Monday, June 27, 2016

ROMBAKAN KABINET HARI INI?

Image result for hamzah zainuddin

Ramai yang memperkatakan mengenai rombakan Kabinet kononnya akan diumumkan hari ini.

Jika mengikut kenyataan Najib Razak pada Mei lepas, beliau mengunakan perkataan "pengstrukturan semula" Kabinet.

Image result for najib+twitter+rombakan+kabinet

Banyak kekosongan yang perlu diisikan kali ini. Jelapang ingin memberikan sedikit pandangan mengenai Menteri-Menteri yang ada sekarang ini.

1. Hamzah Zainuddin 
Beliau menggantikan Hassan Malek sebagai Menteri Kepenggunaan. Kadang-kadang terasa elok diberikan semula jawatan tersebut kepada Hassan Malek.

Dari banyak perkara yang Hassan Malek cakapkan dan dijadikan bahan jenaka, ada juga kesungguhan beliau bekerja.

Hamzah, entah apa yang dibuatnyua. Seringkali pengumuman dibuatnya di Pejabat Menteri dengan bertali leher bukan di pasar-pasar ikan.

Hanya satu kenyataan Hamzah yang kita ingat. Ikan di pasar Indonesia lebih mahal dari di Malaysia. Rasanya ada baiknya Hamzah menjaga harga ikan di pasar di Malaysia dari menyemak harga ikan di pasar Indonesia.

Image result for shabery cheek

2. Shabeery Chik

Nampak seolah-olah Ismail Sabri lebih baik sebagai Menteri Pertanian. Baik sedikit dari Hamzah, tak jelas arah tuju Kementerian Pertanian.

Entah apa yang dilakukan oleh Shabery di sana.



3. Mahdzir Khalid

Pada peringkat awal, sebagai bekas guru, Mahdzir kelihatan sesuai sebagai Menteri Pendidikan. Menyelesaikan isu guru dipisahkan dari suami.

Tetapi ini salah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berjanji berkali-kali hendak menyelesaikan isu ini, tetapi tidak selesai.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan pun tidak buat kerja. Masalah ini, masalah pentadbiran. Kerja Ketua Pengarah Pendidikan bukan kerja Menteri.

Bagaimanapun tahniah kepada Mahdzir yang telah menyelesaikan masalah ini.

Malangnya setakat ini, kita tak nampak arah mana Mahdzir ingin membawa sistem pendidikan ini.

Kementerian Pendidikan amat PENTING. Pendidikan yang akan membentuk generasi akan datang.

Setakat ini, nampaknya Mahdzir tiada visi untuk pendidikan negara.

Seperkara lagi, ramai di akar umbi berkata Mahdzir lebih tumpukan kepada berpolitik untuk bertanding Naib Presiden Umno selepas PRU-14 dari kerja Pendidikan.

Itu Jelapang tidak tahu. Itu cakap-cakap di akar umbi.

Image result for idris jusoh

4. Idris Jusoh.

Baru minggu lepas Jelapang perasan Idris Jusoh adalah seorang Menteri apabila terpandang satu gambar beliau di Facebook.

Image result for salleh said keruak

5. Saleh Said Keruak.

Saleh nampak silap tafsir bidang kerja sebagai Menteri Komunikasi. Nampaknya Saleh menganggap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cukup untuk memenuhi KPI beliau sebagai Menteri Komunikasi.

Agaknya, Saleh lupa apa tanggungjawab Menteri Komunikasi. Jika lupa, Saleh boleh rujukan kepada sejarah latarbelakang Menteri-Menteri Penerangan yang lalu seperti Mohamed Rahmat atau Kadir Sheikh Fadzir.

Entah apa yang dibuat oleh Saleh di Kementerian tersebut. Lihatlah betapa bermaharaja lelanya Astro.

Dulu tak ada iklan, sekarang dah bersempah dan mahal pula harga langganannya. Ada pula channel yang ditutup sesuka  hati dan ada channel yang dikenakan bayaran tambahan.



6. Mustapha Mohamed

Rasa jemu tengok Mustapha Mohamed di kaca TV. Dah lama sangat jadi Menteri dan bercakap benda yang sama sahaja. Menteri-Menteri yang jauh lebih muda dari beliau pun sudah meninggalkan Kabinet dan merasai apa erti kehidupan.

 Image result for tengku adnan menteri wilayah

7. Teuku Adnan Mansor

Kesian Teuku Adnan apabila video insiden seluar terlondeh di Sungai Besar di viralkan.

Ada komen-komen jenaka dibuat. "Sampai dah terlondeh seluar pun masih nak jadi Menteri."

Katanya beliau pun tidak sihat. Tidak mengapalah. Ahli politik di Malaysia sekarang, selagi ada nyawa, jawatan mesti dipertahankan. Kalau perlu buat mesyuarat atas katil hospital pun tidak mengapa. 

2 comments:

  1. jelapang
    baij punyaaaaa terajangggg
    kaki tak sakit tapi yg kena patah tulang
    jelapang
    hang ayak ko mana pon mentri2 malaysia ni muka pengemis jawatan

    buang semua termasuk pm letakan ''tunggul''

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah!,dengan peletakan jawatan menteri kewangaan ke2 mungkin beliau telah sedar bahawa merekax ini telah dibaruakan oleh najib.mungkin beliau lebeh tahu apa yang ada dalam beg yang dibawa Rosmah naik kapal terbang tempoh hari.Bagitu juga dengan putar belit pilihan raya kecil di SB/KK yang tak masuk akal mejoriti yang diperolihi.Mungkin atas kesedaran untuk bersengkokol inilah membuat beliau lepaskan jawatan.Semoga Allah bersamax dengan orangx yang bertakwa.

    ReplyDelete