Wednesday, October 28, 2015

PECAT MUHYIDDIN (BUKAN GANTUNG) DEMI MASA DEPAN ZAHID

Image result for ku nan+muhyiddin+mahathir

KITA kena PUJI Teuku Adnan Teuku Mansor kerana tergolong di dalam golongan pemimpin "ROTI CANAI BERTELOR" seperti Najib Razak.

Tueku Adnan hari ini membuat kenyataan bahawa beliau sudah LETIH dan PENAT dengan ahli yang mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. 
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/28/umno-tak-tahan-kegilaan-ahli/

Kalau bukan ditujukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal, siapa lagi yang dimaksudkan oleh Teuku Adnan.

Menurut Teuku Adnan, 7 ahli sedang disiasat dan mereka akan diGANTUNG keahlian dan sebarang JAWATAN yang dipegang.

GANTUNG? Kenapa tidak diPECAT?

Kita MERAYU kepada Teuku Adnan dan Najib agar Tan Sri Muhyiddin diPECAT dan bukan diGANTUNG.

Saya penyokong kuat Zahid Hamidi. Saya amat berharap supaya Tan Sri Muhyiddin diPECAT.

Inilah masanya untuk Teuku Adnan dan Najib membantu Zahid dari keluh kesah tertanya-tanya samada beliau akan berpeluang menjadi Perdana Menteri selagi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Presiden.

HANYA dengan MEMECAT Muhyiddin dapat MELEGAKAN Zahid untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya menjana strategi untuk mengantikan Najib sebagai Presiden Umno.

Demi masadepan Zahid, tiada usaha murni selain memecat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti.

Menggantung keahlian Muhyiddin tidak akan memudahkan Zahid untuk menjadi Presiden Umno kelak. 

5 comments:

  1. Dah pecat baru ada pemilihan parti semua peringkat bahagian....lepas tu pilihanraya. ...strategies nk menang kroni.....

    ReplyDelete
  2. SOKONG 100% PECAT AJER SI BODOH BANGGANG MUHYIDDIN.

    ReplyDelete
  3. Teuku Adnan yg bersalin kulit jadi tengku adnan ni sebenarnya berkerabat dengan sultan dari negeri mana sebenarnya? kenapa org sebegini sewenangnya boleh guna gelaran sesuka hati dia dan bapak dia saja? kemudian boleh menyusup masuk ke dlm umno dan bermaharalela pulak tu.... hairan... hehehe.... kalau dah awalnya teuku tu pakai teuku je la... sekurang2 org tahu asalnya dari mana.... atau nak tutup supaya org tak tahu..... hehehe.

    ReplyDelete
  4. Panggilah EGM dengan beberapa segera bagi melunaskan kemelut dalam UMNO ini senang cerita betul tak?.Kerana saekor kerbau membawa lumpur habis sekandang kerbau lain terpalit.Menjadi keharianan ada ahli UMNO yang mencabar TDM memilih tempat untuk bertanding,terlalu bongkak sangat orang macam ini.

    ReplyDelete