Apabila diminta pandangan mengenai cadangan beberapa pemimpin supaya jawatan No 1 dan No 2 dalam Umno tidak dipertandingkan, ini jawapan Muhyiddin Yassin: "'TERLALU AWAL UNTUK MEMBERI SEBARANG KOMEN MENGENAI PERKARA INI. BAGAIMANA PUN UMNO ADALAH SEBUAH PARTI YANG DEMOKRATIK. BUKAN HAK INDIVIDU UNTUK MENENTUKANNYA."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/6/9/nation/13217814&sec=nation
Komen Muhyiddin ini sudah cukup mengundang pelbagai interpretasi mengenai pemilihan Umno yang akan datang.
Yang paling popular ialah Muhyiddin akan bertanding merebut jawatan Presiden. Apa yang dikatakan oleh Muhyiddin ada kebenarannya. Terlalu awal untuk membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan dalam Umno.
Juga menarik ialah kenyataan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob agar kedua-dua jawatan dipertandingkan. http://www.sinarharian.com.my/politik/jawatan-tertinggi-umno-patut-dipertandingkan-1.168911
Kata Adnan:
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)...pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab."
Ramai di akar umbi mempertikaikan kenyataan-kenyataan yang mahukan jawatan No 1 dan No 2 tidak dipertandingkan.
Semasa PRU-13 berlangsung akar umbi diminta menyokong Umno dan BN kerana masa depan orang Melayu kini tergugat, sekiranya pembangkang menang, Agenda Melayu akan hilang, segala kuasa Melayu akan terhapus.
Menang pilihanraya, Najib Razak dengan bangga mendabik dada bahawa Umno di bawah beliau menang lebih besar dari Pak Lah. 88 kerusi berbanding 79 pada PRU-12.
Dan beberapa pemimpin yang baru mendapat jawatan Menteri dan Menteri Besar dari Najib berlumba-lumba membuat kenyataan mahukan Najib dan Muhyiddin terus kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dan kononnya sekiranya berlaku pertandingan, parti akan berpecah kerana segala tenaga perlu dikerahkan untuk menghadapi PRU-14 yang lebih getir.
Akar umbi merasakan seolah-olah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin-pemimpin ini. Sebelum pilihanraya mereka bercakap mengenai Agenda Melayu.
Selepas pilihanraya, pemimpin-pemimpin ini mahu meneruskan Agendi Kepentingan Diri dan tidak mahu mengaku bahawa PRU-13 adalah prestasi paling buruk dalam sejarah BN.
Umno melalui pelbagai cabaran. Dalam sejarah Sulaiman Palestin telah menentang Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh tewas kepada Dr Mahathir Mohamad tetapi BN tidak mendapat keputusan yang seburuk ini di dalam pilihanraya umum yang mereka lalui.
Amat jelas sekali, agenda tiada pertandingan ini tidak lain tidak bukan adalah agenda peribadi pemimpin yang mahu terus berkuasa.
Apakah peribadi mereka lebih penting dari parti?
Jika benar parti lebih penting dari kepentingan peribadi, maka setiap pemimpin yang ikhlas akan sanggup menyerahkan kuasa kepada akar umbi untuk memilih siapa yang mereka mahu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.
Hanya pemimpin yang tamak yang cuba elakkan dari memasuki gelanggang pertandingan.
No comments:
Post a Comment