Wednesday, June 29, 2016

ABU KASSIM, HUSNI HANADZLAH & WAHID OMAR KONGSI SENTIMEN TUN MAHATHIR MENGENAI NAJIB?

Image result for wahid omar+husni hanadzlah

27 MEI 2016: Menteri di Jabatan Perdana Menteri ABDUL WAHID OMAR mengumumkan penamatan karier beliau sebagai Menteri berkuatkuasa 4 Jun 2016. (pautan di sini)

22 JUN 2016: Ketua Persuruhjaya SPRM ABU KASSIM MOHAMED mengumumkan persaraan sebagai orang NO 1 SPRM. (pautan di sini)

27 JUN 2016: Menteri Kewangan II HUSNI HANADZLAH meletakkan jawatan sebagai Menteri. (pautan di sini)

27 JUN 2016: NOH OMAR serta beberapa orang lagi dilantik mengganggotai Kabinet Najib Razak. (pautan di sini)



HUSNI, Wahid dan Abu Kassim adalah tiga personaliti yang memegang tiga jawatan penting dengan penuh INTEGRITI.

Mereka tidak pernah bercakap politik, tidak pernah membuang masa sia-sia berpolitik.

Mereka pemimpin yang berintegriti tinggi dan hari ini dengan RELA HATI, melepaskan jawatan tertinggi mereka.

NOH OMAR

Antara yang dilantik menjadi Menteri termasuklah Noh Omar yang diselubungi pelbagai isu semasa menjadi Timbalan Menteri dan Menteri. 

Tanyalah Ketua-Ketua Bahagian di Selangor akan isu beras. Bagaimana pembahagian kuota beras ST15 di Selangor. Berapa mereka dapat 3 bulan pertama dan berapa mereka dapat selepas 3 bulan.

Bermacam gelaran ada pada Noh. Noh udang dan sebagainya dan Noh pernah membuat kenyataan menimbulkan kemarahan pengundi Cina.

Kini perlantikan Noh menjadi bahan cacian di kalangan Ketua-Ketua Bahagian di Selangor.

Kalau dulu ada sekerat dua Ketua Bahagian tidak berapa suka dengan Najib, kini sudah berpuluh mengherdik Najib dengan perlantikan Noh.

Bagi ketua-ketua bahagian di Selangor, Noh PANDAI memukat ikan untuk diri sendiri.

Kemenangan di Sungai Besar merupakan telaga untuk beliau memukat untuk kembali bergelar Menteri.


WAHID OMAR

Kembali kepada hal Wahid. Dulu kita ingat Wahid akan menyumbangkan tenaga beliau kepada rakyat untuk satu penggal Parlimen. 

Sebaliknya setakat 3 tahun sahaja. Padahal tempoh Senator beliau boleh dilanjutkan selama 3 tahun lagi.

Wahid memegang jawatan cukup penting di dalam kerajaan. Beliau adalah perancang ekonomi negara, pemikir ekonomi negara. Wahid tidak pernah mengeluarkan kenyataan politik. Seorang yang bijak, berkelayakan tinggi dan dikenali di bahagian korporat sebagai perancang bisnes yang cemerlang.

Tidak dapat dibayangkan seorang pemimpin Melayu yang bijak pun tidak sanggup bersama Najib di dalam Kabinet beliau.

Nampak gayanya, Wahid lebih sanggup menjadi drebar teksi Uber dari bergelar Menteri.

HUSNI HANADZLAH

Kita tahu cerita Husni. Berapa kali setahun kita dengar Husni membuat kenyataan politik? Hampir tiada. 

Apa yang kita ingat JASA Abdul Rahman Dahlan di Kementerian Perumahan?
Yang kita ingat ialah kenyataan politik murahan beliau.

Husni lain caranya. Kita tahu apa yang menyebabkan Husni membuat keputusan meninggalkan jawatan Menteri dan selang 20 minit selepas pengumuman Najib, Husni melepaskan semua jawatan di dalam Umno kecuali sebagai Ahli Parlimen Tambun. Tak perlu surat perletakan jawatan. Husni letak jawatan hanya melalui PESANAN RINGKAS SMS. Itupun melalui seorang pegawai beliau. 

Orang Tambun lebih maklum akan hal ini.

Ketiadaan Husni di dalam politik adalah HADIAH ISTIMEWA Najib kepada Zambry Kadir.

Tanyalah orang Tambun. Siapa yang paling gembira Husni bukan lagi seorang Menteri?

Ini bukan rahsia. Dengan ketiadaan Husni maka selamatlah Zambry. Selama ini, Husni mahukan salah seorang wakil rakyat beliau menggantikan Zambry sebagai Menteri Besar.

Zambry kenalah ingat akan jasa Najib kepada beliau kali ini. Lupa-lupakanlah Muhyiddin Yassin, wahai Zambry.

LIFELINE UNTUK TUN DR MAHATHIR

Keluarnya Wahid Omar, Husni Hanadzlah dan Abu Kassim seolah-olah memberi satu "lifeline" (nafas baru) kepada Tun Mahathir. Pemimpin yang berintegriti meninggal pentadbiran dan yang bermasalah di bawa masuk.

Ia kelihatan seolah-olah mereka bertiga "MAHU" bersama Dr Mahathir dan enggan bersubahat dengan pentadbiran yang ada.

Yang tinggal di dalam pentadbiran sekarang ialah mereka yang pandai berpolitik, bercakap politik dan kerja entah ke mana.

Dr Mahathir kini boleh merasa lega kerana sudah ada ahli baru di dalam pakatan beliau  -  Wahid Omar, Husni dan Abu Kassim.

Seperkara lagi, Jelapang kasihan melihat nasib Annuar Musa. Kalau ikut hiraki dalam parti, Annuar lebih tinggi pangkatnya dari Noh Omar atau Ismail Sabri.

Annuar adalah Ketua Penerangan Umno.

Jika tidak berpangkat Menteri, bagaimana Annuar boleh efektif sebagai Ketua Penerangan. Hendak menjemput orang menghadiri majlis penerangan pun susah.

Isyallah jika ada satu lagi rombakan tiga empat bulan lagi, mohon Najib pertimbangkan Annuar Musa. 




NOTA: Tahukah anda Miti ada DUA Menteri dan DUA Timbalan Menteri? Tahukah anda Nogeh anak Gumbek adalah salah seorang Timbalan Menteri?



5 comments:

  1. mungkin mereke ni bukan jenis ahli politik yang biasa jadi apabila kerajaan diserang bertalu2, najib diserang bertalu2 orang seperti mereka ni tak tau nak buat apa dan mungkin tidak tahan kena serang mereka pilih untuk tidak lagi involve in politics. kalau mereka ada selisih dengan najib dari dulu lagi mereka buang najib dan bn jauh2. so tak payah lah ANC excited sangat pasal hal ni saya pasti mereka masih setia dengan najib dan takkan sokong cubaan anc yang bertentangan dgn perlembagaan. Agung masih house arrest ke? ....hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...mereka tak mahu bergelumang dgn dosa disebabkan najibul @ pemberi dedak

      Delete
  2. MITI tidak diizinkan dikepalai UMNO sahaja, terpaksa akur, terpaksa tunduk. Ramai menteri dari parti komponen yang kalah dan gagal serta menikam UMNO dari belakang, terpaksa dilantik juga, rombakan akan datang menteri kewangan dan menteri pertahanan pula diminta dan terpaksa akur juga,..UMNO jadi pondan dan dayus tak jadi kudis kepada Melayu,..tapi jika bumi ini tergadai..

    ReplyDelete
  3. Hillary banyak pot petnya tapi kerja hampeh

    Trump dari segi kerja hebat tapi mulutnya pedas

    Siapakah yang akan dipilih?

    ReplyDelete
  4. Wrong. WAHID is najis man.
    Same with Abdul. Rahman media prima...
    Tengok track.record dia bulldozed gst telekom dan maybank punya issue.
    ITU wahid. beli bank Indo overpriced.
    Gaji dia mana mana bejuta juta.
    Bonus sebagainya. MEMANGLAH dia tak perlu dibayar gaji jadi senator.

    Kerja long hours duit utk najib.

    Nampak pijam semut tak mati. tap lah line dia.
    Lepas tu si rahman media prima. APA lah sangat dia buat. .. Sekarang dua ekor setan ni join pnb. pnb trust pm chairman. so sekarang cash cow drg dari pnb.... habis lagi

    Get rid all these people.please. najib turun wahid and Rahman omar line kj etc out..

    ReplyDelete