Sunday, June 11, 2017
TERIMA RM9.5 JUTA: SHAFEE JANGANLAH MEMBISU
SHAFEE Abdullah seorang peguam yang hebat.
Di kalangan pelajar-pelajar jurusan undang-undang, Shafee seorang peguam yang terkenal sama seperti Karpal Singh, Manjeet Singh, Christopher Fernando, Jagjit Singh dan ramai lagi.
11 hari yang lepas sebuah portal anti-Kerajaan menyiarkan satu senarai penerimaan wang oleh beberapa individu termasuk Shafee yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Perdana Menteri.
Tuduhan terhadapnya amat serius dan memberi kesan kepada Umno dan Najib Razak.
Peguam memang terkenal kehebatan mereka menangkis hujah di dalam mahkamah.
Mereka popular antara lain disebabkan menang dalam kes yang dikendalikan mereka atau kes yang dibawa mereka berprofil tinggi.
Kehebatan Shafee berhujah diakui umum.
Malangnya dalam kes RM9.5 juta ini, sudah 11 hari Shafee membisu. Agak ganjil Seorang peguam yang sehebat Shafee boleh mendiamkan diri begitu lama tanpa sebarang hujah.
Ini bukan isu Shafee semata-mata. Ini melibatkan imej Umno dan Perdana Menteri.
Terlalu lama berdiam diri hanya memburukkan keadaan dan tuduhan terhadap Shafee pula amat serius kerana melibatkan kes di mana Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Shafee berjanji akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.
Kita minta tolonglah kepada Shafee. Janganlah biarkan ahli-ahli Umno menunggu kenyataan bagaikan buah yang tak luruh-luruh.
Kita hendak menghadapi pilihanraya umum. Shafee patut bantu Umno bukan menambahkan tekanan terhadap Umno dengan membisu.
Dah penat kita di bawah ini mempertahankan Umno. Isu-isu macam ini yang membuat kita penat di bawah ini.
Minta sangat-sangat Shafee cepat memperjelaskan isu ini. Senang kami di akar umbi nak jelas pada rakyat.
pembangkang mereka-reka cerita dan siar di sarawak report… pastu membuat tuduhan dan bawa isu ni ke mahkamah berdasarkan cerita bohong yg depa reka sendiri… dah bbrp kali sarawak report buat tuduhan tanpa bukti sahih… tak macam kes penyelewengan wang rakyat oleh DAP penang yg padat dgn bukti sahih…
ReplyDeleteBlogger talam 2 muka ni ...... hati2...lelebih lagi jelapang ìstilah dari Utara ni..... utara ni banyak fakta barua pengkhianat....
ReplyDeleteShafie ke yg jatuhkan hukuman pd Anwar?..berapa pulak Anwar bayar pd barisan peguam dia?..
ReplyDeleteJawab je...takkan itupun nak marah..
ReplyDeleteJawab je...takkan itupun nak marah..
ReplyDelete