Saturday, October 31, 2015

NAZRI HILANG ARAH. DESAK ZAHID LAWAN MUHYIDDIN UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN

Image result for nazri aziz muhyiddin


 APA sudah jadi dengan NAZRI AZIZ!

Susah sangatkah untuk Nazri MEMAHAMI hasrat Najib Razak dan Ketua-Ketua Bahagian Umno?

154 Ketua Bahagian mahu Muhyiddin Yassin diPECAT sebagai Timbalan Presiden Umno. Ahmad Zahid HamidI pun juga DIAM-DIAM berharap Muhyiddin dipecat.

Najib Razak pun rasanya mahu Muhyiddin dipecat sebab telinga semakin nipis gara-gara Muhyiddin tak jaga mulut.

Jika semua pihak mahu Muhyiddin dipecat, sokonglah. Kenapa pula Nazri mahu pertahankan Muhyiddin dan mahu Zahid berTANDING melawan Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2018 nanti?

Kalau boleh Zahid mahu jawatan itu secara PERCUMA - FREE.

Kata Nazri semalam: "Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30 Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung. Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang berbeza. Muhyiddin harus dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang. Jika Muhyiddin mahu melakukan ini (menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), sudah lama beliau akan dilakukannya dulu bersama (Tun) Dr Mahathir Mohamad. Jadi biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid (Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan KALAH."

http://www.sinarharian.com.my/politik/nazri-akan-berusaha-elak-muhyiddin-digantung-1.445996

Kenyataan Nazri ini seolah-olah tidak menghormati Teuku Adnan Teuku Mansor, Setiausaha Agong Umno.

Tueku Adnan sudah buat pendirian mahu mengantung keahlian 7 ahli dan walaupun beliau tidak menamakan mereka, jelas Teuku merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Sanusi Junid.

Walaupun Nazri memperkecilkan Ketua Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos a.k.a Jamal Ikan Bakar, Nazri perlu sedar bahawa Jamal umpama jurucakap kepada semua Ketua-Ketua Bahagian.

Kepada Nazri, ingatlah, pada ketika ini, yang penting bukan Umno, bukan hak memberi pandangan. Yang penting ialah masadepan politik Najib, bukan Muhyiddin, bukan Shafie.

Itu keutamaan sekarang. Najib WAJIB dipertahankan.

Wednesday, October 28, 2015

PECAT MUHYIDDIN (BUKAN GANTUNG) DEMI MASA DEPAN ZAHID

Image result for ku nan+muhyiddin+mahathir

KITA kena PUJI Teuku Adnan Teuku Mansor kerana tergolong di dalam golongan pemimpin "ROTI CANAI BERTELOR" seperti Najib Razak.

Tueku Adnan hari ini membuat kenyataan bahawa beliau sudah LETIH dan PENAT dengan ahli yang mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. 
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/28/umno-tak-tahan-kegilaan-ahli/

Kalau bukan ditujukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal, siapa lagi yang dimaksudkan oleh Teuku Adnan.

Menurut Teuku Adnan, 7 ahli sedang disiasat dan mereka akan diGANTUNG keahlian dan sebarang JAWATAN yang dipegang.

GANTUNG? Kenapa tidak diPECAT?

Kita MERAYU kepada Teuku Adnan dan Najib agar Tan Sri Muhyiddin diPECAT dan bukan diGANTUNG.

Saya penyokong kuat Zahid Hamidi. Saya amat berharap supaya Tan Sri Muhyiddin diPECAT.

Inilah masanya untuk Teuku Adnan dan Najib membantu Zahid dari keluh kesah tertanya-tanya samada beliau akan berpeluang menjadi Perdana Menteri selagi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Presiden.

HANYA dengan MEMECAT Muhyiddin dapat MELEGAKAN Zahid untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya menjana strategi untuk mengantikan Najib sebagai Presiden Umno.

Demi masadepan Zahid, tiada usaha murni selain memecat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti.

Menggantung keahlian Muhyiddin tidak akan memudahkan Zahid untuk menjadi Presiden Umno kelak. 

Monday, October 26, 2015

DESAK NAJIB LETAK JAWATAN: UMNO WAJIB PECAT KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO TELUK KEMANG


JELAPANG ingin memuji TINDAKAN pantas Ketua Bahagian Teluk Kemang serta Pengerusi Felda Isa Samad merujuk Ketua-Ketua Cawangan Umno Teluk Kemang kepada Jawatankuasa Disiplin Umno kerana MENDESAK NAJIB RAZAK MELETAKKAN JAWATAN.

Dan kita berharap Jawatankuasa Disiplin CEPAT BERTINDAK dengan MEMECAT Ketua-Ketua Cawangan ini sebelum API merebak.

Sudah menjadi norma di dalam parti hari ini, sesiapa yang menentang Najib diPECAT - tidak kira pegawai kerajaan mahupun ahli parti tanpa mengira pangkat dan darjat.

Kadang-kadang ketua cawangan kenalah faham. Jangan samakan diri kita dengan Ketua Bahagian.


Darjat ketua cawangan lain, tak sama dengan darjat Ketua Bahagian.

Kalau Ketua Bahagian kesana-sini dengan Bentley, Jaguar, Maserati, kita setakat Myvi cukuplah. Kita hanya Ketua Cawangan. Itu standard kita.

Kepada Lembaga disiplin, cepatlah bertindak sebelum terlambat.

Ramai lagi Ketua-Ketua Cawangan yang MELUAT dengan Ketua Bahagian dan sedang mengira-gira mencontohi Ketua-Ketua Cawangan Teluk Kemang dengan mengadakan SIDANG AKHBAR mahu mendesak Najib meletakkan jawatan.

Jangan biarkan api merebak, kesian Perdana Menteri.

Sebagai PENGAJARAN kepada Ketua-Ketua Cawangan Teluk Kemang, PECAT mereka.

Kita gempaq Ketua-Ketua Cawangan lain. Jangan main-main dengan parti. Ingatkan ketua-ketua cawangan bahawa jangan bermain api, padah akibatnya.

Jangan kerana Ketua Bahagian hidup di dalam kesenangan, kita mesti hilang pertimbangan hinggakan Presiden parti pun disuruh letakkan jawatan.

Ingatlah. Ketua Bahagian adalah PEJUANG bangsa, agama dan negara. Tanpa mereka, apalah ada pada Melayu.

Saturday, October 24, 2015

UMNO TELUK KEMANG DESAK NAJIB LETAK JAWATAN

The Negri Sembilan branch members at the press conference today. Led by Teluk Kemang Umno leader, Kamarul Aznan Habibur Rahman (seated, second left), they have asked for Umno president Datuk Seri Najib Razak to step down. – The Malaysian Insider pic by Melati A. Jalil, October 24, 2015.

TAK sampai 24 jam membentangkan Belanjawan Negara dan belum sempat parti pembangkang mengemukakan usul undi TIDAK PERCAYA kepada Najib Razak di Parlimen, pemimpin Umno TELUK KEMANG terlebih dahulu MEMINTA NAJIB MELETAKKAN JAWATAN.

Begitulah nasib yang menimpa Najib. Nampaknya tiada kesudahannya.

Semalam, Najib diMALUKAN oleh pembangkang dengan memegang poster menanyakan kemana pergi WANG DERMA RM2.6 bilion (RM2,600 juta) di Parlimen.



Hari ini Umno Teluk Kemang DESAK Najib letak jawatan.

Baca berita berikut:

Tiga belas ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden, Najib yang juga perdana menteri.

"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang.

"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami tak yakin apa yang ada sekarang akan beri perkembangan positif dalam PRU akan datang," kata Kamarul pada satu sidang media di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Malaysia dijangka menghadapi PRU14 pada pertengahan 2018.

Tiga belas cawangan Umno itu ialah dari Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli.

Kamarul berkata, pemimpin cawangan itu tidak takut sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka kerana mereka di peringkat akar umbi yang meletakkan kepimpinan parti di kedudukan mereka sekarang.

"Kita perlu mengamalkan budaya yang parti itu lebih penting daripada individu dan dalam keadaan sekarang, parti itu lebih penting daripada presiden parti," katanya.

Beliau turut mengkategorikan ahli Umno sebagai terdiri daripada 3 jenis.

"Pertama, mereka yang senyap dan tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kedua, mereka yang mendiamkan diri dan berjuang untuk perkara yang salah dan menjadi kaya.

"Dan ketiga, mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak berakhir di mana-mana, seperti kami," katanya sambil menambah cawangan Umno lain di seluruh negara juga harus menyuarakan pandangan mereka.

Ditanya siapa yang mereka fikirkan sesuai menggantikan Najib sebagai presiden parti, Kamarul berkata mereka lebih suka jika tradisi dalam Umno dikekalkan, dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kepimpinan.

"Jika presiden ada masalah sekarang, dia perlu berundur dan pemimpin nombor dua mengambil alih. Kami tiada masalah dengan timbalan presiden," katanya.

Bagaimanapun, Kamarul berkata, tiada jaminan Umno akan menjadi lebih kuat walaupun Najib meletak jawatan.

Najib ketika ini menerima tekanan dari puak Umno yang tertentu kerana cara beliau mengendalikan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tindakan beliau memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri Julai lalu.

Pemecatan Muhyiddin, orang kuat parti di Johor, walaupun kekal sebagai orang nombor dua Umno, menyebabkan beberapa pemimpin akar umbi di negeri itu meletak jawatan sebagai tanda protes.

Pada 12 Oktober, Muhyiddin dan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional menyertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam cara Putrajaya menangani pengkritik 1MDB dan menimbulkan kebimbangan berhubung keadaan dalam negara.

Di Parlimen, pembangkang mengemukakan usul mencadangkan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai perdana menteri, ketika turut timbul ura-ura yang mereka akan mengundi untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan beliau semalam dalam usaha menggulingkannya. – 24 Oktober, 2015.


Wednesday, October 21, 2015

AZALINA: NAJIB AKAN JELASKAN ISU DERMA RM2.6B DI PARLIMEN. SIAPAKAH TOK ARAB PEMURAH ITU?

Image result for azalina+jantan

SEJAK Azalina Othman Said menganggotai Kabinet Najib Razak, kenyataan-kenyataan beliau ada ummmph, kata orang.

Kata Azalina:"Perdana Menteri akan memberi penjelasan di Parlimen sesi sekarang ini mengenai DERMA RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang berketurunan Arab." 

Jelas sekali Azalina ada "class".

Tidak sabar kita menunggu untuk melihat WAJAH Arab yang bergitu MURAH HATI.

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/pm-akan-jawab-mengenai-derma-rm2-6-billion-di-sidang-dewan-rakyat.html

Azalina juga mengaku di Parlimen bahawa Najib ada menerima derma dan digunakan untuk aktiviti politik di bahagian Pekan.

Jawapan Azalina ini berikutan soalan kepada sejumlah RM42 juta kepunyaan SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.


Blogger Apanama pernah menulis penggunaan kad kredit oleh Najib pada Ogos 2014 di mana Najib membelanjakan sejumlah RM3.3 juta menggunakan dua kad kredit.

Azalina ada "class" jika beliau dapat menyakinkan Najib Razak untuk menjelaskan di Parlimen mengenai pembelanjaan kad kredit ini dan kaitannya dengan wang berjumlah RM42 juta kepunyaan SRC International.


Image result for rosmah+deposit+rm2 juta

Begitu juga dengan wang tunai RM2 juta yang dimasukkan ke dalam akaun isteri Najib, Rosmah Mansor.

Kita harap Azalina juga dapat membantu Najib menjelaskan isu wang didepositkan ke dalam akaun Rosmah di sesi Parlimen yang berjalan sekarang ini.

Sama-sama kita tunggu hari bersejarah ini apabila Najib muncul di Parlimen.

Sunday, October 18, 2015

SOKONGAN KEPADA NAJIB MERUDUM



INI lah hasil kajian terkini mengenai POPULARITI Najib Razak.

Bagaimanapun jika ditanya kepada Menteri-Menteri Kabinet atau Ketua Bahagian Umno yang berfikiran seperti Ketua Bahagian Sungai Besar dan Pasir Salak, hasil kajian ini sudah pasti di luar akal mereka.

Mengikuta kajian tersebut, hanya 17 peratus berpuashati dengan cara pentadbiran Najib.

Tetapi bagi Najib tiada apa yang merisaukan. 

Wang itu Raja kepada segala-galanya.

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/approval-sinks-for-najib-government


http://celahgelegar.blogspot.my/2015/10/kajian-merdeka-centre-lepas-pecat.html

Friday, October 16, 2015

INI KAH BUDAYA UMNO? MENTERI BATAL HADIR PERKAHWINAN ANAK SHAFIE APDAL




Laporan Mstar:


Resepsi Anak Shafie Apdal Tanpa Kelibat Majoriti Anggota Kabinet, Pemimpin Umno

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 9:51 AM



Oleh: NORFATIMAH AHMAD
tim@thestar.com.my


Mohd Shafie dan isteri bersama pasangan mempelai meraikan tetamu pada majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada malam Khamis.
(Ubah saiz teks)



KUALA LUMPUR: Walaupun meriah, majlis resepsi anak lelaki Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Khamis malam berlangsung tanpa kehadiran majoriti anggota Kabinet atau kepimpinan Umno.

Berbeza dengan dua majlis sama anak pasangan Mohd Shafie dan Datin Seri Shuryani Shuaib sebelum ini, kerana boleh dikatakan kehadiran barisan jemaah menteri dan kepimpinan parti begitu ramai sekali.

Persiapan rapi yang dibuat sebelum rombakan Kabinet pada akhir Julai lalu bagaimanapun tidak terbantut dengan situasi itu kerana masih ada beberapa nama besar dalam pentadbiran negara dan parti yang menerima jemputan tuan rumah.

Yang pasti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman hadir untuk meraikan kedua-dua mempelai.


Malahan, ketika pengacara mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden Umno itu, secara spontan tetamu yang lain memberi tepukan.

"Saat paling gembira bagi setiap ibu bapa adalah apabila dapat meraikan majlis perkahwinan anak mereka dan terima kasih kepada rakan-rakan lama yang hadir, saya menghargainya," kata Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno ketika berucap pada majlis berkenaan.









Ditanya penerimaan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berikutan ketidakhadiran pemimpin utama Umno dan kerajaan, kata pegawainya: "Sememangnya beliau memahami kesibukan mereka, lagi pun jemputan ini sekadar untuk majlis kahwin."

Kata pegawai berkenaan lagi, jemputan untuk semua menteri dan timbalan menteri selain kepimpinan Umno di peringkat pusat dan negeri sudah dihantar bagi meraikan perkahwinan Mohd Shazwi Mohd Shafie dengan Siti Aimira Suhaidi.

Sumber itu juga memakumkan ada beberapa menteri yang lebih awal mengesahkan kehadiran tetapi membatalkannya pada saat-saat akhir.

“Kami faham kesibukan mereka kerana pernah berada dalam situasi sama sebelum ini," katanya sambil menambah Mohd Shafie juga tidak menyatakan beliau kecewa atau berkecil hati.

Malahan, kata sumber berkenaan lagi, Ahli Parlimen Semporna itu berpesan supaya mereka tidak mendesak sesiapa untuk datang.

Mohd Shafie bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan susulan kenyataan mereka berhubung isu 1MDB serta dana RM2.6 bilion.

Baru-baru ini, kedua-dua pemimpin Umno itu bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma yang menganggap ia disalahgunakan.

Turut hadir veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat dan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara diserikan dengan persembahan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah serta penyanyi dan penari yang mengetengahkan beberapa lagu masyarakat Bajau di Sabah.

Kira-kira 1,100 tetamu hadir termasuk beberapa kerabat diraja negeri, Yang Dipertua Negeri, menteri, bekas menteri dan timbalan menteri, perhubungan Umno negeri dan ketua bahagian Umno.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/16/resepsi-anak-shafie-apdal/

Thursday, October 15, 2015

SAIFUDDIN ABDULLAH KELUAR UMNO KERANA 1MDB DAN DUIT RM2.6B DALAM AKAUN NAJIB

Image result for saifuddin abdullah



"Cara Umno tangani isu 1MDB dan RM2.6 bilion menyebabkan saya terdetik keluar Umno." - Bekas Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen BN Temerloh Saifuddin Abdullah.

Baca di link ini
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gagal-tangani-isu-1mdb-rm2.6-bilion-dorong-saya-keluar-umno-kata-saifuddin

Wednesday, October 14, 2015

BAYARLAH TOL. PERCAYALAH PADA NAJIB


APRIL 2013Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen "AKU JANJI" KEPADA RAKYAT. Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai. Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia. Manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu. Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat. Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru. Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius." - NAJIB RAZAK ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia “Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Stadium Putra Bukit Jalil. 

JANJI NAJIB KEPADA RAKYAT MENGENAI TOL ANTARA BANDAR
MARAH betul kawan-kawan Jelapang di Kuala Lumpur. Di kampung Jelapang, hanya ada pekan, tak ada bandar. Jadi sukarlah nak memahami perasaan mereka tentang terpaksa membayar tol setiap hari apabila keluar di pagi hari untuk mencari sesuap nasi dan menyara anak bini.

Jelapang MINTA mereka bersabar. Jangan ikut perasaan.

Najib Razak sudah pasti memikirkan masak-masak keputusan menaikkan tol ini. 

Kalau rakyat selama ini meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada Najib dalam menguruskan syarikat besar 1MDB, menguruskan derma RM2.6 bilion dari seorang Arab yang pemurah, menguruskan pelaburan RM4 bilion wang simpanan Kumpulan Wang Amanah Pencen dan TPPA, sudah pasti kenaikan tol ini ada hikmahnya.

Jelapang yakin kawan-kawan di Kuala Lumpur kaya-kaya belaka dan apa salahnya membayar tol mahal sedikit demi bangsa dan negara.

Lagipun jika tidak dinaikkan tol, seperti kata Menteri Kerjaraya Fadillah Yusof, kerajaan terpaksa mengeluarkan berbilion ringgit sebagai pampasan kepada syarikat lebuhraya dan wang ini sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan membina sekolah, hospital dan JALANRAYA.

 http://www.sinarharian.com.my/nasional/tangguh-naik-tol-kerajaan-kena-bayar-rm1-08b-1.407078

BETUL kata Fadillah itu. Dengan duit pampasan ini dapatlah kita gunakan untuk membina jalanraya seperti projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak yang telah diANUGERAHKAN kepada ABANG MENTERI KERJARAYA Bustari Yusof.

Kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur. Bersabarlah. Kenaikan tol ada hikmahnya.

Percayalah kepada Perdana Menteri kita. Beliau seorang yang mulia.

Jika tidak, tidak mungkin bilionaire Arab sanggup berpisah dan menderma RM2.6 bilion kepada beliau. (Derma? Itu kata Najib lah).
  
Satu lagi nasihat kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur. Jangan bebankan Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen dengan mendesak mereka untuk menyuarakan kemarahan mengenai kenaikan tol ini.

LUPAKAN lah kenyataan POPULIS yang dibuat oleh Reezal Merican dulu.

Dulu kata Reezal: "BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat. Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'. Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ianya pasti diberi perhatian oleh kerajaan." 

http://www.sinarharian.com.my/nasional/reezal-merican-ingat-semula-akujanji-kadar-tol-1.231970

Itu dulu. Itu ketika Reezal belum mendapat jawatan. Reezal sekarang bertaraf Timbalan Menteri.

Kita kena faham budaya Umno. Untuk mendapat jawatan mudah. Kritikal terhadap Najib dahulu. Dapatlah jawatan.

Tak payah lah Jelapang nak senaraikan nama 20 pemimpin Umno yang kritikal kemudian dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau Pengerusi GLC. Jika tuan-tuan tidak percaya, tanya Nur Jazlan, anak Tok Mat Rahmat.

Sekian.

Kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur, selamat membayar tol tambahan.

Monday, October 12, 2015

MUTIARA KATA KHAIRUDDIN ABU HASSAN: NAJIB & GARI

Image result for khairuddin abu hassan+gari+najib



“Saya akan pastikan satu hari nanti tangan NAJIB pula diGARI.” - Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/10/12/saya-akan-pastikan-najib-digari-khairuddin/

DR MAHATHIR & KU LI MENCABAR NAJIB.

(From left) Shafie, Muhyiddin, Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Sanusi and Ong.

HARI ini, sekumpulan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dan BN yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang akhbar TERGEMPAR.

Kehadiran muka-muka ini amat BAHAYA kepada negara.

Dari kiri: Naib Presiden Umno Shafie Apdal, Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bekas Naib Presiden Umno, bekas Menteri Kewangan, Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Naib Presiden Umno Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat mereka hari ini seolah-olah mahu meSABOTAJ negara dan mengugat ketenteraman awam mengikut definisi yang diperkenalkan oleh pemimpinan Umno baru-baru ini.

Tengku Razaleigh adalah SETERU Dr Mahathir. Betul kata pakar politik: Di dalam politik, tiada musuh yang kekal dan tiada kawan yang kekal.

Gabungan Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh cukup BAHAYA buat Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Sidang akhbar hari ini seolah-olah mencabar keperwiraan Najib.

Rasanya sudah sampai masanya, Najib melakukan apa yang perlu demi masadepan politik beliau iaitu MENYINGKIR Dr Mahathir, Muhyiddin, Shafie, Tengku Razaleigh dan Sanusi dari Umno.

Kalau hendak nampak lagi cantik, TANGKAP mereka ini di bawah SOSMA.

Hari demi hari semakin ramai yang cuba mensabotaj negara. Senarai pun semakin panjang.

Berikut senarai 20 pertama:

1. Tun Dr Mahathir Mohamad (ketua)

2. Tun Daim Zainuddin

3. Tan Sri Muhyiddin Yassin

4.  Dato' Seri Shafie Apdal

5. Tan Sri Sanusi Junid

6. Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah

7. Dato' Seri Ong Tee Keat

9. Tun Dr Ling Liong Sik

10. Tan Sri Rafidah Aziz

11. Tan Sri Zeti Aziz

12. Dato Hamid Bador

13. Tan Sri Gani Patail

14. Tan Sri Sabaruddin Chik

15. Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan

16. Mathias Chang

17. Anina Saaduddin

18. Dato' Kadir Jasin

19. Tan Sri Zainuddin Maidin

20. Dato' Mukhriz Mahathir


Friday, October 9, 2015

SYED SADDIQ: NAJIB MEMALUKAN NEGARA




How much more can Malaysians take?

Dear YAB DS Najib Razak,

Where are you steering our country to?


First you unjustly & arbitrarily detained a Politician.
Now you're going after his lawyer as well?!

SOSMA was designed to detain TERRORISTS who pose a direct threat to our national security,
not to supress dissenters!

I once defended the need for Malaysia to adopt the Prevention of Terrorism Act (POTA),
now i'm almost certain that this will also be misused in the future to arbitrarily detain political dissenters.

How in the world do you expect to resolve the trust-deficit which you're plagued with...

You expelled your vocal Colleagues,
You derailed the PAC,
You arbitrarily dismissed the Attorney General,
You interfered in MACC affairs through continous intimidation,
You supressed news portals which unraveled the scandal,
You quashed dissenters through a law intended for terrorists,
You haven't sued news portals which you claimed that you would,

*the list continues*

I guess you really do not care about "the trust-deficit" which you're facing or the prospects of sinking Malaysia down with you,

In the end, it's all about you and not about Malaysia.

That's a national disgrace,
You are a national disgrace.


JELAPANG: Rupa-rupanya lulusan Oxford pun boleh tenggelam dek lulusan UIA.

Wednesday, October 7, 2015

1MDB: MAJLIS RAJA-RAJA SEPATUTNYA ARAHKAN DITUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA



SELEPAS muram beberapa bulan, keghairan sesetengah dari kita terhadap isu 1MDB SEGAR BUGAR semula apabila Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB semalam.

Titah Raja-Raja:

"Penemuan siasatan ini (ke atas 1MDB) hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran. Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."


http://www.sinarharian.com.my/nasional/1mdb-raja-raja-melayu-mahu-siasatan-cepat-selesai-1.437502

MAKA hari ini, berlumba-lumba lah personaliti tertentu membuat kenyataan memuji Majlis Raja-Raja Melayu dan kebanyakannya yang pernah memakai BAJU KUNING.

Yang memakai BAJU MERAH, diam seribu bahasa.

JELAPANG tidak lah TERUJA dengan kenyataan Majis Raja-Raja ini. Kenyataan ini sudah kita dengar sebelum ini dari pihak lain TETAPI tiada apa yang berlaku kepada Najib Razak.

Jelapang sepakat dengan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia yang tidak menganggap kenyataan Majlis Raja-Raja ini penting.

Jika penting, sudah pasti Utusan Malaysia menyiarkannya.

Jelapang akan hanya TERUJA jika Majlis Raja-Raja Melayu MENITAHKAN DIADAKAN SURUHANJAYA DI RAJA bagi menyiasat isu 1MDB ini.

Malangnya, tiada di dalam kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu akan perkara itu.

Tetapi tidak mengapalah jika kita hendak berasa SERONOK dengan perkembangan terkini, tidak salah.

Bagi Jelapang, Najib amat berkuasa. Tiada kuasa yang akan dapat menjatuhkan beliau.

Jika tidak, tidak mungkin Najib boleh mengeluarkan kenyataan akan BERKUASA sehingga 2018.

Jika hendak diSIASAT Najib dan Rosmah Mansor seperti yang dirancang oleh SPRM, Gani Patail dulu, kita kena bersabar.

Paling awal SIASATAN boleh dibuat ialah selepas PRU-14.

Jadi bersabarlah. Sementara itu, seperti kata Najib, beliau berkuasa sehingga 2018.

Friday, October 2, 2015

HARAPAN TPM DR ZAHID BUAT BLOGGER SHAHBUDIN






"Saya harap Tuhan akan menghukum dia bila anak perempuan atau anak lelakinya berkahwin satu hari nanti. Di mana ada neraka...."

http://www.malaysiakini.com/news/314158

SEMATA-mata kerana tulis Shahbudin mengenai ini: http://shahbudindotcom.blogspot.my/2015/09/kenapa-lawatan-rasmi-zahid-ke-indonesia.html


Thursday, October 1, 2015

RAMESH RAO: SAYA RASA TUN DR MAHATHIR SUDAH GILA


“Saya minta Tun Mahathir menjalani pemeriksaan mental dengan segera, SAYA RASA BELIAU SUDAH GILA, dulu tak sokong demonstrasi sekarang sokong, dulu tak sokong media asing sekarang sokong, dulu tak sokong undi tidak percaya sekarang sokong, ini sudah membutikan dia sudah gila. Dia (Mahathir) perlukan rawatan segera, orang kata kalau umur sudah lebih 60 tahun kepala menjadi sasau. Minggu lepas dia kata bila Najib sampai keluar negara dia akan ditangkap, jadi ini kenyataan orang-orang gila, kepala tak betul, kenyataan pun dan tak waras.” - RAMESH RAO

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/10/01/tun-m-perlu-jalani-pemeriksaan-mental-ramesh-rao/

Jelapang: Setuju kah Najib Razak, pemimpin-pemimpin Umno dan ahli Umno dengan kenyataan seorang INDIA bernama Ramesh Rao?

Sehingga kini, tiada sebarang respon dari Najib Razak, pemimpin Umno dan ahli Umno dengan kenyataan Ramesh "Dr Mahathir perlu jalani pemeriksaan mental dengan segera, SAYA RASA BELIAU SUDAH GILA.

Dulu-dulu, orang tua-tua ada berkata, kalau diam, itu tanda SETUJU.