Sunday, November 16, 2008

SHAHRIZAT: MANA JANJIMU?

MASIH ingatkah kita pada wajah-wajah ini? Inilah wajah Nurin Jazlin Jazimin yang dilahirkan pada 11 September 1999 dan kembali ke Rahmatullah pada 17 September 2007. http://nurinjazlin.blogspot.com/ . Kepada yang lupa akan siapa Nurin, adalah baiknya kita ingatkan apa yang berlaku pada insan yang tidak berdosa ini.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Mayat Nurin dijumpai tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, di dalam sebuah beg yang ditinggalkan dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.

Nurin dibunuh dengan kejam. Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Lumrah ahli politik mengambil kesempatan dari sesuatu tragedi dan kesedihan orang lain untuk meraih pengaruh dan publisiti. Maka Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pada masa itu, Shahrizat Jalil, membuat satu kenyataan mengenai sistem "alert" (amaran) sudah diadakan untuk memberi matlumat kepada orang ramai mengenai kehilangan kanak-kanak.

Sistem itu dinamakan N.U.R.I.N Alert (Nationwide Urgent Response Information Network) sempena nama Nurin. (Lihat tulisan Nuraina Samad: http://nursamad.blogspot.com/2008/01/yes-nurin-alert-is-in-place-says.html). Kenyataan Shahrizat disambut baik dan menerima pujian dari rakyat. http://tembam.wordpress.com/2007/11/04/thank-you-shahrizat-for-taking-nurin-alert-to-the-next-level/

Pujian telah diberi. Tetapi apakah janji telah dikotakan? Hari ini New Sunday Times melaporkan sistem alert tersebut kekal setakat satu cadangan. Menurut akhbar tersebut, "pihak bertanggungjawab lelap bersama cadangan tersebut. Cadangan tinggal cadangan". http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2403342/Article/index_html

SIAPA yang harus dipertanggungjawabkan? Pada kita, Shahrizat harus bertanggungjawab. Shahrizat tidak boleh melepaskan tangan kepada pengganti beliau Ng Yen Yen. Shahrizat masih terlibat secara langsung dengan Pembangunan Wanita dan Keluarga kerana beliau dilantik oleh Abdullah Ahmad Badawi sebagai penasihat bertaraf Menteri untuk menasihati Perdana Menteri mengenai hal-hal Pembangunan Wanita dan Keluarga walaupun kalah dalam pilihanraya umum Mac 8.
Mana janji Shahrizat mengenai N.U.R.I.N Alert? Shahrizat pasti mampu merealisasikan Nurin Alert kerana beliau kini lebih hampir kepada Perdana Menteri dibandingkan semasa menjadi Menteri dahulu.
Masih tidak terlambat buat Shahrizat untuk menunaikan janji yang tidak dikotakan dahulu untuk memperkenalkan N.U.R.I.N Alert.
Alangkah malang buat Shahrizat jika dituduh hanya sibuk berkempen untuk menjadi Ketua Wanita Umno sehingga lupa pada janji yang dibuat pada rakyat Januari lalu untuk memperkenalkan N.U.R.I.N Alert.
Tidak mustahil Shahrizat akan dituduh sedemikian kerana akhir-akhir ini jelas beliau komited betul untuk memastikan Ketua Wanita menjadi haknya.
Kepada Kak Jat, masih tidak terlambat untuk mengkotakan janji mengadakan N.U.R.I.N Alert. Kempen, kempen juga. Kerja atau janji kena buat juga.

7 comments:

  1. SHARIZAT PUN TAK TAU LAGU MANA NAK BUAT. DEKAT LEMBAH PANTAI PUN MASALAH SEBAB DAH KALAH. WANITA UMNO PUN DOK BERBALAH. AKHIRNYA NANTI ADA YANG JADI MANGSA LAGI.

    ReplyDelete
  2. Memang patut kita tuntut janji pada Sharizat ni...orang Pantai Dalam dah fedup lama dgn minah ni sebab pandai berlakon...semua nak buat tapi janji tinggal janji aje..la ni dok sebuk nak suruh orang serah jawatan kat dia! Kalau berani lawan ajelah tak payah nak asyik merayu sokongan sana sini untuk presure Kak Pidah...melayu sepatutnya berpegang pada janji tapi biasalah minah nikan half-half..harapkan nak melaram aje.

    ReplyDelete
  3. Shahrizat sama macam orang politik lain. Eksploitasi kesusahan orang lain. Kalau perangai macam ini, sampai bila pun rakyat benci pada Umno.

    ReplyDelete
  4. Dengar kata Shahrizat hebat betul masa muda-muda. Teringin saya nak tengok gambar Shahrizat masa muda.

    ReplyDelete
  5. Bro,

    Mana Shahrizat ada masa nak buat alert tu. Sibuk, bro, sibuk. Sibuk nak lawan Rafidah. Harap-harap menanglah Kak Jat. Kalau kalah, Najib harus biarkan dia berambus.

    ReplyDelete
  6. Datuk Shahrizat sibuk coordinate warna selendang dengan handbag dan kasut. Nama je lawyer by training. Macam politikus yang lain, lama lama loyar buruk. Patutnya memperjuangkan untuk menaik mertabat kaum wanita, tapi suruh jadi orang gaji bila jadi ibu tunggal. Macam mana nak respect?

    ReplyDelete