Thursday, November 13, 2008

PANGLIMA-PANGLIMA PERANG RAFIDAH AZIZ

"Kenapa tak cakap sebelum pencalonan (bahagian) bermula? Kalau betul ikhlas dan jujur dalam perjuangan, mesti ada pengorbanan dan meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri. Tolong hargai perpaduan dan elakkan perpecahan, dia (Shahrizat) adalah penentu." - Ketua Wanita Umno Selangor Seripah Noli Syed Hussin (gambar). http://www.malaysiakini.com/news/93038

"Jadi kenapa mudah melatah? Jangan mudah melatah bila ada orang jolok dari bawah." - Ketua Wanita Umno Kedah, Salmah Md Isa.

Ada desas-desus mengatakan penyokong Rafidah Aziz sudah "berpatah arang", menyingsing lengan bersedia untuk berperang.

Beranikah Shahrizat Jalil turun gelanggang? Seripah Noli jelas mahukan Rafidah kekal Ketua Wanita dan kalau diambil kira kenyataan beliau kepada Malaysiakini semalam, Seripah Noli mungkin salah seorang Ketua Wanita yang sanggup "berpatah arang" mempertahankan Rafidah.

Kenyataan Seripah Noli juga jelas satu cabaran kepada Shahrizat. Kalau berani (menentang Rafidah) silakan.

"16 daripada 22 bahagian di Selangor mencalonkan gandingan Rafidah-Shahrizat," kata Seripah Noli.

Maksud Seripah Noli, Shahrizat perlu ingat hanya 6 bahagian menyokong beliau sebagai Ketua Wanita di Selangor. Sementara di Kedah, 10 bahagian mencalonkan Rafidah dan 14 bahagian di Kelantan juga mahukan Rafidah.

Inilah nasib Umno. Shahrizat sendiri tidak mampu menang di Lembah Pantai, malahan seluruh Wilayah Persekutuan kecuali satu tewas ke tangan pembangkang.

Sekarang musim berebut jawatan. Menang Shahrizat sekali pun, Wilayah Persekutuan tetap hak pembangkang. Atau kata lain, menang sorak, kampung tergadai.

Bagaimanapun ramai berpendapat Shahrizat tidak akan berani menentang Rafidah. Ketua Wanita Selangor, Kedah dan Kelantan bukan calang-calang orangnya. Silap langkah, Shahrizat dikuburkan politiknya.

Apapun keputusan Shahrizat, menentang Rafidah atau tidak, nasi sudah menjadi bubur. Bibit kebencian terhadap Shahrizat sudah terbuku dihati sesetengah Ketua Wanita Negeri.

Mesyuarat Exco Wanita yang lepas menjadi arena penyokong Rafidah menghentam Shahrizat sebagai seorang pemimpin yang bermuka-muka. Masa mesyuarat cakap lain, keluar mesyuarat cakap lain. Dalam mesyuarat menyokong Rafidah, keluar mesyuarat kata nak lawan Rafidah.

Ada Ketua Wanita mempertikaikan samada mereka perlu dipimpin oleh pemimpin yang suka bermuka-muka. http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Apapun, Shahrizat perlu berdepan dengan panglima-panglima perang Rafidah jika mengambil keputusan menentang ketuanya. Semalam Seripah Noli, Salmah, Ketua Wanita Umno Perlis Mastika Junaidah Husin dan Ketua Wanita Kelantan Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor "mengisytiharkan" mereka sanggup berperang demi Rafidah.

2 comments:

  1. Di pemuda, KJ dah nak terlondeh seluar dikerjakan Mukhriz dan Khir Toyo, mereka nak sunatkan KJ semula..

    Elok juga Sharizat minta tolong KJ... tapi sanggup ke budak tu nak pakai kain turun padang.

    ReplyDelete
  2. Mungkin juga selama ini pencalonan Rafidah yang banyak itu satu gambaran penolakkan kepada kepimpinan Sahrizat secara sunyi dikalangan wanita umno malaysia. Dan pencalonan kamalia itu sebagai tanda mainan dalam diam rafidah dan kamalia. Mereka datang dari satu kawasan. Agaknya wanita masih belum lupa dengan kelantangan ( keegoan ) Sahahrizat memperkecilkan anak anwar ibrahim ketika piru ke 12 dulu.

    ReplyDelete