Thursday, June 22, 2017

JHO LOW BANYAK DUIT, DUDUKLAH TERPERAP DALAM KAPAL LAYAR TU

TIBA-tiba selepas sahur tadi, teringat pula kepada JHO LOW.

Siang, malam, makan, minum, tidur dalam kapal layar. Kapal layar pula sedang diburu Amerika Syarikat.

Nak keluar dari kapal, takut kena tangkap. Nak belayar luar dari perairan China pun takut kena tangkap dan dihantar ke Amerika.

Jika saya Jho Low, saya akan kenang balik kehidupan indah sebelum ini - saat-saat yang cukup indah.

BerMESRA dengan Paris Hilton!
Image result for jho low paris hilton

BerMADU KASIH dengan Miranda Kerr

Image result for miranda kerr jho low

Berselisih bahu dengan Alicia Keys
Low is now in the limelight for different reasons - at the center of a probe into an alleged money-laundering scandal involving Goldman Sachs and the prime minister of Malaysia. Pictured with Alicia Keys in 2014

DiDENDANGkan lagu "Happy Birthday" oleh penyanyi terkenal Britney Spears.

Britney Spears sang the Happy Birthday for Jho Low's 30th bash of the century....

http://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-splurged-millions-birthday-party-las-vegas

Ini semua bahana DOJ, Amerika Syarikat. Nikmat dah tinggal kenangan. Kalau kita halusi saman sivil DOJ itu,  bukan NAMA Jho Low saja yang tertera. 

Banyak nama dalam saman itu. Yang Jelapang ingat nama ANAK TIRI Najib Razak, Riza Aziz pun ada. Riza merupakan anak kandung Rosmah Mansor.

Satu lagi nama, ialah isteri MO1. Sayangnya kita tak dapat ketahui siapa isteri MO1 ini sebab DOJ macam malu-malu nak letak nama betul.

Berbalik kepada Jho Low, rasa kasihan pun ada.

Riza Aziz, dan kawan-kawan seangkatan dengan beliau, kehidupan mereka seperti biasa - HIDUP BEBAS.

Kalau berasa nak bercuti di London, pergi London. Hujung tahun nak raikan tahun baru di Dubai, Australia, New York, bisa saja - naik private jet sampai lah.

Sekali sekala kalau Jho Low nak jumpa Riza, boleh lah, itu pun kalau ada lawatan rasmi negara ke China.

Arab yang turut sama kebas duit itu pun BEBAS juga. JUSTO, pun sekarang berehat di Switzerland, kena jel pun sekejap saja.

Miranda Kerr pun dah kahwin dengan orang lain. 

Tapi Jho Low duk terperap dalam kapal layar di perairan China. Entah lalu makan, entah tidak.

Lagi pun dah lama sangat tak nampak muka Jho Low. Dulu gemuk, katanya sekarang ini kurus kering. Kesianlah bila kita fikirkan nasib Jho Low ini.

Kalau kita kena kurung dalam kapal layar macam itu, pendek umur rasanya.

Tapi tak mengapa. Mr Jho banyak duit. Selagi tak selesai isu 1MDB dan DOJ ini, Mr Jho duduk lah dalam kapal layar mewah tu.



2 comments:

  1. Utk pengetahuan jgk..jho low ni pun kawan baik KJ

    ReplyDelete
  2. rasa nak tergelak dengan kecerdikan blogger ini menulis. kapal jho low sedang sedang diburu oleh amerika? susah dan licik benar jho low daripada tangkapan amerika rupanya! osama ben laden rupanya lebih mudah ditangani oleh amerika berbanding jho low...huhuhu. wey blogger jelapang, nak tanya ni. kenapa sampai sekarang amerika tak tangkap jho low? adakah jho low ada kuasa sakti sehingga selalu ghaib bila nak ditangkap? amerika, sebuah kuasa besar dan lengkap serba serbi dalam teknologi tak mampu nak tangkap jho low....hahahahaha
    agaknya siapa yang bodoh, membodohkan diri atau selama ini diperbodoh-bodohkan oleh masalah otak kurang faham?

    ReplyDelete