Jelapang tertarik dengan satu artikel politik yang mencadangkan agar-agar pemimpin-pemimpin yang sudah berusia di Perak memberi laluan kepada muka baru dan orang muda untuk bertanding di dalam PRU-13.
Kata penulis tersebut:
"Justeru dalam memperkatakan perkara ini, sudah sampai masanya satu perubahan dari segi penampilan calon harus dilakukan dengan memastikan mana-mana pemimpin yang sudah ditolak atau akan ditolak rakyat jika mereka bertanding lagi, digugurkan.
Bagi pemimpin-pemimpin yang berada dalam kategori ini, mereka tidak usahlah bersikap hipokrit apatah lagi meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti. Apa yang penting sekarang ialah mempertahankan kekuasaan BN.
Oleh itu mahu tidak mahu, langkah drastik dan satu keberanian diperlukan daripada pucuk pimpinan parti di Perak untuk menggugurkan mana-mana pemimpin yang dilihat umum, nama pun sudah kalah.
Bagaimanapun ini bukanlah bermakna kita hendak menafikan sumbangan pemimpin-pemimpin lama yang sudah berkhidmat kepada parti tetapi senario politik semasa tidak mengizinkan mereka untuk terus 'menongkat langit' bagi bertanding dalam pilihan raya."
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130224/re_10/Mempertahankan-BN-di-Perak
Jelapang berpendapat pendekatan ini tidak seharusnya diperkenalkan di Perak. Ia sepatutnya dijadikan pendekatan di peringkat pusat oleh Perdana Menteri dan mana-mana parti politik yang bertanding di dalam PRU-13.
Tetapi malangnya pemimpin golongan tua seperti Rais Yatim, Nor Mohamed Yakcop, Nazri Aziz, Mohamed Aziz, Shahril Samad, Tajuddin Rahman, Ghani Othman, Shahidan Kassim dan lain-lain masing merasakan mereka relevan dalam suasana politik negara pada hari ini.
Nazri Aziz yang di selubungi pelbagai isu masih mampu membuat kenyataan berikut: "Saya, Zahid Hamidi dan Ahmad Husni jauh lebih tinggi dari menteri besar. Jadi menteri besar turun pangkat, saya tidak pernah dengar orang idam nak turun pangkat. Kami hendak bertanding kerusi Parlimen dan kami harap perdana menteri terus melantik kami dalam jemaah menteri. Kami tidak minat jadi menteri besar.”
http://www.sinarharian.com.my/politik/nazri-aziz-saya-tak-minat-jadi-mb-1.133969
Dan ini pula kata Shahril Samad yang kini berusia 64 tahun: "Sekiranya Perdana Menteri mengarahkan saya bertanding lagi, ini merupakan PRU terakhir saya dan saya akan mendidik penganti saya."
http://www.nst.com.my/nation/general/mp-driven-by-job-not-survival-1.223358
Ini lah masalah yang dihadapi oleh Umno. Yang tua mahu menongkat langit.
Ada juga yang bersedia melepaskan jawatan untuk generasi muda tetapi dengan syarat penggantinya mestilah samada anak atau menantunya.
No comments:
Post a Comment