Tuesday, August 14, 2018

HARI INI PKR KELUAR PAKATAN, HARI INI JUGA ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI



HEBAT Anwar Ibrahim dan geng-geng beliau.

Bukan saja menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam parti sendiri pun sedang berbunuhan.

Kalau ikut firasat geng Anwar, Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin akan jadi lembu korban tidak lama lagi.

Yang disembelih akan hilang jawatan Menteri, maka naiklah empayar Anwar bin Ibrahim.

Rekod Azmin cukup cemerlang. Selangor dijaga dengan baik dan peralihan kuasa berjalan dengan lancar selepas PRU14.

Azmin dilihat seorang pemimpin cemerlang, mempunyai karisma dan kebolehan seorang bakal Perdana Menteri.

Mempunyai latarbelakang yang baik jika dibandingkan dengan bos beliau Anwar.

Latarbelakang Azmin lebih bersih jika dibandingkan dengan sejarah silam Anwar, dengan videonya, dengan insiden sumpah laknat Saiful Bukhary Azlan dan macam-macam lagi.

Seperti dahulu kala, pada Anwar dialah paling hebat.

Di dalam satu pita audio, suara seakan-akan Anwar melabelkan "Azmin sebagai BARUA Mahathir". Anwar menafikan itu suara beliau.

Seperti juga Najib, Anwar tak pernah mengaku, baik pita rakaman telefon suara beliau dengan bekas isteri seorang bekas Menteri dan video China Doll di mana individu di dalam video tersebut "PERUT" nya tak sama dengan Anwar.

Mudah saja kalau Anwar hendak sangat jadi Perdana Menteri.

KELUAR Pakatan. Berbincanglah dengan rakan baik beliau Ahmad Zahid Hamidi. 

Esok sudah boleh jadi Perdana Menteri. Berpakatlah dengan Umno dan Pas, maka tumbanglah Pakatan Harapan.

Tak payah tunggu 2 tahun untuk Dr Mahathir mengundur diri.

Guna kuasa politik yang ada. PKR paling banyak kerusi. Keluar Pakatan, tumbanglah Dr Mahathir.

Lagipun Umno tak sabar-sabar hendak melihat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Annuar Musa tak sabar menanti, Ahmad Maslan pun sudah tak sabar demi kepentingan petani, kata beliau.



2 comments:

  1. Wayang dah start..

    Grab popcorn..

    ReplyDelete
  2. Perlu diingat pengorbanan anuar Ibrahim Maha hebat dugaan demi dugaan dilalui dan sebagai manusia biasa saya simpati pkr dan gerakan reformnya satu adalah fakta kejayaan pada hari ini mahathir cuma Berjaya mendominasi keadaan peluang itu diambil dgn perfect mahathir Berjaya merampas bahtra gerakan reformasi tahniah

    ReplyDelete