Friday, November 14, 2014

BILA NAJIB RAZAK BUAT LAWAK, KALAH ZIZAN RAZAK & NABIL

BETUL-betul lawak mendengar ucapan Najib Razak hari ini di Konvensyen Umno Johor, kalah pelawak terkenal Zizan Razak dan Nabil.

Jelapang yakin apa yang dituturkan oleh Perdana Menteri di hadapan ahli-ahli Umno Johor adalah persembahan lawak jenaka dan kita perlu akui ianya satu PERSEMBAHAN LAWAK JENAKA yang terbaik dari Perdana Menteri.

Ada rakan ketawa terbahak-bahak mendengar ucapan Najib tadi.

Apa lawak yang dibuat oleh Najib. Katanya:

"Saya akui orang muda susah mendapat tempat di dalam parti. Kalau nak naik TANGGA DI DALAM UMNO, KENA CANTAS, BLOCKING, SEPAK... MANA ORANG MUDA NAK MASUK DALAM PARTI. Kita boleh panjat tangga kondominium yang eksklusif, tetapi tidak sanggup kalau perangai kita tidak berubah... orang muda nak ke masuk?"

http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/najib-pemimpin-harus-mulakan-perubahan-dalam-umno

Betul kata seorang Ketua Bahagian Umno di Selangor. Cukup-cukuplah Najib membuat kenyataan berbentuk retorik.

Kita tengok lah Kabinet Najib. Berapa ramai orang tua yang dilantik oleh beliau sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Salah seorang yang dilantik oleh Najib mata pun dah kelabu dan merangkak membaca teks ucapan.

Mungkin di mata Najib, Hassan Malek di usia 68 tahun masih muda. Shahidan Kassim sudah 63 tahun, Tajuddin Rahman (66 tahun), Hilmi Yahya (65 tahun), G.Palanivel (65 tahun), Tengku Adnan Tengku Mansor (63 tahun), Ahmad Bashah Md Hanipah (64 tahun), Mustafa Mohamed (63 tahun), Muhyiddin Yassin (67 tahun) dan Husni Hanadzlah (62 tahun).

 Senarai umur ahli Kabinet Najib boleh dilihat di link berikut:  http://kedahku.blogspot.com/2014/05/dyana-chun-dan-muda-umno-tua.html

Itu sebabnya Jelapang begitu yakin Najib hanya buat lawak di hadapan ahli Umno Johor hari ini sebab CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Apa pun, ianya satu lawak jenaka yang terbaik, mengalahkan pelawak-pelawak profesional negara.

Rupa-rupanya, kita mempunyai seorang pelawak berbakat yang mempunyai bakat tersembunyi dan hari ini terserlah bakatnya.

8 comments:

  1. Kah kah kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Ada juga dengar gelak ketawa seperti gelak sindir kat najib bapa pelingkup Melayu

    ReplyDelete
  3. Yg muda mcm kj kira lagu mana ya....ok barangkali.

    ReplyDelete
  4. Najib MemperBODOHkan UMNO Johor...

    Najib kata dah lama kena berhenti.. baru UMNO Johor ada suara nak dengar BOOOOOO

    Najib Tak Sedar UMNO Johor BOOOO dirinya sendiri suruh Najib Gor Berambus drp UMNO

    ReplyDelete
  5. SIAPA KJ?oooo..penggangur terkaya dn berkuasa masa zaman Tun Dol..(Anwar Jr. lulusan oxford dan budak tingkat 4)

    ReplyDelete
  6. Yg muda tpi berhati yahudi pun menjahanamkan..Ahjibgor pru14 u are gone wit amno n be end..

    ReplyDelete
  7. KJ muda.. Perangai sama mcm org tua lain dlm umno

    ReplyDelete
  8. Masaalah besar najib ialah dia penakut. Takut kpd ketua bhg. Kenapa tak lantik org muda jadi menteri. Ramai org muda jadi ahli parlimen. Klau nak lantik org berpegalaman dlm kabinet ok. Tapi lantiklah org muda jadi timbalan menteri . Bukan lantik yg lanjut usia mcm tajuddin rahman.

    ReplyDelete