TIBA-tiba selepas sahur tadi, teringat pula kepada JHO LOW.
Siang, malam, makan, minum, tidur dalam kapal layar. Kapal layar pula sedang diburu Amerika Syarikat.
Nak keluar dari kapal, takut kena tangkap. Nak belayar luar dari perairan China pun takut kena tangkap dan dihantar ke Amerika.
Jika saya Jho Low, saya akan kenang balik kehidupan indah sebelum ini - saat-saat yang cukup indah.
BerMESRA dengan Paris Hilton!
BerMADU KASIH dengan Miranda Kerr
Berselisih bahu dengan Alicia Keys
DiDENDANGkan lagu "Happy Birthday" oleh penyanyi terkenal Britney Spears.
http://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-splurged-millions-birthday-party-las-vegas
Ini semua bahana DOJ, Amerika Syarikat. Nikmat dah tinggal kenangan. Kalau kita halusi saman sivil DOJ itu, bukan NAMA Jho Low saja yang tertera.
Banyak nama dalam saman itu. Yang Jelapang ingat nama ANAK TIRI Najib Razak, Riza Aziz pun ada. Riza merupakan anak kandung Rosmah Mansor.
Satu lagi nama, ialah isteri MO1. Sayangnya kita tak dapat ketahui siapa isteri MO1 ini sebab DOJ macam malu-malu nak letak nama betul.
Berbalik kepada Jho Low, rasa kasihan pun ada.
Riza Aziz, dan kawan-kawan seangkatan dengan beliau, kehidupan mereka seperti biasa - HIDUP BEBAS.
Kalau berasa nak bercuti di London, pergi London. Hujung tahun nak raikan tahun baru di Dubai, Australia, New York, bisa saja - naik private jet sampai lah.
Sekali sekala kalau Jho Low nak jumpa Riza, boleh lah, itu pun kalau ada lawatan rasmi negara ke China.
Arab yang turut sama kebas duit itu pun BEBAS juga. JUSTO, pun sekarang berehat di Switzerland, kena jel pun sekejap saja.
Miranda Kerr pun dah kahwin dengan orang lain.
Tapi Jho Low duk terperap dalam kapal layar di perairan China. Entah lalu makan, entah tidak.
Lagi pun dah lama sangat tak nampak muka Jho Low. Dulu gemuk, katanya sekarang ini kurus kering. Kesianlah bila kita fikirkan nasib Jho Low ini.
Kalau kita kena kurung dalam kapal layar macam itu, pendek umur rasanya.
Tapi tak mengapa. Mr Jho banyak duit. Selagi tak selesai isu 1MDB dan DOJ ini, Mr Jho duduk lah dalam kapal layar mewah tu.
Thursday, June 22, 2017
Tuesday, June 20, 2017
AGENSI PERJUANG MELAYU ROSAK. ADAKAH NAJIB SERIUS TADBIR NEGARA?
LETAK Jawatan di FGV, diberi jawatan di SPAD.
Apakah Najib Razak serius mentadbir negara?
Sudah berapa banyak entiti yang menjadi landasan memperjuangkan kepentingan Melayu ROSAK kerana keputusan-keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri?
1. FGV - Isa Samad.
2. Tabung Haji - Azeez Rahim.
3. MARA - Annuar Musa (sedang disiasat oleh SPRM)
4. FELCRA - Bung Mokhtar (disiasat SPRM berkaitan pembelian saham amanah dan bekas Pengerusi Tajuddin Abdul Rahman disiasat berkaitan pemberian bonus melibatkan beliau, Timbalan Menteri Ismail Abdul Mutalib dan Halimah Siddique).
5. YPEIM - agensi membantu anak-anak yatim
Jangan kata agensi besar-besar. Agensi yang memberi pinjaman kecil-kecilan pun rosak dek rasuah.
Kenapa ini terjadi?
Kerana Najib tidak serius mentadbir negara?
Atau sibuk menguruskan isu yang melibatkan diri dan keluarga beliau...
Monday, June 12, 2017
NAZRI: NAK BELAJAR JADI SAMSENG, BELAJAR DENGAN SAYA
' NAK BELAJAR JADI SAMSENG, BELAJAR DENGAN SAYA." - Nazri Aziz.
Long live the CHIEF. Kata orang putih. Ini baru gentleman. Nazri Aziz, Menteri Umno, mengaku SAMSENG.
Maka tidak hairan lah, tak kira di mana saja, di Pasar Ramadan, di kawasan Masjid, pakai jubah, mengaku imam, pukul orang sana sini.
Dah jadi perkara biasa era ini.
Sikit sahaja nak bertanya kepada Najib Razak... "kerajaan BANGGA ke dengan bahasa yang digunakan oleh Nazri ini?"
Jangan salahkan rakyat kalau ada yang terikut-ikut dan "belajar jadi SAMSENG macam Nazri:.
NAZRI: KERAJAAN TAK ADA DUIT
Kita juga tertarik dengan satu lagi kenyataan Nazri hari ini.
Kata Nazri secara terus terang, Kerajaan TAK ADA DUIT.
Bagus kita ada seorang Menteri yang berterus terang macam ini.
Baca di link ini:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/12/nazri-akui-cukai-pelancongan-kerana-kerajaan-kurang-dana/
Sunday, June 11, 2017
TERUBATNYA LUKA PENEROKA FELDA SELEPAS DAPAT RM780
HEBAT politik Najib Razak.
Dalam keadaan Felda dan FGV melalui pelbagai kontroversi dan masalah, peneroka Felda hilang rasa gusar seketika semalam.
Hadiah dari Perdana Menteri untuk hari raya ini berupa - RM500 duit raya untuk satu keluarga peneroka dan RM280 berupa dividen FGV.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/insentif-raya-rm500-dividen-rm280-untuk-peneroka-felda-pm-najib-145809
Itu kelebihan Najib. Getir mana pun keadaan kewangan FGV, marah macamana pun peneroka terhadap kerajaan, akan ada ketikanya perasaan marah itu diubati.
RM780 menjadi ubatnya.
Selamat hari raya kepada peneroka.
Sedikit fakta mengenai FGV jika ada yang terlupa.
2012: Terbitan (saham) tawaran awam permulaan (IPO), kedua terbesar di DUNIA selepas FACEBOOK.
IPO: FACEBOOK bernilai US$16 bilion
FELDA FGV: US$3.1 bilion
HARGA SAHAM TERKINI: Felda FGV RM1.66
Facebook: US$149.50 (RM637.96)
KEUNTUNGAN FELDA FGV: 2013: RM982.25 juta
2015: RM182.32 juta
2016: RM31.47 juta
TERIMA RM9.5 JUTA: SHAFEE JANGANLAH MEMBISU
SHAFEE Abdullah seorang peguam yang hebat.
Di kalangan pelajar-pelajar jurusan undang-undang, Shafee seorang peguam yang terkenal sama seperti Karpal Singh, Manjeet Singh, Christopher Fernando, Jagjit Singh dan ramai lagi.
11 hari yang lepas sebuah portal anti-Kerajaan menyiarkan satu senarai penerimaan wang oleh beberapa individu termasuk Shafee yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Perdana Menteri.
Tuduhan terhadapnya amat serius dan memberi kesan kepada Umno dan Najib Razak.
Peguam memang terkenal kehebatan mereka menangkis hujah di dalam mahkamah.
Mereka popular antara lain disebabkan menang dalam kes yang dikendalikan mereka atau kes yang dibawa mereka berprofil tinggi.
Kehebatan Shafee berhujah diakui umum.
Malangnya dalam kes RM9.5 juta ini, sudah 11 hari Shafee membisu. Agak ganjil Seorang peguam yang sehebat Shafee boleh mendiamkan diri begitu lama tanpa sebarang hujah.
Ini bukan isu Shafee semata-mata. Ini melibatkan imej Umno dan Perdana Menteri.
Terlalu lama berdiam diri hanya memburukkan keadaan dan tuduhan terhadap Shafee pula amat serius kerana melibatkan kes di mana Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Shafee berjanji akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.
Kita minta tolonglah kepada Shafee. Janganlah biarkan ahli-ahli Umno menunggu kenyataan bagaikan buah yang tak luruh-luruh.
Kita hendak menghadapi pilihanraya umum. Shafee patut bantu Umno bukan menambahkan tekanan terhadap Umno dengan membisu.
Dah penat kita di bawah ini mempertahankan Umno. Isu-isu macam ini yang membuat kita penat di bawah ini.
Minta sangat-sangat Shafee cepat memperjelaskan isu ini. Senang kami di akar umbi nak jelas pada rakyat.
Wednesday, June 7, 2017
FELDA: BIAR SPRM SIASAT ISA & ZAKARIA BUKAN IDRIS JALA
CEO Felda Global Ventures Zakaria Arshad: "Saya juga bersedia untuk disiasat dan mendesak SPRM untuk menyiasat FGV supaya apa sahaja salah laku dalam syarikat dapat dibongkar.”
Pengerusi FGV Isa Samad: "Terserah kepada SPRM. Dia nak masuk, masuklah, kita tiada masalah. Buat masa ini, hanya Internal Audit (IA) sahaja yang melakukan siasatan."
DUA orang besar FGV mahukan SPRM menyiasat mereka TETAPI kenapa Najib Razak melantik Idris Jala "sebagai pihak bebas untuk meneliti fakta kes dan mencadangkan jalan mengenai keputusan Lembaga FGV menggantung ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan dan dua orang anggota kanan pasukan pengurusan selepas berunding dengan semua pihak berkaitan.?
Isa menuduh Zakaria melakukan kesalahan dan Zakaria memberi gambaran ada SALAH LAKU dalam FGV.
Apa perlunya Idris Jala lakukan siasatan. Serahkan sahaja kepada SPRM.
Tuesday, June 6, 2017
FELDA: APABILA SYARIKAT MELAYU BERGADUH
TAK banyak syarikat yang benar-benar kepunyaan Melayu yang disenaraikan di Bursa saham.
Antara syarikat Melayu yang besar yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia ialah - Felda Global Ventures - kepunyaan orang Melayu dan peneroka Melayu. Pengerusinya orang Melayu -- Namanya Isa Samad yang satu ketika dulu terlibat dengan politik wang Umno.
Ketua Eksekutif nya juga Melayu - Zakaria Arshad. Keseluruhan FGV ini Melayu lah yang uruskan.
Berniaga tak lah pandai sangat tetapi boleh lah. Semasa disenaraikan pada 2012 dulu, gah penyenaraian FGV adalah kedua terbesar di dunia selepas FACEBOOK.
Harga senarai RM4.55. Semalam harga FGV RM1.62.
Semalam syarikat terbesar Melayu ini bergaduh besar.
Pergaduhan antara pengerusinya Isa Samad dan CEO FGV Zakaria.
Tak selalu syarikat-syarikat besar pengurusannya bergaduh.
Hari ini FGV menarik perhatian ramai bagaimana syarikat Melayu diuruskan.
Berikut kenyataan Zakaria Arshad:
CEO FGV dakwa cuba hentikan pelaburan tak masuk akal
6 Jun 2017, 6:37 petang 6 Jun 2017, 6:53 petang
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini, berkata beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak masuk akal".
Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.
"Sekarang mereka (lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta pound lagi. Bagi saya ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," beliau dipetik sebagai berkata olehThe Star.
Pelaburan lain, kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM300 juta bagi membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.
Zakaria juga melahirkan rasa tidak puas hati mengenai amalan rundingan terus.
"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung ... Saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya mahu menguatkuasakan dengan tegas, maka ini apa yang berlaku," katanya.
Penggantungan Zakaria dibuat selepas beliau dilaporkan menolak permintaan Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat Afghan.
Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan beliau telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu telah diluluskan oleh pendahulunya.
Isa dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, audit dalaman akan dijalankan berhubung perkara itu.
Beliau juga mengancam untuk menyaman wartawan kerana bertanya mengenai dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau cuba memberhentikan Zakaria untuk menutup salah laku sendiri.
Friday, June 2, 2017
SIAPA MENANG PRU-14?
MALAM tadi selepas terawih, tukang-tukang tilik berkumpul di kedai mamak. Topik perbincangan: Siapa akan menang PRU-14?
Tukang tilik 1: Najib Razak menang besar. 170 kerusi. Apa lagi yang dia tak buat. BR1M dah bagi. Esok bagi bonus kat kakitangan kerajaan pula.
Tukang tilik 2: Aku pun rasa Najib menang besar. Lebai-Lebai Pas tolong Umno menang besar.
Tukang tilik 3: Najib!!! Poket dia besar. Berbilion.
Tukang tilik 4: Najib lah menang. Beribu dah keluar Bersatu. Ketua-ketua dalam PKR duk berkelahi sesama depa.
Tukang tilik 5: Najib Maaa!!! Itu Cina punya undi semua BN punya. Cina banyak suka sekarang. Itu Melaka pun sudah ada tugu Cina. Itu JB pun sudah ada kampung Cina. Semua projek besar, semua kasi China. Melayu pun tarak marah. Suka lagi ada lah.
Tukang tilik 6: Sapa lagi kalau bukan Najib. Menang besaq lah. Dr Mahathir pun orang dah benci. Tiap-tiap hari kena maki dalam TV3. Juai Proton kat China Geely pun tak dak sapa marah. Mahathir saja duk loncat sana sini.
Tukang tilik 7: Aku kata Najib menang. Orang Melayu OK. 1MDB orang kampung bukan faham pun. Orang pun dah lupa 1MDB ni. Lagipun 1MDB hantar orang ke Mekah.
Tukang tilik 8: Najib!!! Aku suka Rosmah.
Tukang tilik 9: Najib Razak. Menang besar. Orang agama, Mufti-Mufti pun sokong Najib.
Pengerusi tukang-tukang tilik: Habis tu, kenapa tak buat-buat PRU?