Sunday, December 14, 2014

JAWAB SOALAN KHAIRUDDIN MENGENAI 1MDB SEBELUM NAJIB BERCUTI



Selepas penggunaan perkataan BANGANG oleh Presiden Umno semasa perhimpunan Agung, Umno umpama dihantui dengan perkataan-perkataan kurang manis.

Kali ini, BACUL.

Naib Ketua Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan meminta pemimpin Umno supaya TIDAK BACUL untuk mempersoalkan isu 1MDB.

Marah dengan laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin, Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan, dalam keadaan PANIK, melabel Khairuddin KEBUDAK-BUDAKAN.
http://www.astroawani.com/news/show/1mdb-pemimpin-umno-tolong-jangan-jadi-bacul-khairuddin-50251

Naib ketua bahagian kebudak-budakan? Itukah standard Naib Ketua Bahagian Umno?


Dalam kekalutan 1MDB, Khairuddin diserang.

Nampak jelas Umno hanya berani membuli yang kecil-kecil seperti Khairuddin tetapi tiada pula berani menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebuah blog menulis Najib Razak mengadap Tun Dr Mahathir dan pertemuan mereka berakhir selepas 15 minit dan eksekutif kanan 1MDB dihentam teruk oleh Tun Dr Mahathir di dalam satu pertemuan.

Kenapa tidak saman Tun dan kenapa tidak menghentam Tun?

Kalau Tun Dr Mahathir salah, saman lah.

Apapun, kita masih menunggu jawapan kepada beberapa soalan yang disenaraikan oleh Khairuddin di dalam laporan polis beliau. 

Harapan kita kesemua soalan ini terjawab sebelum Najib dan keluarga bercuti panjang sempena krismas ini.

Siasat:
  • Kaedah dan cara 1MDB meminjam dana dari luar serta kaedah perbelanjaan dana serta kewangan mereka
  • Mengapa 1MDB membayar faedah yang lebih tinggi dari amalan kadar pasaran atas setiap pinjaman dana yang dibuat syarikat terbabit
  • Pembayaran yuran yang telalu tinggi kepada Goldman Sachs
  • Simpanan dana yang tidak telus di Cayman Island (USD2.32 bilion)
  • Nilai hutang yang terlalu tinggi (RM41.9bilion)
  • Penerimaan ‘Letter of Support’ dari Kementerian Kewangan yangmenjamin pinjaman dana 1MDB
  • Pembelian aset janakuasa dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran membabitkan pembayaran kepada Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd
  • Pembayaran RM10.5bilion sejak 3 tahun lalu keatas pembelian aset janakuasa yang memberikan pulangan rendah
  • Pembelian tanah di Air Itam, Pulau Pinang
  • Pelaburan yang meragukan terhadap PetroSaudi International Ltd
  • Pembelian tanah di Pulau Indah dari Tadmax Resources Bhd melibatkan pembayaran RM317 juta
  • Pembelian pada kadar ‘premium’ tapak projek TRX di Jalan Tun Razak dan projek Bandar Malaysia

2 comments:

  1. Tak patut khairuddin, najib bukan level anda. Tun di anggap bapa, biarlah dia bersuara harap2 najib akan dengar. Tapi bukan tekanan dari orang bwh dlm parti. Lihat pembangkang orng setia dia tak kan menentang dia sampai report polis. Projek DAP mcm terowong tu kau ingat telus,,, tak de nya,,,,
    Klu kau buat apa yg pembangkang pd umno, apa ertinya kau jd ahli umno.

    ReplyDelete