PRU-13 sudah berakhir pada 5 Mei 2013 yang lalu. Keputusannya BN memperolehi 133 kerusi Parlimen, DAP 38, PKR 30 dan PAS 21.
Pada PRU-12 di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi.
Ini bermaksud, berdasarkan kepada fakta, sokongan terhadap BN merosot lebih teruk berbanding ketika BN di pimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Tetapi, walaupun sudah 12 hari PRU-13 berlalu, secara luarannya, belum ada pahat berbunyi.
Bagaimanapun, kalau kita singgah di mana-mana warong kopi, kita akan terdengar bisikan-bisikan yang mungkin Najib dan isterinya Rosmah akan merasa tidak sedap di hati.
12 hari mungkin terlalu awal untuk pahat berbunyi.
Barisan Kabinet telahpun dilantik oleh Najib. Jelas sekali, Kabinet kali ini hanya menggambarkan betapa pengaruh Najib semakin lemah padahal inilah mandat pertama yang diperolehi beliau sejak menyandang jawatan Perdana Menteri.
Jelas sekali perlantikan 13 Menteri dari Sabah dan Sarawak akan dilihat sebagai Najib tunduk kepada tekanan politik yang datang dari negeri-negeri di Wilayah Borneo tersebut.
Barisan Kabinet pula kali ini mengenepikan Wanita Umno yang lazimnya memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita.
Kali ini, Wanita PBB dari Sarawak dikatakan lebih dipercayai oleh Najib dari Wanita Umno untuk menjaga kepentingan wanita seluruh negara.
Tetapi Jelapang ada terdengar gossip-gossip di kalangan ahli Wanita kononnya keputusan Najib untuk memberi portfolio tersebut kepada Wanita PBB kerana "ancaman" dari seorang tokoh Wanita Umno yang mengugut untuk meletakkan jawatan sekiranya Halimah Sadique dari Johor dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita.
Jelapang bangga Ketua Perhubungan Umno Kedah Ahmad Bashah Mad Hanipah dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Tetapi malangnya, perlantikan tersebut lebih kepada Najib mahu memenuhi "janji" beliau kepada Ahmad Bashah untuk memberi laluan kepada Najib bagi memenuhi hajat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan anaknya, Mukhriz, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.
Hassan Malek, dari Negeri Sembilan, harus bersyukur kerana pada usia 68 tahun, masih berpeluang menjadi Menteri. Katanya, hubungan Hassan dengan seorang ahli keluarga Najib sudah cukup untuk membuka ruang bagi beliau untuk menjadi seorang Menteri.
Sementara Selangor pula, katanya, menimbulkan kemarahan Najib kerana segala "cerita-cerita manis" bahawa BN akan menakluk Selangor semula tidak menjadi kenyataan.
Musibahnya, Umno Selangor dihukum tanpa diberi sebarang jawatan Menteri.
Tetapi sekiranya Najib rajin turun padang sedikit untuk mendengar keluhan orang Selangor, sudah pasti beliau akan berdesing telinga.
Orang Selangor sudah mula bertanya bagaimana Selangor boleh kalah padahal Ketua Perhubungannya adalah Perdana Menteri?
Kata mereka, memang mudah untuk menyalahkan orang lain. Tetapi suluh-suluhlah diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
Beberapa muka lama turut tersenarai di dalam Kabinet kali ini. Popular di kalangan pemimpin Umno, sesiapa yang berani dan ambil sikap "gangster sikit", pasti akan dapat jawatan dalam Kabinet kali ini.
Katanya Perdana Menteri kini sedang berehat di luar negeri selepas selesai melantik anggota Kabinet beliau yang kebanyakannya datang dari seberang Semenanjung.
Inilah masanya pekerja-pekerja parti mengambil cuti selepas bertungkus lumus bekerja untuk menyelamatkan BN dari hilang kuasa kerana tidak lama lagi, mereka perlu mengharungi satu lagi perjuangan.
Selepas ini, Najib perlu mengadakan post mortem untuk mencari jawapan kenapa BN di bawah pimpinan beliau mencapai keputusan terburuk dalam sejarah politik negara.
Semasa Pak Lah, beliau mengadakan post mortem 4 bulan selepas pilihanraya di adakan.
Post mortem tersebut dikenali sebagai retreat dan diadakan di Glenmarie di Subang.
Di situlah Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, Rafidah Aziz dan Syed Hamid Albar mendesak Pak Lah meletakkan jawatan sebelum pemilihan Umno diadakan.
Terus-terang Jelapang katanya ramai di kalangan Umno kecewa dengan pentadbiran Najib dan pilihan Kabinet Najib walaupun propagandis beliau cuba menyakinkan bahawa ini adalah sebuah Kabinet terbaik.
Najib akan kecut perut kalau beliau terdengar ada di kalangan pemimpin Umno berkata bahawa rupa-rupanya Pak Lah lebih baik dari Najib.
Kita juga tidak akan terkejut, 4 bulan dari sekarang, apa yang berlaku pada 2008 di mana Najib mendapat faedah darinya, akan berulang dan menimpa Najib.
Di akar umbi, sudah terdengar desas desus, negara akan mendapat Perdana Menteri yang baru dan Kabinet hari ini hanya akan bertahan sehingga akhir tahun ini sahaja.
Kita sama-sama tunggu samada ianya menjadi kenyataan atau hanya impian sesetengah dari kita.
Pada saya kemenangan BN telah berlaku di atas kehendak Allah untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia ini. Biarpun tak mencapai 2/3 sebab undi cina hampir 100% kepada pembangkang. Banyak orang berkata bahawa BN hampir pasti tumbang kali ini. Memang kalau menyaksikan manusia dalam ceramah Anuwar dan DAP, semua kata pasti BN tumbang. Tapi Allah maha berkuasa menyelamatkan bumi ini dari mala petaka besar jika terlantiknya seorang Peliwat, pelanggan pelacor, kaki tutuh bini orang sebagai PM yang disokong lagi puak LGBT dan seks bebas bukan Islam. Agaknya ketika itulah akan sampai gempa bumi sebenar di Malaysia. Kawasan saya di PT Kedah pun kalau menyaksikan manusia hadir di Naka pada 2 hari sebelum mengundi banyak orang berkata BN pasti tumbang 3-0 tapi hakikatnya BN telah menang semua kerusi di PT. Pada saya segalanya atas kehendak Allah menggerakkan majoriti pengundi mengundi PM. Saya rasa elok umat Islam bersyukur dan hentikanlah politik tajaan yahudi yang mahu menjahanamkan satu-satunya negara Islam terbaik di rantau ini.
ReplyDeletePada saya kemenangan BN telah berlaku di atas kehendak Allah untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia ini. Biarpun tak mencapai 2/3 sebab undi cina hampir 100% kepada pembangkang. Banyak orang berkata bahawa BN hampir pasti tumbang kali ini. Memang kalau menyaksikan manusia dalam ceramah Anuwar dan DAP, semua kata pasti BN tumbang. Tapi Allah maha berkuasa menyelamatkan bumi ini dari mala petaka besar jika terlantiknya seorang Peliwat, pelanggan pelacor, kaki tutuh bini orang sebagai PM yang disokong lagi puak LGBT dan seks bebas bukan Islam. Agaknya ketika itulah akan sampai gempa bumi sebenar di Malaysia. Kawasan saya di PT Kedah pun kalau menyaksikan manusia hadir di Naka pada 2 hari sebelum mengundi banyak orang berkata BN pasti tumbang 3-0 tapi hakikatnya BN telah menang semua kerusi di PT. Pada saya segalanya atas kehendak Allah menggerakkan majoriti pengundi mengundi PM. Saya rasa elok umat Islam bersyukur dan hentikanlah politik tajaan yahudi yang mahu menjahanamkan satu-satunya negara Islam terbaik di rantau ini.
ReplyDelete