Friday, August 3, 2018
"ANWAR IBRAHIM" : AZMIN BARUA MAHATHIR
ANWAR Ibrahim dengan Najib Razak kelaku (an) sama saja.
Najib semua benda fitnah bagi dia - tiada satu dakwaan pun Najib mengaku sampai ke hari ini.
Anwar Ibrahim, kita pun tahu. Dari isu mengadakan hubungan dengan wanita pada 1997, rakaman percakapan telefon dengan isteri seorang bekas Menteri, adegan dalam bilik dengan China Doll (ada video) dan liwat Saiful Bukhary Azlan, semuanya fitnah baginya walaupun Mahkamah mendapati beliau bersalah.
Beliau bebas hari ini kerana kuasa politik.
Kita semua kenal Anwar Ibrahim dari zaman Abim lagi.
Anwar tak berubah. Letak beliau dalam penjara seumur hidup pun, itulah kelaku dan perangai beliau. Tak berubah.
Semalam tersebar audio Anwar menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan melabelkan Azmin Ali sebagai "BARUA MAHATHIR".
Seperti biasa, terpulanglah kepada kita semua samada nak percaya atau tidak bahawa itu suara Anwar.
Tak percaya pun boleh, nak PERCAYA pun tak salah.
Sama macam video China Doll juga, ramai yang percaya dan ada yang tak percaya.
Dan saya? Saya percaya itu suara Anwar dan saya percaya Anwar hentam Mahathir dan panggil Azmin "BARUA MAHATHIR".
Saya percaya dalam video China Doll, wajah dalam video itu ada lah Anwar. Saya percaya kes liwat Saiful Bukhary Azlan.
Kepada yang tidak tahu mengenai Anwar, baca link ini:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=LatestNews&pg=ln_01.htm
P/S: Jelapang teringat akan kisah "musang berbulu ayam".
Kisah ini hampir sama dengan cerita Zahid Hamidi bahawa kerajaan Pakatan akan runtuh sebelum PRU 15 dan Umno kembali berkuasa kerana "beliau baik dengan Anwar".
Antara kata-kata Zahid: "Kita tahu mereka goyah. Kita mempunyai ahli Parlimen yang paling ramai. Pilih saya dan saya tahu apa yang perlu dibuat. Saya mempunyai hubungan baik dengan semua orang. Saya baik dengan orang baru saja keluar (Anwar Ibrahim)" - Ucapan Zahid kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan semasa taklimat tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - 24 JUN 2018.
http://www.sinarharian.com.my/politik/zahid-yakin-pakatan-tumbang-umno-rampas-kembali-putrajaya-1.849023
Ye itu suara anuar klau tanye sesiapapun itu suara anuar tetapi kemasukan suaranya adalah satu proses edited sebagai propaganda. .Tujuan satuje anuar berehatla somtin like that
ReplyDelete