Ini lah wajah Goh Ai Hon yang menjadi mangsa ragut di Rahman Putra, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Ini lah wajah yang harus Perdana Menteri, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara harus diingati mereka setiap kali mereka mahu mengatakan negara selamat dan kadar jenayah telah menurun pada kadar memberangsangkan.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/6/23/nation/13276954&sec=nation
Pada akhir bulan Mac, Najib Razak membuat kenyataan berikut: "kadar jenayah negara menurun pada tahap yang sangat memberangsangkan sehingga 29 peratus selepas kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan bermula 2009."
http://www.hmetro.com.my/articles/2013033106114520130331061145/MA/Article
Sebenarnya ramai antara kita keliru - yang mana satu persepsi dan yang mana satu realiti.
Apakah kenyataan Najib itu persepsi atau realiti?
Apabila sebuah website menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya ke-6 paling bahaya di dunia, Polis dengan segera mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan website tersebut dan menurut polis dakwaan tersebut PALSU.
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/pdrm-denies-kuala-lumpur-among-10-most-dangerous-cities-globally/
Apa yang ditulis oleh website tersebut? Menurut website tersebut: "Malaysia also takes pride in its spectacular landscapes, a culture that begs to be discovered and explored and… a history of violence that made way too many victims. Presently, the state’s capital is said to be one of the most dangerous cities in the world, as the crime rate increased with 70% in the last three years. It wasn’t a peace on Earth display before either, but now things seem to keep getting worse."
http://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/
Akan ada yang bersetuju dengan kenyataan polis bahawa laporan ini palsu tetapi jika kita bertanyakan kepada Gai Ai Hon, sudah pasti lain pula jawapannya.
Hari ini seorang editor the Star menulis mengenai "rakyat kini hidup di dalam ketakutan" - antaranya takut dirompak ketika makan di kedai mamak. Penulisan editor ini boleh dibaca di link ini: http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2013/6/23/columnists/onthebeat/13262052&sec=onthebeat
Sebenarnya kita kagum dengan kenyataan berani Najib apabila beliau membuat kenyataan berikut: "Bagi tiga bulan pertama tahun ini, kita berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan saya melihat ia sebagai kejayaan kita meningkatkan keselamatan pada tahap maksimum."
Ada persepsi yang mempersoalkan jika benar kadar jenayah menurun kenapa rakyat hidup di dalam ketakutan?
Apa pun kita perlu memberi peluang kepada Najib untuk menjalankan tugas beliau sebagai Perdana Menteri selepas mendapat mandat pertama sebagai Perdana Menteri.
Beliau mahu anggota polis terus memerangi jenayah dan kita yakin dengan barisan kabinet yang berwajah baru dan dikatakan segar yang diperkenalkan Najib baru-baru ini, dan dengan adanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang baru serta Ketua Polis Negara yang begitu bersemangat tinggi, akan ada idea-idea baru dalam menangani kadar jenayah.
Kita yakin, 100 hari sejak Najib mendapat mandat pertama beliau, yang akan berakhir pada 13 Ogos nanti, akan ada idea baru dari Kabinet beliau bagaimana menangani masalah jenayah ini.
Harapan kita, semuga tiada lagi mangsa yang menderita seperti Gan Ai Hon tidak lama lagi.
Kadar jenayah meningkat sbb ISA dah xde... Sape yg mintak ISA dihapuskan kalo tak cinabeng2 n juak2 Pakatan Haram? gangster makin menjadi2 sbb DAPigs makin berpengaruh...
ReplyDelete'you reap what you sow...'