Friday, July 9, 2010

HISHAMMUDDIN HUSSEIN SYOK SENDIRI

HISHAMMUDDIN SYOK SENDIRI: Itulah gambaran Nanyang Siang Pau ke atas Hishammuddin Hussein mengenai penurunan kadar jenayah dalam negara.

Berikut ialah ulasan yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam.

Isu akhbar Cina: Menteri terlalu awal gembira — Utusan Malaysia

8 JULAI — Akhbar Nanyang Siang Pao terbitan 4 Julai 2010 menyiarkan artikel yang mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat bahawa beliau berpuas hati dengan penurunan jenayah ragut.

Penulis Koo Lee Fen menyifatkan kenyataan berkenaan menunjukkan Hishammuddin sendiri yang berasa dirinya selamat.

‘‘Bulan lalu, di gereja yang sering saya kunjungi beg tangan seorang rahib diragut. Lengannya ditikam hingga berdarah.

‘‘Ketika membuat laporan polis, polis bertanya kepada mangsa sama ada mahu mengecam penjenayah atau tidak. Kerana tidak mahu timbulkan lebih banyak masalah, mangsa tidak mahu mengecam suspek,’’ katanya.

Lee Fen menambah, berdasarkan sikap polis ketika menyoal mangsa percaya kes berkenaan tidak akan berkesudahan.

‘‘Gereja yang sama pernah dipecah masuk pada waktu siang. Biarpun pihak gereja serahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak polis, sehingga hari ini tidak ada berita diterima.

‘‘Ia berlaku sudah lebih setahun namun tidak dapat dipastikan sama ada kes itu berjaya diselesaikan polis atau tidak,’’ katanya.

Jelas Lee Fen tiga tahun lalu, cermin kenderaan bapa beliau dipecahkan di sebuah taman tasik.

‘‘Pintu kenderaan dipecahkan dan dompet dicuri. Apabila buat laporan polis, anggota yang ambil keterangan beritahu supaya membuat laporan mengenai kehilangan kad pengenalan sahaja sudah cukup.

‘‘Menurut polis itu jika lapor kehilangan barang, pasti susah ditemui,’’ katanya.

Senario berkenaan menyebabkan Lee Fen curiga dengan statistik sebenar jenayah yang dikeluarkan oleh pihak polis.

‘‘Apakah kadar jenayah benar-benar turun atau tidak? Jika polis sendiri tidak mencatat segala kes jenayah yang dilaporkan dengan betul, ini bermakna angka berkenaan adalah palsu. Orang ramai pula tidak dapat membuat soal selidik,’’ katanya.

Jelasnya, beliau pernah ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya pada satu malam kerana terlupa menyalakan lampu besar kenderaan.

‘‘Saya tahu, mengaku salah dan merayu. Polis bersedia untuk pulangkan kad pengenalan serta lesen memandu saya.

‘‘Namun polis itu turut bertanya; “Awak mahu belanja saya minum teh?” Saya mengajak polis itu pergi ke restoran mamak yang berhampiran bersama saya pada masa itu juga. Sudah tentu polis itu tidak berbuat demikian,’’ katanya.

Lee Fen menganggap, keamanan dan keselamatan akan dapat dirasai orang ramai dan ia dapat dilihat dengan jelas. Disiplin anggota polis juga perlu ditingkatkan.

‘‘Saya hanya rakyat biasa, baik atau buruk tahap keselamatan sepatutnya dinilai oleh rakyat sendiri. Biarpun menteri berfikiran positif, tetapi jangan bergembira terlalu awal,’’ katanya.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

**** Beranikah Hishammuddin berhadapan dengan realiti?

3 comments:

  1. Saya fikir kita tidak perlu memperbesarkan isu ini kerana Perlukah kita bersimpati dengan KAUM ini yang bilamana kena musibah kepada bangsanya maka dikeriaunya sampai ke 7 petala langit, tapi jika sesuatu musibah kena kepada bangsa lain, Melayu-Islam terutamanya....mereka bersorak segembira2nya.....
    p/s : Sudah tepu untuk berbaik sangka dgn kumpulan egois dan rakus sebini.

    ReplyDelete
  2. Selain dari dari kerana KJ kongkong Pak Lah, kerana Life Persidangan UMNO dan Hushamuddin hunus keris lah Cina marah pada BN/UMNO.

    Kembali kapada sejarah Dinasti Cina, kepercayaan mereka, jika satu pemimpin keturunan Lim menghunus pedang untuk membunuh keturunan Tan, maka keurunan Tan akan mati semua. Keris, kununnya dipercayaai bahawa Melayu akan membunuh semua fasiliti orang Cina, termasuk ekonomi, pendidikan dll. yang ada kapada kepentingan kaum Cina.

    Anggapan ini, SEMEMANGNYA TIDAK BENAR. Sebab keris itu Lambang Melayu, tetapi itulah sebab kemarahan mereka yang menybabkan BN kalah.

    Hishamuddin syok sendiri....

    ReplyDelete
  3. Bahana keris??.. Hishamudi tersunggkur.. hahaha.. sebenarnya bukan cina saja yang marah, orang melayu pun marah sama Hishamudin sebab dia minta maaf hunus keris.. hahaha. Melayu sendiri tak yakin pada Hishamudin ni, lemah semnagat tak ada kekentalan langsong.. tapi apa nak buat bakal PM Malaysia kita ni.. atoiii

    ReplyDelete