Tuesday, September 29, 2015

KHIR TOYO KE PENJARA: PEMIMPIN UMNO UPAH JURUGAMBAR KENAKAN KHIR TOYO?

Khir arriving at the Federal Court.

Berikut ialah antara kata-kata bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo selepas dijatuhkan hukuman PENJARA.


"Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya."

PEMIMPIN Umno kenakan Khir Toyo?

Jelapang: TIADA benda yang PELIK di dalam Umno.



Tulisan penuh Khir Toyo.



Tuesday, September 29, 2015

Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.


2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.


3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.


4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.


5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.


6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.


7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Ini kerana saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.


8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.


9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.


10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.


11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.


12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]


13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.


14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.


15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]

The Sun


16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.


17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.


18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.


19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?


20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.


Kuil


21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.


22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan di situ hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.


23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.


24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.


Penyapu


25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]


26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.


27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.




Setinggan


28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.


29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.


30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.


Wassalam.

http://www.drkhir.com/2015/09/catatan-di-belakang-tirai-besi.html

Wednesday, September 23, 2015

ISTIMEWANYA 1MDB, GABENOR BANK NEGARA PUN DIKRITIKNYA



SEJAK isu 1MDB timbul, semua orang salah KECUALI 1MDB dan Najib Razak.

Sesiapa saja yang mengeluarkan kenyataan dan tidak enak di telinga Najib dan 1MDB, dituduh cuba menjatuhkan kerajaan.

Dua hari lepas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz menjadi sasaran 1MDB. 

Hanya di Malaysia, kenyataan Gabenor Bank Negara dipertikaikan.

Begitulah kebal, hebat dan istimewanya 1MDB.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/1mdb-kesal-dengan-kenyataan-zeti-mengenai-ringgit-1.433469

Monday, September 21, 2015

DUIT PUNYA PASAL, PADA CINA B%#@ JUGA KITA BERHARAP







Mati-mati kita ingat perkataan Cina sudah TIADA dalam kamus hidup Ketua Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos kerana kalau mengikut media sosial tahap kebencian beliau terhadap kaum Cina sudah sampai ketahap skala 10 Richter.

Rupa-rupanya tidak. Jamal masih berHARAP Cina B*/% menjadi pelanggan menghuni hotel beliau - Sekin Hotel & Resort.

Berikut kenyataan Jamal hari ini:


Saya ada dimaklumkan bahawa ada pihak-pihak  yang tidak bertanggungjawab, telah menyebarkan kenyataan palsu yang menyatakan saya tidak membenarkan Cina masuk ke restoren dan hotel saya.

Saya ingin menafikan kenyataan tersebut dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Saya tidak pernah menyekat mana-mana pihak untuk masuk ke restoren dan hotel saya.
Malah saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk berkunjung tanpa mengira bangsa keturunan mereka.

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak fitnah dan kenyataan-kenyataan palsu dikaitkan dengan saya dan perniagaan saya.
Oleh itu, saya ingin meminta kepada pembaca-pembaca agar menilai dengan teliti kenyataan-kenyataan yang dikaitkan dengan saya serta merujuk dengan saya atau pihak saya terlebih dahulu, sebelum membuat apa-apa andaian atau kesimpulan.

YBHG. DATO' JAMAL MD YUNOS
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar
Pengerusi Gabungan NGO Melayu

Rupa-rupanya apabila melibatkan duit dan poket, prinsip kita tolak tepi. Pada Cina B&*# juga kita berharap.

Ini yang membingungkan kita. Bila hendak dapat sokongan orang Melayu, pemimpin jadikan kaum Cina sebagai tungganggan. Dan orang Melayu pula akan terpengaruh dan berasa seolah-olah kuasa mereka tercabar.
Isu sebenarnya ialah dari mana wang RM2 .6 bilion yang diterima Najib dan sehingga kini tiada jawapannya tetapi yang jadi mangsa kaum Cina.
Apabila hendak sokongan, Cina jadi mangsa.
Apabila hendak kaya, Cina jadi kawan untuk kaya.
Baru-baru ini kontrak LRT3, antara penerima manfaatnya ialah Tan Kay Hock.
Kasihan kepada cina-cina yang miskin, dilanyak untuk kepentingan politik, dilabel Cina B%*^ untuk kekal berkuasa.
Manakala taukeh-taukeh Cina kaya seperti Jho Low dan Tan Kay Hock, menjadi rakan niaga Najib Razak.
Ini yang membingungkan kita.
Kerana kuasa, kita sanggup gadaikan setiakawan. Kawan kita yang berbangsa Tioughua pun kita sanggup panggil mereka B@#*
  

Wednesday, September 16, 2015

HIMPUNAN BAJU MERAH: HARI INI TERBUKTI KITA TIDAK LAGI PERLU UNDI KAUM CINA

Image result for annuar+musa+BAJU+MERAH

HARI ini orang Melayu terutamanya beberapa ribu ahli Umno sudah pasti merasakan mereka KUAT.

Rasa seolah-olah bermaruah dengan hanya berhimpun di Kuala Lumpur.

Hari ini, Ketua-Ketua Bahagian yang hadir merasa terlalu GAGAH seolah tanpa PENGUNDI bukan Melayu, Umno dan BN akan menang PRU-14 itu.

Hari ini, itulah agaknya perasaan Noh Omar yang memimpin BN sebagai PEMBANGKANG di Selangor dan beberapa HERO Melayu di dalam gambar di atas.

Maka dengan keyakinan orang Melayu sudah kuat, kita YAKIN Umno serta Presiden Umno Najib Razak tidak lagi memerlukan undi kaum Cina di dalam PRU-14 nanti.

Kita tidak lagi akan mendengar PUJUK RAYU Najib kepada orang Cina pada 2018 nanti supaya menyokong BN.

Kita juga tidak akan lagi melihat Najib MEMAKAI baju kaum Tionghua dan memukul gendang Cina seperti yang beliau pernah lakukan sebelum ini untuk meraih undi Cina.


Image result for najib+baju+cina

Ini semua kita tidak perlu lagi.

Kerana hari ini kita kuat.

Tanpa undi Cina pada PRU-14 nanti, Umno tetap berkuasa.

TAHNIAH kepada pemimpin-pemimpin yang menyokong perhimpunan hari ini.

Tuesday, September 15, 2015

HIMPUNAN BAJU MERAH: BERJUANGLAH UNTUK MARHAEN BUKAN PEMIMPIN YANG BERBILION KEKAYAANNYA

ESOK Himpunan Maruah Melayu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Syukur, akhirnya selepas 58 tahun Merdeka, baru timbul kesedaran tentang perlunya mempertahankan MARUAH Melayu.

Esok ramailah yang akan berbaju MERAH di Kuala Lumpur.

Seorang pembaca menulis: "Kami mahu mereka (Cina) tahu Melayu ada maruah."

Tinggi semangat juang sesetengah Melayu. 

Kalau nak berjuang, biar ada sasarannya.

Memang sesetengah Melayu sudah kurang maruahnya.

Jelapang sempat menonton rancangan Bersamumu TV3 malam ini.

Kalau Melayu bermaruah sudah pasti tiada Melayu yang ditimpa malang seperti Puan Suriati Kasa yang tinggal di rumah usang milik orang di Simpang Empat, Perlis.

MEMASAK MENGGUNAKAN KAYU API.

SEMBAHYANG DITERANGI PELITA MINYAK TANAH.

Jauh beza kehidupan Puan Suriati berbanding kehidupan Ketua Bahagian Sungai Besar di Selangor, Jamal Md Yunos, yang mempunyai kereta Ferrari.

Kalau kita Melayu bermaruah, tidak mungkin ada saudara Melayu seIslam kita masih hidup merempat di tanah Melayu sendiri dan masih menggunakan pelita minyak tanah pada tahun 2015 ini.

Ada Melayu seperti Jamal hidup di dalam kesenangan dan berFerrari ke sana sini, dan ada pemimpin Melayu mempunyai duit berbilion ringgit.

Image result for jamal yunos

Esok ketika Jamal mengetuai Himpunan, berjuanglah untuk orang Melayu seperti Puan Suriati. Tak perlulah berjuang untuk pemimpin yang sudah bergelar bilionaire.

Tidak guna bercakap mengenai MARUAH orang Melayu kalau orang seperti Jamal dan pemimpin Melayu hidup di dalam kesenangan tanpa mempunyai sedikit hati pun terhadap orang Melayu yang hidup merempat di Tanah Melayu sendiri.

Kepada Jamal dan pemimpin-pemimpin Melayu, selamat berhimpun dan ingatlah, maruah Melayu tidak akan ditebus dengan hanya berhimpun tanpa pemimpin Melayu mempunyai hati terhadap Melayu marhaen.

Monday, September 14, 2015

JAMAL MD YUNOS, KETUA BAHAGIAN YANG HEBAT

Image result for jamal baju merah

JAMAL Md Yunos, Ketua Bahagian Sungai Besar, HEBAT orangnya.

Pernah bukan restoran ikan bakar (telah ditutup).

Pernah jual burger di Pasar Malam.

Ada KERETA MEWAH.



Jamal

Pernah desak Menteri Besar Johor Khaled Nordin meletakkan jawatan.

Lebih HEBAT lagi, apabila Jamal meMINTA bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 TAHUN, BERTAUBAT.

Kenyataan media beliau hebat-hebat belaka.

Jamal membuat kenyataan mahu mengHIMPUNkan 1 JUTA orang berBAJU MERAH untuk berkumpul di Bukit Bintang dan Lowyat. Hebatnya Ketua Bahagian Sungai Besar, Selangor.

Kita yakin dengan KEHEBATAN beliau, apalah 1 JUTA ORANG. Mengumpul 1 JUTA baju Merah perkara mudah kepada Jamal. Tun Dr Mahathir pun beliau boleh sergah, inikan pula nak kumpul orang 1 JUTA dengan segala kemampuan yang Jamal ada.

Rabu ini kita akan dipamirkan gambar di media akan gambar 1 JUTA baju merah membanjir Bukit Bintang dan Lowyat.

Kita yakin Jamal tidak akan memberi alasan-alasan yang tidak masuk akal JIKA perhimpunan ini dihadiri oleh dua tiga puluh ribu orang berbaju merah sahaja.

Kita tunggu Rabu ini. Kita nak tengok KEHEBATAN Ketua Bahagian Sungai Besar ini.

Semuga Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua-Ketua Bahagian lain turut serta memberi sokongan MORAL kepada USAHA MURNI Jamal Md Yunos, Ketua Bahagian yang hebat dari Selangor.

http://www.siakapkeli.my/2015/08/1-juta-baju-merah-untuk-lawan-bersih-4.html

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-tun-mahathir-betul-betul-melayu-datanglah-jamal-md-yunus-72987

Tuesday, September 8, 2015

BUDAYA MELAYU BARU



LIHAT lah layanan yang diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam.

Itulah agaknya BUDAYA yang hendak dibawa oleh Setiausaha Kerja Umno Malaysia Raof Yusoh kepada generasi baru ahli Umno.

Budaya Melayu baru mengBANGSATkan bekas pemimpin.

Tahniah Raof.

http://politikputramerdeka.blogspot.my/2015/09/nilai-perjuangan-dalam-umno.html

SAMAD ALIAS LETAK JAWATAN KERANA 1MDB



RUPA-rupanya masih ADA yang berPRINSIP dan berINTEGRITI di kalangan kita.

Tan Sri Abdul Samad Alias yang dilantik sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB pada 21 Januari tahun ini melepaskan jawatan beliau kerana GAGAL mendapat penerangan mengenai status kewangan selepas menunggu lebih 6 bulan.

TAHNIAH Tan Sri!

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-ahli-lembaga-penasihat-letak-jawatan-6-bulan-lepas-1mdb-gagal-beri-pe

http://www.1mdb.com.my/press-release/tan-sri-datuk-dr-abdul-samad-haji-alias-appointed-to-board-of-advisors

Saturday, September 5, 2015

HINA




Kata blogger Abdul Kadir Jasin (video atas): "Kalau beliau (Najib Razak) hendak BERHENTI, beliau sudah pun berhenti. Tidak ada Perdana Menteri di dalam SEJARAH MALAYSIA diHINA sedemikian rupa tetapi tetapi masih KEKAL BERKUASA."

Benar kata Kadir.

Tidak ada Perdana Menteri Malaysia diHINA seperti yang berlaku sekarang.

Pelbagai macam perkataan yang mengHINA digunakan - antaranya "KENCING" tetapi Najib masih di Putrajaya dan masih bergelar PERDANA MENTERI.

Tidak ada Perdana Menteri yang dihina sehingga hendak menghadiri majlis peringkat antarabangsa seperti Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa yang dihoskan oleh kerajaan, yang perbelanjaannya ditanggung kerajaan, Perdana Menteri MALU untuk menghadirinya.

Malah majlis dalam negeri seperti program "Nothing to Hide" anjuran Pemuda Umno dan diadakan dipentas sendiri di PWTC pun Najib "malu" untuk menghadirinya.

Begitulah penghinaan yang dilalui oleh Najib SETIAP HARI atas KEHENDAK dirinya sendiri.

Rakyat biasa baik kerani, baik drebar, baik pekerja bandaran yang mengangkut sampah pun tidak dihina sedemikian.

Menteri-Menteri Kabinet juga menDERMA kepada drebar mereka, tetapi drebar mereka tidak dihina, drebar mereka masih merasa megah untuk menghadiri majlis. 

Malah disisi agama pun kita diminta jangan dibenarkan diri kita dihina dan hidup terhina.

Kalau berpakaian pun ikut kemampuan kita. Jangan berpakaian sehingga kita dihina dan jangan berlebihan sehingga menunjukkan sikap takbur kita.

Sejak akhir-akhir ini ramai para MENTERI turut melakukan perkara-perkara yang menyebabkan mereka juga akan terhumban ke dalam kehinaan.

Ada menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad jahat. Ada yang menuduh Tun Daim Zainuddin jahat.

Tak kan semua orang jahat. Tun Mahathir jahat. Tak kan Tun Daim jahat. Tak kan Tan Sri Rafidah Aziz jahat. Tak kan Tan Sri Sanusi Junid jahat. Tak kan Sabaruddin Chik jahat. Tak kan Tun Musa Hitam jahat. Tak kan semua orang jahat.

Apakah Menteri-Menteri Kabinet mahu sama-sama mahu memasuki bakul kehinaan?

Apakah Menteri yang berkelulusan dari Oxford mahu turut dihina? Apakah seorang Menteri yang belajar tinggi-tinggi di Oxford tidak merasa malu berhadapan dengan rakan bijak pandai dari Universiti Oxford?

Kepada ahli-ahli Kabinet, janganlah menghina diri sendiri. Jangan lah sampai ke tahap malu untuk menghadiri majlis sendiri kerana rasa terhina.

Kepada para Menteri, malam ini, semasa hendak beradu nanti, letak tangan atas kepala dan tanya diri sendiri, "apakah mahu dihina seperti sekarang?"

Thursday, September 3, 2015

PRESIDEN GUATEMALA LETAK JAWATAN SELEPAS MAHKAMAH KELUAR WARAN TANGKAP

Guatemalan President Otto PĂ©rez Molina resigns

SESEKALI elok juga kita menjenguk apa yang berlaku di negara lain.

Hari ini Presiden Guatemala Otto Perez Molina, yang dituduh menerima RASUAH, meletakkan jawatan selepas MAHKAMAH Guatemala mengeluarkan WARAN TANGKAP ke atas Presiden mereka sendiri.

http://edition.cnn.com/2015/09/03/americas/guatemala-president-arrest-warrant/

Sebelum itu Kongres Guatemala memBATALkan IMUNITI atau KEKEBALAN Presiden Molina.

Kepada pembaca kurang mengetahui latarbelakang negara bernama Guatemala, sebuah negara yang tidak semaju Malaysia, boleh membaca link berikut: https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/gt.html

GAN PING SIEU: NAJIB HARUS DIBERI CUTI

Image result for gan ping sieu

"NAJIB harus diBERIKAN CUTI dan membenarkan SIASATAN bebas dijalankan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi beliau. Bagi pembangkang, Najib adalah ASET mereka." - Bekas Timbalan Menteri dan Ketua MCA Kluang Gan Ping Sieu.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-veteran-mca-secara-terbuka-gesa-najib-disingkirkan