Friday, December 26, 2014

NAJIB: BEREHATLAH DATO' SRI

 YAB Perdana Menteri,

Tahniah kerana mendapat jemputan untuk bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii.

Ini satu peristiwa bersejarah. Belum ada Perdana Menteri Malaysia, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, seakrab Dato' Sri dengan Amerika Syarikat sehingga terpilih untuk menjadi "golf buddy" Presiden Amerika.
Semalam Dato' Sri menelefon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan Dato' Sri prihatin dengan masalah rakyat yang kini dilanda banjir besar, terbesar sejak 30 tahun.

Tersiar gambar Dato' Sri seolah-olah berada di dalam kesugulan tetapi malangnya gambar tersebut dijadikan bahan jenaka oleh rakyat Malaysia.

Rasanya Dato' Sri pernah terbaca mengenai Taufan Sandy yang menyebabkan banjir besar di Amerika Syarikat pada Ogos 2011.

Pada masa itu, rakan golf Dato' Sri, Obama, sedang bercuti di Martha's Vineyard dan membuat keputusan untuk menamatkan cuti beliau untuk bersama rakyat Amerika Syarikat mengharungi bencana tersebut.

Mungkin Dato' Sri terlupa peristiwa tersebut.
 Kini rakyat Malaysia dilanda banjir dan sudah hampir 100,000 dipindahkan di seluruh negara.

Jika pertemuan dan golf di Hawaii lebih penting kepada Dato' Sri untuk masadepan negara, eloklah Dato' Sri terus berada di sana. Lagipun Tan Sri Muhyiddin pun mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara tanpa Dato' Sri.
 Rakyat sekarang ini merayu-merayu meminta pertolongan. Tidak mengapa. Tan Sri Muhyiddin ada.
 Saya terbaca juga kenyataan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Dato' Sri yang mengatakan apa yang boleh Dato' Sri buat kalau berada di Malaysia sekarang ini.

Sekadar mengharung air bah paras lutut saja yang mampu Dato' Sri lakukan. Memang betul kata mereka.

Betul juga kata penasihat Dato' Sri di Putrajaya, bukan mudah untuk menjadi tetamu golf Barack Obama.

Lagipun, sebelum Dato' Sri keluar negara tanpa diketahui rakyat (hanya selepas Washington Post menyiarkan berita tersebut baru rakyat mengetahui Dato' Sri berada di Hawaii), penasihat Dato' Sri berkata Dato' Sri telah pun melawat pusat pemindahan banjir sebelum belepas keluar negara.

Nampaknya apa yang dilakukan oleh Dato' Sri sama dengan apa yang dilakukan Pak Lah dulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum berlepas ke Perth untuk merasmikan restoran nasi kandar, Pak Lah juga melawat pusat pemindahan banjir di Johor.

Maka Dato' Sri bukan yang pertama melakukannya. Pak Lah yang memulakan tradisi ini.
Tetapi Dato' Sri, rakyat pun tahu kalau balik pun, Dato' Sri setakat boleh melawat dan bergambar untuk media tempatan.

Oleh itu tidak mengapa jika Dato' Sri ingin terus berehat di Amerika Syarikat.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin,"Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa. "Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini. Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagi-masa-najib-berehat-dia-cuma-manusia-biasa-kata-muhyiddin

Oleh itu, berehatlah. Dato' Sri sudah bekerja terlalu keras.

Nota: Untuk pengetahuan Dato' Sri, tiada akhbar di Malaysia menyiarkan gambar bersejarah Dato' Sri bersama Obama bermain golf. Seharusnya gambar tersebut bersemat di dada-dada akhbar kerana saya yakin Dato' Sri banyak menyelesaikan masalah negara semasa berbual dengan Obama di padang golf di Hawaii itu.

6 comments:

  1. Pencen kan dia,letak Anwar atau Wan Azizah jadi PM,LKS atau Guan Eng pun boleh.

    ReplyDelete
  2. DS Pm,

    Gambar selfie dgn obama ade tak

    ReplyDelete
  3. Daripada letak Anwar atau Wan Azizah jadi PM,LKS atau Guan Eng , lebih baik letak seekor BABI.
    Sebab BABI lebih mulia dari keluarga Aljuburi dan Komunis LIM

    ReplyDelete
  4. Sebaik sahaja touch down kat Malaysia Najib sambil menitiskan air mata akan melancarkan program 1BANJIRnya,,,

    ReplyDelete
  5. Dah lah cabut senyap senyap, pi pakai baju merah jambu terang pulak tu

    dia ingat washington takkan siar gambar obama ke?

    dah tu buncit nampak sangat

    apa salah umum pada Malaysia dia buat lawatan business

    obama mesti ada udang sebalik batu - jumpa pada hari krismas

    takkan takde yang tersirat

    ReplyDelete