Tuesday, August 7, 2018

ZAHID & KONCO-KONCO MASIH TAKUT PADA NAJIB RAZAK WALAUPUN BELIAU SUDAH HILANG JAWATAN

Image may contain: 5 people, people smiling

UMNO-PAS KALAH di Sungai Kandis.

Hanya 9,585 pengundi TERMASUK ahli Umno dan Pas mengundi calon Umno.

Itu saja sokongan yang termampu diraih oleh Umno-Pas di Sungai Kandis di mana 71.34% adalah pengundi Melayu.

Kalau sebelum PRU-14, BN dan Umno diGERUNI di dalam mana-mana Pilihanraya Kecil seperti yang berlaku di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, cabaran BN selepas PRU-14 LONGLAI.

Ditambah dengan kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi ditakuk lama dan tidak berwawasan, keputusan di Sungai Kandis menguatkan lagi persepsi bahawa Umno-Pas akan terus LESU.



Kehadiran Najib Razak berkempen di Sungai Kandis juga menguatkan persepsi bahawa Zahid HANYAlah seorang "follower" Najib.

Kehadiran Najib mengatasi "kehadiran" Zahid di Sungai Kandis seolah-olah Najib yang mengetuai kempen BUKAN Presiden Umno, Zahid.

Malah ada desas-desus mengatakan bahawa di dalam satu majlis kempen, Najib "hijack" (curi) majlis Zahid dan berucap hampir satu jam menyebabkan Zahid tiada masa untuk menyampaikan ucapan.



Khabarnya, kepimpinan Umno-Pas TIDAK SENANG dengan kehadiran Najib dan ahli keluarga beliau di Sungai Kandis, tetapi "follower" Zahid Hamidi TAKUT untuk memberitahu Najib bahawa "Umno tidak perlukan Najib lagi."

Kalau semasa Najib memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno, ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno termasuk Zahid "KECUT TELOR" bila berhadapan dengan Najib, SELEPAS hilang jawatan pun, Zahid dan konco-konco beliau MASIH takut untuk "angkat kepala" kepada Najib walaupun mereka tahu Najib adalah BIAWAK HIDUP Umno-Pas selepas PRU-14.

Ada dua lagi PRK selepas ini - Balakong dan Seri Setia. Dan Najib, dengan sikap hidung tinggi beliau sekarang ini, akan terus berlagak seperti beliau masih lagi Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana Zahid "tiada telor" untuk menegur beliau.

Itulah nasib Umno selepas diLINGKUPkan oleh Najib dan kepimpinan LEMAH "follower" Zahid .  

No comments:

Post a Comment