RAFIDAH TIDAK MUDAH LUPA: Rafidah Aziz dan beberapa pemimpin Wanita Umno tidak mudah lupa akan kenyataan Azalina Othman Said menerusi kertas kerja beliau ketika mencadangkan penubuhan Puteri Umno sebelum penubuhannya pada 3 Ogos 2001.
"Wanita Umno parti makcik-makcik." Itulah kata-kata Azalina yang menguris perasaan ahli-ahli Wanita Umno ketika itu. Pada April 2001, Azalina memohon maaf atas kenyataan itu.
Bagaimanapun, jelas Wanita Umno terutamanya Rafidah tidak dapat memaafkan Azalina atas kenyataan yang dianggap menghina Wanita Umno yang banyak berjasa dalam memastikan Umno menang di dalam pilihanraya.
Akhirnya, ludah Azalina jatuh ke muka sendiri apabila beliau mencuba nasib baru-baru ini untuk bertanding jawatan kedua tertinggi "parti makcik-makcik".
Kini, dada akhbar dipenuhi berita Shahrizat Jalil akan menentang Rafidah Mac nanti. Persoalannya, berani kah Shahrizat menentang Rafidah? Sanggupkah Shahrizat berdepan dengan risiko tewas dan hilang segala-galanya?
Pada 4 Ogos yang lalu, Rafidah mengumumkan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno sebelum menyerahkan kepemimpinan pergerakan itu kepada Shahrizat selewat-lewatnya Jun tahun depan.
Ketika membuat pengumuman itu, Rafidah mencadangkan supaya dua jawatan tertinggi Wanita tidak dipertandingkan bagi memastikan formula peralihan kepemimpinan pergerakan berkenaan berjalan lancar.
Apabila keputusan itu dibuat, orang yang paling kecewa ketika itu ialah Azalina yang menganggap keputusan Rafidah yang DIPERSETUJUI Shahrizat sebagai tidak demokratik.
Ketika itu, ramai berpendapat tindakan Rafidah mengumumkan peralihan kuasa lebih awal dari bosnya Abdullah Ahmad Badawi sebagai langkah menghalang Azalina daripada memegang jawatan nombor dua pergerakan itu.
Ada juga berpendapat tindakan Rafidah bertujuan menyindir Abdullah yang membuat keputusan untuk hanya menyerahkan kuasa kepada Najib pada 2010, satu tempoh yang cukup panjang.
Malangnya, perkiraan Rafidah meleset. Pak Lah didesak meletakkan jawatan lebih awal iaitu Mac tahun hadapan.
Keputusan Pak Lah menyebabkan Rafidah menyedari kesilapan membuat keputusan terlalu awal mengenai peralihan kuasa. Malahan ketika itu, Rafidah dilihat berpeluang untuk terus menerajui Wanita apabila ahli-ahli Wanita muak dengan Shahrizat yang memohon belas kasihan Pak Lah selepas ditewaskan di Lembah Pantai.
Atas rayuan Shahrizat, Pak Lah melantik beliau sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai hal-ehwal wanita walaupun kerja-kerja Wanita ini telah diserahkan kepada Ng Yen Yen.
Apabila menyedari kesilapan beliau, Rafidah dikatakan mengubah fikiran dan berharap Shahrizat akan menentang beliau untuk jawatan Ketua Wanita. Kali ini perkiraannya ialah sekiranya menang, Rafidah akan kekal jawatan Ketua Wanita Umno.
Sebaliknya politik Wanita sudah berubah. Ramai berpendapat Shahrizat berpakat dengan Kamilia Ibrahim untuk mendesak Rafidah mengundur diri lebih awal. Maka bahagian diminta mencalonkan Shahrizat sebagai Ketua dan Kamilia sebagai Naib.
Malang buat Kamilia. Rafidah tidak melihat beliau sebagai calon berkaliber untuk memimpin Wanita. Rafidah lebih selesa sekiranya Halimah Sadique menjadi Naib Ketua Wanita tetapi Halimah bukan dalam kem Shahrizat.
Hatta, berlakulah polemik hari ini. Shahrizat dilihat oleh penyokong Rafidah sebagai seorang yang bermuka-muka. Dalam mesyuarat Exco, Shahrizat setuju peralihan kuasa, lepas mesyuarat buat kenyataan seolah-olah mahu bertanding menentang Rafidah.
Kamilia pula menjadi taruhan Shahrizat untuk meletakkan Rafidah dalam keadaan terdesak. Apa kesudahannya?
Hanya satu harapan kita. Shahrizat memberanikan diri menentang Rafidah Mac nanti. Dalam politik, kita kena berani mengambil risiko. Lihat sahajalah pemimpin-pemimpin yang tidak berani mengambil risiko. Impian mereka hanya tinggal impian.
Risiko buat Shahrizat besar tetapi ganjarannya juga besar. Kalau menang, berkuburlah Rafidah dan Shahrizat diisytihar Ketua Wanita.
Sekiranya kalah, berkuburlah sementara politik Shahrizat. Rafidah tidak ada masalah menghadapi kekalahan. Beliau pernah tewas kepada Siti Zaharah Sulaiman pada 1996. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-ketujuh/ . Oleh itu tiada masalah buat Rafidah menghadapi kekalahan.
Shahrizat? Nampak takut-takut. Takut kalah dan hilang segalanya sekiranya kalah kepada Rafidah. Jika tidak bertanding, Shahrizat akan ditentang Kamilia. Bagaimanapun, Kamilia akan jadi gentlewoman sekiranya Shahrizat takut menentang Rafidah.
Pengunduran Kamilia dari bertanding akan menyelamatkan Shahrizat dari hilang jawatan nombor dua. Sekiranya Rafidah mengundurkan diri Jun nanti, Shahrizat tetap tidak akan dapat jawatan nombor satu.
Shahrizat sekadar memangku jawatan Ketua Wanita untuk lima tahun akan datang (pilihanraya Umno selepas Mac nanti akan hanya diadakan selepas PRU13 pada 2013). Kita tunggu sejauhmana keberanian Shahrizat memperjudikan masadepan politik beliau?
Rafidah sudah lama mengenali Shahrizat. Rafidah tahu Shahrizat lebih berminat mendapat jawatan Ketua Wanita secara percuma dari bertanding dan kalah. Dengan kata lain, Shahrizat takut menghadapi pertandingan. Bagaimanapun ini tidak bermakna Shahrizat seorang pengecut!
Kita kena tanya siapa sebenarnya yang akan buat keputusan bagi pihak Shahrizat untuk bertanding di jawatan mana ?
ReplyDeleteShahrizat umpama 'cacing kepanasan' dan tiba tiba menjadi orang luar yang mahu merebut jawatan Naib Atau Ketua Wanita. Shahrizat sudah terlepas 'tiket percuma' untuk mana mana jawatan. Mempertahankan Naib bertembung dengan Kamlia dengan harapan Rafidah menyokongnnya, satu teori yang memakan diri.
Jika Rafidah betul betul mahukan Shahrizat menggantikannya sudah tentu dia melepaskan jawatan kepada Sharizat dan mengelakkan Sharizat melalui jalan sukar bertembung Kamalia yang semakin popular kini. Tetapi Rafidah ada agenda tersendiri dan dia tidak akan melapaskan atau memaafkan 'musuhnya' dengan mudah.
Jika Shahrizat tewas, peralihan kuasa yang dijanjikan dengan sendirinya terbatal, Rafidah akan terus memegang Ketua Wanita dan layak untuk satu jawatan Menteri Kanan (Kewangan) atau melepaskan kepada musuh tradisinya Kamalia yang hanya memangku.
Rafidah juga ingin menjadi defacto atau kuasa mencatur sehebat Mahathir dan Anwar dan bukannya buah catur yang kena di'queen' seperti Dolah.
Shahrizat memang takut pada Rafidah sebab itu dia setuju tidak bertanding.Shahrizat bukan lawan Rafidah.Yang berani lawan Rafidah ialah Siti Zaharah.Kalau SZ dapat banyak pencalunan pasti dia lawan RA.Rafidah gerun dengan s.Zaharah.Walaupun lembut tapi tegas.Patut SZ berganding dengan Kamalia Ibrahim baru ummph.Walaupun dulu SZ menang tetapi RA diselamatkan oleh Mahathir maka kekal lah RA jadi Ketua Wanita.Rafidah menang cara menipu, cara memfitnah untuk menang.Kononnya Siti Zaharah orang Annuar Ibrahim maka itulah sebab Mahathir mahukan Rafidah menang walaupun dia kalah.Sekarang Rafidah nak tipu lagi pada Shahrizat dengan mengunakan exco wanitanya untuk menang tak bertanding.Kali ini Shahrizat mesti bertanding lawan Rafidah dan lupakan pelan Rafidah yang licik itu.
ReplyDeleteLet's look at the bigger picture.
ReplyDeleteSharizat, in my eyes, is the proxy for Abdullah & Co to get rid of Rafidah. Rafidah was making a lot of noise against Khairy Jamaluddin and Pak Lah squandering the nation.
Khairy Jamaluddin was not happy with Rafidah, as he was not happy with Samy Vellu, Mahathir Mohamad, Khir Toyo, etc. His plans is to get rid of Rafidah before Pak Lah leaves. It does explains a lot, for example Pak Lah decision not to have Rafidah in cabinet.
----KJ is still mommy's boy----
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2008/03/rafidah-digugurkan-kerana-surat-16-muka.html
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/09/rafidah-dibelasah-dalam-telefon-oleh-ibu-budak-tingkat-empat/
Jika Kamalia menang dalam pertandingan Naib, Maka bulan Jun 2009, Kamalia akan menjadi Ketua Wanita. Bukan begitu kah?.
ReplyDelete