Sebentar tadi Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke 40 dan 41 dari Bahagian Sepanggar, Sabah, dan Kubang Kerian, Kelantan.
Menurut Agenda Daily, Mohd Ali mengesahkan akan bertanding menentang calon favourite Muhyiddin Yassin.
Mohd Ali hari ini turut mendapat pencalonan dari Pendang, Ketereh, Tumpat, Pasir Salak, Sandakan dan Sungai Petani.
Muhammad Muhammad Taib masih menanti pencalonan ke 39 untuk melayakkan diri bersaing bersama Muhyiddin dan Mohd Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya jawatan Timbalan Perdana Menteri. http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Muhammad Taib pada ketika ini mendapat 36 pencalonan. Buat penyokong Muhyiddin, harapan untuk menang automatik musnah hari ini. http://kedahku.blogspot.com/2008/11/saat-genting-buat-muhyiddin-yassin.html
Seperti kata Mohd Ali, "fasa akan datang lebih mencabar." http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/8/mstar_berita/20081108110142&sec=mstar_berita
Apa tidaknya. Ini baru round pertama politik wang. Dalam round pertama, ada yang mengatakan antara RM200,000 dan RM300,000 ditaburkan disetiap bahagian untuk memperolehi satu pencalonan. http://kedahku.blogspot.com/2008/11/kos-satu-pencalonan-umno-rm200000.html
Ada lagi dua round. Round Kedua bermula selepas hujung minggu ini. Round Kedua agak panjang kerana ia bermula dari bulan ini sehingga Mac nanti. Round Ketiga ialah apabila bermulanya minggu pemilihan. Malam-malam terakhir sebelum pengundian cukup kritikal. Siapa bagi banyak, banyaklah undinya.
Bagaimanapun ini hanya dakwaan. Ramai pemimpin parti sudahpun membuat kenyataan termasuk Azalina Othman Said yang menang tanpa bertanding di Pengerang selepas Ketua Bahagian yang lalu tidak mendapat cukup pencalonan mengkritik mereka yang menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan.
Bagaimanapun calon-calon tentu tertarik dengan kenyataan bakal Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak apabila beliau membuat kenyataan hari ini: "Tiada tempat bagi pengamal politik wang".
Bercakap di Pekan, Pahang, Najib memberi amaran: "Tidak ada tempat untuk pemimpin yang mengamalkan politik wang tetapi ia akhirnya terpulang kepada ahli UMNO untuk membuat pilihan. Ia juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan kita. Ia macam perangkap laju, ada yang terlepas dan ada yang terkena."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive
Siapa yang akan terkena? Pengerusi Lembaga Disiplin Umno membuat kenyataan semalam: "Lembaga Disiplin UMNO ambil tindakan sebelum pemilihan Mac nanti". http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm&arc=hive
Dan BPR pun sudah sedia bertindak seperti kata Pengarah Siasatan BPR Shukri Abdull. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm&arc=hive
Jadi kita tunggu sehingga Mac nanti. Tetapi janganlah kita meletakkan harapan yang setinggi langit kepada BPR dan Lembaga Disiplin Umno. Selama 51 tahun merdeka, hanya kucing kurap dan ikan bilis sahaja yang kena cekup. Buaya besar dibiarkan bermaharaja lela. Sehingga hari ini masih ada yang memegang jawatan besar dalam kerajaan.
No comments:
Post a Comment