Wednesday, December 31, 2014
Monday, December 29, 2014
Sunday, December 28, 2014
MENTERI SEKARANG TADBIR NEGARA MELALUI TWITTER
SELEPAS kembali dari bercuti di Hawaii dan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Najib Razak hari ini mengarahkan semua menteri-menteri membatalkan cuti mereka dan kembali ke Malaysia dari luar negara.
Kasihan juga memikirkan nasib Menteri-Menteri kita yang terpaksa pulang awal.
Sebenarnya walaupun tiada dalam negara, kebanyakan Menteri-Menteri sudah menjalankan tanggungjawab mereka walaupun berada di luar negara.
Tengok saja twitter Hishammuddin Hussein yang kini katanya sedang bercuti di London.
Sesiapa yang membaca tweet beliau akan merasakan seolah-olah beliau sedang mengharungi banjir di Pantai Timur. Arahan-arahan diberikan melalui twitter.
Sementara Ahmad Maslan pun nampak begitu prihatin dengan masalah rakyat di bawah melalui tweet beliau dan sentiasa berdoa agar air banjir cepat surut walaupun sedang menikmati cuaca dingin di Jerman.
Menteri Kerjaraya Fadillah Yusof pula katanya di London walaupun rata-rata jalan runtuh dan ditutup.
Sekarang ada trend baru dalam Kabinet Malaysia - mentadbir melalui TWITTER.
Baru-baru ini, kita terima satu mesej dari Putrajaya yang berbunyi:
Dear all, please share this :-
There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts.
However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety.
He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.
A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation:
In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat.
http://www.mstar.com.my/…/2014/12/20/pm-lawat-mangsa-banjir/
It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive.
Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help.
Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance.
Remember that President Obama is the most powerful person on earth and has vast resources at his command.
Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance?
Dear all, please share this thanks (on PM golfing with Obama)
Selepas membaca mesej ini dan alasan yang digunakan, tertanya-tanya kita perlukah Menteri-Menteri diarahkan memendekan cuti mereka setakat untuk hendak bergambar untuk popular dan kehadiran menteri-menteri setakat bergambar mengharungi banjir tidak akan mengubah keadaan dan yang paling penting buat masa ini ialah peranan agensi-agensi yang membantu mangsa banjir.
Inilah yang kita katakan spin haru biru oleh penasihat-penasihat PM semata-mata mahu menyelamatkan Najib walaupun apa yang dilakukan Najib tidak masuk akal.
Friday, December 26, 2014
NAJIB: BEREHATLAH DATO' SRI
YAB Perdana Menteri,
Tahniah kerana mendapat jemputan untuk bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii.
Ini satu peristiwa bersejarah. Belum ada Perdana Menteri Malaysia, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, seakrab Dato' Sri dengan Amerika Syarikat sehingga terpilih untuk menjadi "golf buddy" Presiden Amerika.
Jika pertemuan dan golf di Hawaii lebih penting kepada Dato' Sri untuk masadepan negara, eloklah Dato' Sri terus berada di sana. Lagipun Tan Sri Muhyiddin pun mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara tanpa Dato' Sri.
Rakyat sekarang ini merayu-merayu meminta pertolongan. Tidak mengapa. Tan Sri Muhyiddin ada.
Saya terbaca juga kenyataan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Dato' Sri yang mengatakan apa yang boleh Dato' Sri buat kalau berada di Malaysia sekarang ini.
Sekadar mengharung air bah paras lutut saja yang mampu Dato' Sri lakukan. Memang betul kata mereka.
Betul juga kata penasihat Dato' Sri di Putrajaya, bukan mudah untuk menjadi tetamu golf Barack Obama.
Lagipun, sebelum Dato' Sri keluar negara tanpa diketahui rakyat (hanya selepas Washington Post menyiarkan berita tersebut baru rakyat mengetahui Dato' Sri berada di Hawaii), penasihat Dato' Sri berkata Dato' Sri telah pun melawat pusat pemindahan banjir sebelum belepas keluar negara.
Nampaknya apa yang dilakukan oleh Dato' Sri sama dengan apa yang dilakukan Pak Lah dulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Sebelum berlepas ke Perth untuk merasmikan restoran nasi kandar, Pak Lah juga melawat pusat pemindahan banjir di Johor.
Maka Dato' Sri bukan yang pertama melakukannya. Pak Lah yang memulakan tradisi ini.
Tetapi Dato' Sri, rakyat pun tahu kalau balik pun, Dato' Sri setakat boleh melawat dan bergambar untuk media tempatan.
Oleh itu tidak mengapa jika Dato' Sri ingin terus berehat di Amerika Syarikat.
Seperti kata Tan Sri Muhyiddin,"Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa. "Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini. Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagi-masa-najib-berehat-dia-cuma-manusia-biasa-kata-muhyiddin
Oleh itu, berehatlah. Dato' Sri sudah bekerja terlalu keras.
Nota: Untuk pengetahuan Dato' Sri, tiada akhbar di Malaysia menyiarkan gambar bersejarah Dato' Sri bersama Obama bermain golf. Seharusnya gambar tersebut bersemat di dada-dada akhbar kerana saya yakin Dato' Sri banyak menyelesaikan masalah negara semasa berbual dengan Obama di padang golf di Hawaii itu.
Tahniah kerana mendapat jemputan untuk bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii.
Ini satu peristiwa bersejarah. Belum ada Perdana Menteri Malaysia, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, seakrab Dato' Sri dengan Amerika Syarikat sehingga terpilih untuk menjadi "golf buddy" Presiden Amerika.
Semalam Dato' Sri menelefon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan Dato' Sri prihatin dengan masalah rakyat yang kini dilanda banjir besar, terbesar sejak 30 tahun.
Tersiar gambar Dato' Sri seolah-olah berada di dalam kesugulan tetapi malangnya gambar tersebut dijadikan bahan jenaka oleh rakyat Malaysia.
Rasanya Dato' Sri pernah terbaca mengenai Taufan Sandy yang menyebabkan banjir besar di Amerika Syarikat pada Ogos 2011.
Pada masa itu, rakan golf Dato' Sri, Obama, sedang bercuti di Martha's Vineyard dan membuat keputusan untuk menamatkan cuti beliau untuk bersama rakyat Amerika Syarikat mengharungi bencana tersebut.
Mungkin Dato' Sri terlupa peristiwa tersebut.
Kini rakyat Malaysia dilanda banjir dan sudah hampir 100,000 dipindahkan di seluruh negara.Jika pertemuan dan golf di Hawaii lebih penting kepada Dato' Sri untuk masadepan negara, eloklah Dato' Sri terus berada di sana. Lagipun Tan Sri Muhyiddin pun mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara tanpa Dato' Sri.
Rakyat sekarang ini merayu-merayu meminta pertolongan. Tidak mengapa. Tan Sri Muhyiddin ada.
Saya terbaca juga kenyataan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Dato' Sri yang mengatakan apa yang boleh Dato' Sri buat kalau berada di Malaysia sekarang ini.
Sekadar mengharung air bah paras lutut saja yang mampu Dato' Sri lakukan. Memang betul kata mereka.
Betul juga kata penasihat Dato' Sri di Putrajaya, bukan mudah untuk menjadi tetamu golf Barack Obama.
Lagipun, sebelum Dato' Sri keluar negara tanpa diketahui rakyat (hanya selepas Washington Post menyiarkan berita tersebut baru rakyat mengetahui Dato' Sri berada di Hawaii), penasihat Dato' Sri berkata Dato' Sri telah pun melawat pusat pemindahan banjir sebelum belepas keluar negara.
Nampaknya apa yang dilakukan oleh Dato' Sri sama dengan apa yang dilakukan Pak Lah dulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Sebelum berlepas ke Perth untuk merasmikan restoran nasi kandar, Pak Lah juga melawat pusat pemindahan banjir di Johor.
Maka Dato' Sri bukan yang pertama melakukannya. Pak Lah yang memulakan tradisi ini.
Tetapi Dato' Sri, rakyat pun tahu kalau balik pun, Dato' Sri setakat boleh melawat dan bergambar untuk media tempatan.
Oleh itu tidak mengapa jika Dato' Sri ingin terus berehat di Amerika Syarikat.
Seperti kata Tan Sri Muhyiddin,"Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa. "Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini. Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagi-masa-najib-berehat-dia-cuma-manusia-biasa-kata-muhyiddin
Oleh itu, berehatlah. Dato' Sri sudah bekerja terlalu keras.
Nota: Untuk pengetahuan Dato' Sri, tiada akhbar di Malaysia menyiarkan gambar bersejarah Dato' Sri bersama Obama bermain golf. Seharusnya gambar tersebut bersemat di dada-dada akhbar kerana saya yakin Dato' Sri banyak menyelesaikan masalah negara semasa berbual dengan Obama di padang golf di Hawaii itu.
Thursday, December 25, 2014
NAJIB MAIN GOLF DENGAN OBAMA DI HAWAII
In Hawaii, Obama golfs with Malaysian Prime Minister Najib Razak
Wednesday, December 24, 2014
Tuesday, December 23, 2014
LODIN 1MDB PUN SUDAH TIDAK YAKIN DENGAN RINGGIT MALAYSIA
"Membawa balik duit yang disimpan oleh 1MDB yang disimpan di Cayman Island sekarang ini akan menjejaskan simpanan tersebut kerana pada ketika ini NILAI RINGGIT telah menurun 6.5 peratus dalam 9 bulan ini dan pada masa ini kadar ringgit merudum kepada RM3.48".
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mbd-says-repatriating-funds-from-caymans-will-expose-cash-to-market-fluctu
Inilah maksud lebih kurang kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin semalam mengenai janji kerajaan untuk membawa balik wang yang disimpan oleh 1MDB di Cayman Island.
Apa sebenarnya mesej Lodin kepada kita dan dunia?
Adakah ini bermaksud Lodin HILANG KEYAKINAN dengan Ringgit Malaysia?
Adakah Lodin mahu menyampaikan mesej kepada pelabur asing Ringgit Malaysia sudah jatuh nilainya dan bukan masanya untuk pelabur terus menyimpan Ringgit?
SEMENTARA itu, kemana Najib dan pemimpin-pemimpin lain pada ketika negeri di Pantai Timur dilanda banjir dan pelbagai masalah berkaitan Pendidikan?
Wednesday, December 17, 2014
NAJIB DIMINTA LETAK JAWATAN
Apalah NASIB Perdana Menteri Najib Razak.
Selepas diarahkan supaya kurang bercuti ke luar negara dan dinasihatkan supaya BERHENTI MENIPU RAKYAT, kali ini seorang pemimpin PERINGKAT CAWANGAN pula meminta beliau meletakkan jawatan.
PEMIMPIN PERINGKAT CAWANGAN!
Agaknya apa perasaan Najib dan ahli keluarga beliau terutamanya isteri tersayang, Datin Seri Rosmah Mansor, pada ketika ini DIHINA begini rupa terutamanya ketika mereka sedang bersiap-siap untuk BERCUTI dan MERAYAKAN TAHUN BARU di luarnegara semasa cuti Krismas ini.
Berikut surat terbuka yang ditulis oleh Ketua Penerangan Umno CAWANGAN Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan, kepada Najib.
Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Merangkap Presiden Umno, Dato ' Sri Hj . Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak.
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum Dato ' Sri,
Sesungguhnya saya sebagai ahli Umno merasakan yang perkhidmatan Dato Sri tidak lagi diperlukan bukan kami hendak menghina Dato ' Sri tetapi kami rasakan lebih baik Dato ' Sri berundur secara kehormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno.Umno ketika ini sudah semakin lemah dari segi sokongan orang melayu mahupun dari sokongan pengundi2 komponen BN terutama parti berteraskan bangsa cina dan india.
Jikalau Dato ' Sri betul2 sayangkan Umno dan Barisan Nasional maka jalan yang terbaik Dato ' Sri berundur lah.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Dato ' Sri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung jadi jalan yang terbaik ialah Dato ' Sri berundur.
Bantu lah kami supaya menjadi kuat semula dengan Dato ' Sri berhenti.
Saya tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci nanti Dato ' Sri tidak mengaku dan saman saya mana mampu nak bayor.
Demi Agama, Bangsa dan Negara,
Syed Rosli Jamalullail,
Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno, Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.
Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno, Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.
Monday, December 15, 2014
PERKASA TEGUR NAJIB: BERHENTI TIPU RAKYAT/ JANGAN BANYAK KELUAR NEGARA
Macam-macam teguran dilemparkan kepada Najib Razak semalam seolah-olah tiada belas kasihan lagi. Rasanya tidak pernah seorang Perdana Menteri ditegur sebegini rupa dalam 3 dekad ini. Apakah sudah hilang hormat padanya? Atau sudah sampai masanya beliau mengundur diri.
1. Menurut Utusan Malaysia hari ini, NAJIB DITEGUR JANGAN BANYAK KELUAR NEGARA. DUDUK DI NEGARA DAN SELESAIKAN MASALAH RAKYAT. Jawab persoalan rakyat yang di-timbulkan para blogger. Jika tiada perubahan dilakukan kerajaan, jangan salahkan ibu mengandung jika hilang jawatan dan sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Perkara ini jauh lebih besar dan menjangkau isu seperti peremajaan UMNO yang diperkatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Selain itu, UMNO perlu segera tampil sebagai juara dalam memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu yang timbul seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mendapatkan sokongan rakyat. - Teguran ini dibuat oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-perlu-tumpu-perhatian-selesai-masalah-hidup-rakyat-1.36544
2. "BERHENTI MENIPU RAKYAT DAN BUAT KERJA KAMU (Najib)". Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu). Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan. Saya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendirian saya. Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat." - Bekas Pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman mendesak Najib SUPAYA BERHENTI MENIPU RAKYAT. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berhenti-tipu-rakyat-kata-bekas-pengerusi-spr-kepada-najib
Sunday, December 14, 2014
JAWAB SOALAN KHAIRUDDIN MENGENAI 1MDB SEBELUM NAJIB BERCUTI
Selepas penggunaan perkataan BANGANG oleh Presiden Umno semasa perhimpunan Agung, Umno umpama dihantui dengan perkataan-perkataan kurang manis.
Kali ini, BACUL.
Naib Ketua Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan meminta pemimpin Umno supaya TIDAK BACUL untuk mempersoalkan isu 1MDB.
Marah dengan laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin, Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan, dalam keadaan PANIK, melabel Khairuddin KEBUDAK-BUDAKAN.
http://www.astroawani.com/news/show/1mdb-pemimpin-umno-tolong-jangan-jadi-bacul-khairuddin-50251
Naib ketua bahagian kebudak-budakan? Itukah standard Naib Ketua Bahagian Umno?
Dalam kekalutan 1MDB, Khairuddin diserang.
Nampak jelas Umno hanya berani membuli yang kecil-kecil seperti Khairuddin tetapi tiada pula berani menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebuah blog menulis Najib Razak mengadap Tun Dr Mahathir dan pertemuan mereka berakhir selepas 15 minit dan eksekutif kanan 1MDB dihentam teruk oleh Tun Dr Mahathir di dalam satu pertemuan.
Kenapa tidak saman Tun dan kenapa tidak menghentam Tun?
Kalau Tun Dr Mahathir salah, saman lah.
Apapun, kita masih menunggu jawapan kepada beberapa soalan yang disenaraikan oleh Khairuddin di dalam laporan polis beliau.
Harapan kita kesemua soalan ini terjawab sebelum Najib dan keluarga bercuti panjang sempena krismas ini.
Siasat:
- Kaedah dan cara 1MDB meminjam dana dari luar serta kaedah perbelanjaan dana serta kewangan mereka
- Mengapa 1MDB membayar faedah yang lebih tinggi dari amalan kadar pasaran atas setiap pinjaman dana yang dibuat syarikat terbabit
- Pembayaran yuran yang telalu tinggi kepada Goldman Sachs
- Simpanan dana yang tidak telus di Cayman Island (USD2.32 bilion)
- Nilai hutang yang terlalu tinggi (RM41.9bilion)
- Penerimaan ‘Letter of Support’ dari Kementerian Kewangan yangmenjamin pinjaman dana 1MDB
- Pembelian aset janakuasa dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran membabitkan pembayaran kepada Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd
- Pembayaran RM10.5bilion sejak 3 tahun lalu keatas pembelian aset janakuasa yang memberikan pulangan rendah
- Pembelian tanah di Air Itam, Pulau Pinang
- Pelaburan yang meragukan terhadap PetroSaudi International Ltd
- Pembelian tanah di Pulau Indah dari Tadmax Resources Bhd melibatkan pembayaran RM317 juta
- Pembelian pada kadar ‘premium’ tapak projek TRX di Jalan Tun Razak dan projek Bandar Malaysia
Thursday, December 11, 2014
RAIS: TEGUR NAJIB
" Jika Najib ada membuat kesilapan, teguran perlu dibuat supaya kesilapan sama tidak diulangi. (Dr) Mahathir adalah seorang pemimpin yang BIJAK. Apa yang dikatakan beliau mungkin ada betulnya. Jadi, kita perlu menghormati kritikan yang beliau lontarkan. Saya berharap Perdana Menteri menerima teguran (Dr) Mahathir dengan positif supaya beliau dapat membangunkan negara serta rakyat dengan lebih baik pada masa yang akan datang." - Rais Yatim.
Rasanya dah berbuih mulut Tun Dr Mahathir Mohamad menegur Perdana Menteri Najib Razak terutamanya dalam kes 1MDB.
Dan Najib mengambil SIKAP MEMBISU kerana mungkin MEMBISU adalah satu-satunya cara beliau menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.
Tuesday, December 9, 2014
KALAU IBU TUNGGAL CURI KICAP KENA JEL, BAGAIMANA KES FELCRA
DUA situasi yang berbeza.
Situasi I: Seorang ibu tunggal yang terdesak, mempunyai 6 anak, MENCURI dua bungkus susu formula Dutch Baby, dua botol kicap Cap Kipas Udang, 4 pensil mekanikal, ubat gigi Colgate, 1 serbuk minuman Super Power, dan satu pencuci pinggan. HUKUMAN: PENJARA 6 HARI, DENDA RM300.
http://kedahku.blogspot.com/2014/12/bacalah-hayati-lah-kesempitan-orang.html
Situasi 2: 3 TIMBALAN MENTERI dan Ahli Parlimen (Tajuddin Rahman, Ismail Abdul Muttalib dan Halimah Saddique) didakwa membuat bayaran bonus kepada diri sendiri tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Menurut satu laporan, SPRM dikatakan berpendapat bahawa ianya bukan kes rasuah tetapi KES PECAH AMANAH. Selain bonus berbentuk tunai, kawasan Parlimen Pasir Salak yang diterajui bekas Pengerusi Felcra Tajuddin yang kini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menerima 30 EKOR LEMBU darii FELCRA untuk dikorbankan semasa Hari Raya Aidiladha.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/three-deputy-ministers-took-felcra-bonus-without-ministry-approval-pac-hear
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-peserta-felcra-buat-laporan-polis-bonus-tanpa-izin-kepada-lembaga
Rakyat semakin hari semakin celik politik. Kes-kes sebegini lah yang akan menentukan kecenderungan rakyat memilih kerajaan memerintah.
Apakah ketelusan hanya untuk ibu tunggal dan rakyat biasa atau undang-undang benar-benar tidak mengenali pangkat dan darjat?