Tuesday, September 15, 2015

HIMPUNAN BAJU MERAH: BERJUANGLAH UNTUK MARHAEN BUKAN PEMIMPIN YANG BERBILION KEKAYAANNYA

ESOK Himpunan Maruah Melayu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Syukur, akhirnya selepas 58 tahun Merdeka, baru timbul kesedaran tentang perlunya mempertahankan MARUAH Melayu.

Esok ramailah yang akan berbaju MERAH di Kuala Lumpur.

Seorang pembaca menulis: "Kami mahu mereka (Cina) tahu Melayu ada maruah."

Tinggi semangat juang sesetengah Melayu. 

Kalau nak berjuang, biar ada sasarannya.

Memang sesetengah Melayu sudah kurang maruahnya.

Jelapang sempat menonton rancangan Bersamumu TV3 malam ini.

Kalau Melayu bermaruah sudah pasti tiada Melayu yang ditimpa malang seperti Puan Suriati Kasa yang tinggal di rumah usang milik orang di Simpang Empat, Perlis.

MEMASAK MENGGUNAKAN KAYU API.

SEMBAHYANG DITERANGI PELITA MINYAK TANAH.

Jauh beza kehidupan Puan Suriati berbanding kehidupan Ketua Bahagian Sungai Besar di Selangor, Jamal Md Yunos, yang mempunyai kereta Ferrari.

Kalau kita Melayu bermaruah, tidak mungkin ada saudara Melayu seIslam kita masih hidup merempat di tanah Melayu sendiri dan masih menggunakan pelita minyak tanah pada tahun 2015 ini.

Ada Melayu seperti Jamal hidup di dalam kesenangan dan berFerrari ke sana sini, dan ada pemimpin Melayu mempunyai duit berbilion ringgit.

Image result for jamal yunos

Esok ketika Jamal mengetuai Himpunan, berjuanglah untuk orang Melayu seperti Puan Suriati. Tak perlulah berjuang untuk pemimpin yang sudah bergelar bilionaire.

Tidak guna bercakap mengenai MARUAH orang Melayu kalau orang seperti Jamal dan pemimpin Melayu hidup di dalam kesenangan tanpa mempunyai sedikit hati pun terhadap orang Melayu yang hidup merempat di Tanah Melayu sendiri.

Kepada Jamal dan pemimpin-pemimpin Melayu, selamat berhimpun dan ingatlah, maruah Melayu tidak akan ditebus dengan hanya berhimpun tanpa pemimpin Melayu mempunyai hati terhadap Melayu marhaen.

5 comments:

  1. Demi merampas kuasa politik, Maruah melayu telah tergadai dengan cara pencucian otak rakyat secara mensyaitankan pemimpin dan memecahkan bangsa melayu kepada dua.

    ReplyDelete
  2. Jelapang, ko jgn jd batu api, himpunan bg menunjukkan solidari rakyat melayu
    dlam mengekang kejahatan kaum cina di Malaysia. Kaum cina skrang sudah berani
    menghina nabi Muhammad SAW, agama islam dan melanggar perkara sensitif di dalam
    islam. Ramai kaum cina menjadikan facebook mereka sebagai tempat untuk menghentam
    pemimpin melayu dan agama islam. Ini lah kita hendak pertahankan.

    ReplyDelete
  3. Melayu ini terbahagi banyak cawangan juga,mungkin yang menganjur tak sama line dengan yang di Perlis.TDM melayu juga tapi tak sama dengan mereka yang meyokong dan kena sokong.Kita mengaku diri kita Islam,malangnya Al-Quran yang diturunkan hanya tinggal sebagai sebuah buku dalam rak buku dirumah.Tiada keinginan dalam hati kita untuk menkaji apa cerita yang diturunkan kapada junjungan SAW dan semua umatnya.Lapangkan masa untuk membaca tafsiran ayat-ayat dan faham apa pertunjuk dan bimbingan yang Allah SWT wahyukan kapada Nabi Muhamaad SAW dan umatnya.Barulah islam kita pure sikit,takut nak buat kemungkaran diatas bumi Allah ini.Sebagaimana sabuah hadis dari rasul SAW yang bermaksud "sesaorang yang keluar dari sembayang tetapi masih melakukan kemungkaran,maka orang itu belum sembayang lagi".Fikir-fikirlah dengan tingkah laku kita yang mengaku sebagai orang Islam.Sebagaimana kata Mp Umno "Umno boleh ditumbangkan oleh ahlinya sendiri"-dan inilah pertunjuk yang beliau maksudkan.Tunggulah harinya.

    ReplyDelete
  4. Mempertahankan maruah bukan cara melalui himpunan tetapi melalui perancangan dasar yang betul , tindakan yang betul , peruntukan undang undang yang betul . Jangan robek dasar negara dan akta yang boleh mempertahankan dan melindungi maruah bangsa . Itu cara yang betul. Dasar ekonomi ,pelajaran , sosial dan budaya mesti menjurus kepada mempertahankan maruah . Itu sewajarnya bukan sebaliknya .

    ReplyDelete
  5. Maruah apa? Untuk najib? Bodo piang,pi minum ketum banyak2

    ReplyDelete