir Toyo penyapu.
ReplyDeleteNamza Norman
Toyo tak layak bukan hanya kerana penyapulah, tapi kerana rompakannya terhadap harta rakyat terlalu besar, najisnya terlalu banyak dan busuk untuk rakyat selangor... UMNO selangor ada orang lain ke?
ReplyDeleteHehhe..bro..layak atau tidak..sekurang-kurangnya kini ada jugak yg berindak menggodam PR kat selangoq...
ReplyDeleteGeng-geng UMNO kat Kedah tu buat apa? Depa lebih suku berpolitik dgn org UMNO sendiri dari berpolitik dgn PR Kedah. Depa dok sebok tikam sesama sendiri dari tikam PR Kedah!
So...dgn adanya Dr. Khir..at least media internet BN Selangor mantap dan tak kering isu. BN Kedah? Hancusss...bukan takdak isu, tapi isu tikam geng sendiri lagi best dari tibai PR...kan? ngaku je laaaa...