Tuesday, May 7, 2013

MASA UNTUK NAJIB TEGAS & TELUS: PILIH MB YANG BERSIH DI TERENGGANU DAN NEGERI SEMBILAN

 Pagi tadi katanya Najib Razak bertemu dengan Yang Berhormat yang baru di Kuala Lumpur.

Katanya Pengerusi BN melahirkan rasa kekecewaan dengan beberapa perkara yang berlaku semasa PRU-13 Ahad lalu dan antaranya sikap sesetengah pemimpin yang enggan membantu calon yang bertanding semata-mata kerana mereka tidak dipilih untuk bertanding.

Nyata sekali keputusan PRU-13 ini lebih buruk buat BN dibandingkan dengan PRU-12 yang diketuai oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Segala dasar yang dibawa oleh beliau tidak mendatangkan hasil yang diharapkan oleh beliau dan katanya Najib sendiri mengakui bahawa dua isu menjadi besar menjadi isu utama pengundi tanpa mengira kaum - RASUAH dan KESELAMATAN.

 Bagi Jelapang, nasi belum menjadi bubur. Bagi pengundi yang berpendidikan dan dari golongan pertengahan isu rasuah, keselamatan, kos sara hidup termasuk harga rumah menjadi isu paling relevan untuk mereka. 

Malangnya, BN hanya ber-retorik dalam menangani isu ini. BN cuba mengelak dari menangani isu rasuah dan menangani isu kos sara hidup dengan cara melepas batuk di tangga.   
Hari ini beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri sudah mengangkat sumpah. Kita masih menunggu siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar di Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu.

Sebagai permulaan kearah perubahan, Najib perlu memperlihatkan bahawa mulai saat ini beliau amat serius untuk melakukan perubahan dan melantik hanya mereka yang bersih sebagai Menteri Besar.

Menteri Besar Terengganu Mohamad Said dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan adalah termasuk di dalam senarai mereka yang terpalit dengan dakwaan rasuah.

Sudah sampai masanya Najib bertegas dan melantik orang baru yang bersih menerajui Terengganu dan Negeri Sembilan.

Sekiranya kedua-duanya kekal, mesej jelas bahawa kita masih tidak mahu berubah. Jika ini berlaku, tidak memeranjatkan pada 2018 nanti, mimpi buruk akan menghantui BN.

2 comments:

  1. bab ni aku tak puas ati kat najib..denial syndrome ada juga dekat dia rupanya..jawab dia tak ke mana kita la lepas ni...

    Najib dah jadi sombong dengan menyalahkan orang lain..calon mutlak hak najib..tapi calon d terngganu...orang sape..wan farid budak tingkat empat yang d tolak masa prk K.terngganu...boleh najib abik balik kat dun ladang...dia tido ke masa prk dulu...jangan slahkan org lain..tengok diri dulu...

    Ajar isteri supaya duk baik2...bukan duk sama naik dengan dia...isu rosmah mana ada geng tereengganu jawab...

    Ahmad said...mb kemamam...bukan mb terengganu...skit2 semua bawa ke kemaman...nsjib pun ada juga unsur ni...kalau nak lantik,tolong jangan adun k.berang...1999 kasut satu selipar satu...ada faham...skrang pun ada agenda nak jatuhkan adun telemong...betul tak..tapi yang1999 dah betul dah...

    Kalau nak lantik mb terngganu,biarlah yang adil..bukan mb kemamaman mcm wan mokhtar dan ahmad said,bukan mb besut mcm idris jusuh...

    Budakteranung

    ReplyDelete
  2. salam, harap dipanjangkan artikel ini. vote for Unity Government UMNO & PAS
    http://afterdarkwrites.blogspot.com/2013/05/petisyen-rayuan-kepada-umno.html

    terima kasih

    ReplyDelete