Saturday, September 5, 2015

HINA




Kata blogger Abdul Kadir Jasin (video atas): "Kalau beliau (Najib Razak) hendak BERHENTI, beliau sudah pun berhenti. Tidak ada Perdana Menteri di dalam SEJARAH MALAYSIA diHINA sedemikian rupa tetapi tetapi masih KEKAL BERKUASA."

Benar kata Kadir.

Tidak ada Perdana Menteri Malaysia diHINA seperti yang berlaku sekarang.

Pelbagai macam perkataan yang mengHINA digunakan - antaranya "KENCING" tetapi Najib masih di Putrajaya dan masih bergelar PERDANA MENTERI.

Tidak ada Perdana Menteri yang dihina sehingga hendak menghadiri majlis peringkat antarabangsa seperti Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa yang dihoskan oleh kerajaan, yang perbelanjaannya ditanggung kerajaan, Perdana Menteri MALU untuk menghadirinya.

Malah majlis dalam negeri seperti program "Nothing to Hide" anjuran Pemuda Umno dan diadakan dipentas sendiri di PWTC pun Najib "malu" untuk menghadirinya.

Begitulah penghinaan yang dilalui oleh Najib SETIAP HARI atas KEHENDAK dirinya sendiri.

Rakyat biasa baik kerani, baik drebar, baik pekerja bandaran yang mengangkut sampah pun tidak dihina sedemikian.

Menteri-Menteri Kabinet juga menDERMA kepada drebar mereka, tetapi drebar mereka tidak dihina, drebar mereka masih merasa megah untuk menghadiri majlis. 

Malah disisi agama pun kita diminta jangan dibenarkan diri kita dihina dan hidup terhina.

Kalau berpakaian pun ikut kemampuan kita. Jangan berpakaian sehingga kita dihina dan jangan berlebihan sehingga menunjukkan sikap takbur kita.

Sejak akhir-akhir ini ramai para MENTERI turut melakukan perkara-perkara yang menyebabkan mereka juga akan terhumban ke dalam kehinaan.

Ada menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad jahat. Ada yang menuduh Tun Daim Zainuddin jahat.

Tak kan semua orang jahat. Tun Mahathir jahat. Tak kan Tun Daim jahat. Tak kan Tan Sri Rafidah Aziz jahat. Tak kan Tan Sri Sanusi Junid jahat. Tak kan Sabaruddin Chik jahat. Tak kan Tun Musa Hitam jahat. Tak kan semua orang jahat.

Apakah Menteri-Menteri Kabinet mahu sama-sama mahu memasuki bakul kehinaan?

Apakah Menteri yang berkelulusan dari Oxford mahu turut dihina? Apakah seorang Menteri yang belajar tinggi-tinggi di Oxford tidak merasa malu berhadapan dengan rakan bijak pandai dari Universiti Oxford?

Kepada ahli-ahli Kabinet, janganlah menghina diri sendiri. Jangan lah sampai ke tahap malu untuk menghadiri majlis sendiri kerana rasa terhina.

Kepada para Menteri, malam ini, semasa hendak beradu nanti, letak tangan atas kepala dan tanya diri sendiri, "apakah mahu dihina seperti sekarang?"

7 comments:

  1. Pasukan menteri dizaman Tun Dr M amat disanjungi dan dihormati dunia. Tokoh saperti Tun Daim dan Tan Sri Rafidah Aziz digeruni oleh Singapura.

    Namun hari ini pasukan najib - lan 3.85, hasan malek, rahman dahlan, salleh keruak, ismail sabri menonjolkan "kebodohan" tahap pemikiran.

    Luahan2 mereka amat merepek dan menyakiti perasaan rakyat.

    Jika solidariti diutamakan daripada kebolehan, inilah akibatnya - half-past six!

    ReplyDelete
  2. siapa yang menghina jawablah diakhirat kelak.kita pun tidak diajar untuk menhina

    ReplyDelete
  3. siapa yang menghina jawablah diakhirat kelak.kita tidak diajar untuk menghina orang lain mungkin orang yang suka menghina orang lain ni mak bapak dia tak ajar.

    ReplyDelete
  4. mulai hari ini aku tak mau baca blog yg sehina ini.. kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Dh terpaksa.... kedepan x boleh ke belakang pun x boleh. Al maklum.... layar dh dilebar sauh dah dilabuhkan. Berpusing lh kat situ tunggu karam.

    ReplyDelete
  6. kalau najib undur, orang akan kata alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. ??? Patut nya kita yang lawan mereka yg menghina PM kita kan?

    ReplyDelete