Setiap kali diajukan soalan oleh media mengenai ekonomi negara, Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop akan membuat kenyataan ekonomi negara kukuh.
Ketika harga minyak melambung tinggi, ketika bertrillion wang diperlukan oleh Amerika Syarikat untuk menyelamatkan ekonominya, Nor Yakcop masih berkeras ekonomi negara kukuh.
Perkataan "subsidi" dicemarkan oleh Pak Lah dan Nor Yakcop sebagai satu perkataan cukup kotor. Saban hari sejak Julai tahun ini, Pak Lah dan Nor Yakcop bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat seolah-olah rakyat Malaysia cukup hina kerana bergantung pada subsidi.
Selasa lepas Moody's, sebuah syarikat pengukur kredit, mengeluarkan satu kenyataan yang dipetik oleh The Edge Daily:
SYDNEY: Bank Negara Malaysia (BNM) is estimated to have spent US$12 billion (RM42.4 billion) during September to defend the ringgit, said Moody’s Economy.com. "
http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_65ad79b6-cb73c03a-6545d200-123443ca
Terjemahan: Bank Negara Malaysia dianggarkan membelanjakan US$12 bilion (RM42.4 billion) sepanjang September untuk mempertahankan ringgit, kata Moody's Economy.com.
Banyak betul khazanah negara sehinggakan tanpa disedari Pak Lah dan Nor Yakcop mengambil keputusan membelanjakan RM42.4 billion September lalu untuk mempertahankan ringgit sedangkan hendak membeli helikopter bernilai RM1.67 billion pun kerajaan tidak mampu atas alasan kegawatan ekonomi dan membiarkan juruterbang TUDM terus menggunakan Nuri yang telah uzur.
Persoalannya, kenapa Nor Yakcop tidak berterus-terang dengan rakyat bahawa wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk mempertahankan ringgit?
Kalau betul hebat sangat ekonomi kita seperti mana yang dinyatakan oleh Nor Mohd Yakcop sebelum ini, kenapa RM42.4 billion dibelanjakan untuk mempertahankan ringgit?
Kenyataan tuan mengelirukan seolah US$12 billion atau RM42 billion lesap.
ReplyDeleteTidak sama sekali tidak. Pertahan Ringgit melibatkan pembelian atau penjualan US Dollar untuk dimasukkan dalam atau dikeluarkan dari rizab negara.
Soalan yang lebih tepat adalah pembelian atau penjualan US DOllar itu menuntungkan atau merugikan.
Kena faham sesuatu subjek betul-betul sebelum nak persoalkan, tuan. Forex, finance, dan ekonomi adalah subjek teknikal yang bukan untuk teka2 hentam kromo.
Kalau tak tahu jangan nak tunjuk pandai
ReplyDeleteNajib jangan lupa siasat kes rasuah RM30juta melibatkan Menteri kanan bila jadi PM nanti.
ReplyDeleteKalau nak bukti, tanyalah Ezam Mat Noor.