Laporan Mstar:
Resepsi Anak Shafie Apdal Tanpa Kelibat Majoriti Anggota Kabinet, Pemimpin Umno
Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 9:51 AM
Oleh: NORFATIMAH AHMAD
tim@thestar.com.my
Mohd Shafie dan isteri bersama pasangan mempelai meraikan tetamu pada majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada malam Khamis.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Walaupun meriah, majlis resepsi anak lelaki Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Khamis malam berlangsung tanpa kehadiran majoriti anggota Kabinet atau kepimpinan Umno.
Berbeza dengan dua majlis sama anak pasangan Mohd Shafie dan Datin Seri Shuryani Shuaib sebelum ini, kerana boleh dikatakan kehadiran barisan jemaah menteri dan kepimpinan parti begitu ramai sekali.
Persiapan rapi yang dibuat sebelum rombakan Kabinet pada akhir Julai lalu bagaimanapun tidak terbantut dengan situasi itu kerana masih ada beberapa nama besar dalam pentadbiran negara dan parti yang menerima jemputan tuan rumah.
Yang pasti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman hadir untuk meraikan kedua-dua mempelai.
Malahan, ketika pengacara mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden Umno itu, secara spontan tetamu yang lain memberi tepukan.
"Saat paling gembira bagi setiap ibu bapa adalah apabila dapat meraikan majlis perkahwinan anak mereka dan terima kasih kepada rakan-rakan lama yang hadir, saya menghargainya," kata Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno ketika berucap pada majlis berkenaan.
Ditanya penerimaan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berikutan ketidakhadiran pemimpin utama Umno dan kerajaan, kata pegawainya: "Sememangnya beliau memahami kesibukan mereka, lagi pun jemputan ini sekadar untuk majlis kahwin."
Kata pegawai berkenaan lagi, jemputan untuk semua menteri dan timbalan menteri selain kepimpinan Umno di peringkat pusat dan negeri sudah dihantar bagi meraikan perkahwinan Mohd Shazwi Mohd Shafie dengan Siti Aimira Suhaidi.
Sumber itu juga memakumkan ada beberapa menteri yang lebih awal mengesahkan kehadiran tetapi membatalkannya pada saat-saat akhir.
“Kami faham kesibukan mereka kerana pernah berada dalam situasi sama sebelum ini," katanya sambil menambah Mohd Shafie juga tidak menyatakan beliau kecewa atau berkecil hati.
Malahan, kata sumber berkenaan lagi, Ahli Parlimen Semporna itu berpesan supaya mereka tidak mendesak sesiapa untuk datang.
Mohd Shafie bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan susulan kenyataan mereka berhubung isu 1MDB serta dana RM2.6 bilion.
Baru-baru ini, kedua-dua pemimpin Umno itu bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma yang menganggap ia disalahgunakan.
Turut hadir veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat dan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara diserikan dengan persembahan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah serta penyanyi dan penari yang mengetengahkan beberapa lagu masyarakat Bajau di Sabah.
Kira-kira 1,100 tetamu hadir termasuk beberapa kerabat diraja negeri, Yang Dipertua Negeri, menteri, bekas menteri dan timbalan menteri, perhubungan Umno negeri dan ketua bahagian Umno.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/16/resepsi-anak-shafie-apdal/
ReplyDeletebudaya haram &*@#*
inilah umno..penjilat tegar telor najib mmg takut nak hadir...jawatan melayang beb kalau hadir agaknya..
ReplyDeleteMenteri2 yang ada dalam kabinet (dapur?) sekarang ni mana ada telok punya.
ReplyDeleteThey must not be seen let alone be photographed with any body who does not agree with their patron! Pendek kata "those who tak jilat my patron is my enemy".
My periuk nasi (kawah?) is more important than setakat makan kenduri.