Ramai tertanya-tanya bagaimana sejak akhir-akhir ini hampir setiap malam Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamed Hassan muncul dalam berita jam 8 malam sebuah stesen TV swasta memberi komen isu-isu yang terlalu kecil untuk dipaparkan oleh sesebuah stesen TV.
Bertambah ganjil apabila stesen TV kerajaan dan stesen-stesen swasta lain tidak pula menyiarkan komen yang sama.
Ada ketika hampir setiap malam wajah Mohamed Hassan muncul semasa berita TV swasta tersebut dan komen beliau berlatarkan musik, tidak seperti kandungan berita yang lain.
Ada yang mengesyaki berita tersebut adalah berita berbayar. Lebih nakal lagi, ada yang membuat spekulasi mengatakan kemunculan "berita promosi" tersebut adalah tanda-tanda Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar yang baru menyebabkan MB sekarang terdesak dan terpaksa mencipta "berita mempromosi diri" untuk memberi gambaran bahawa batang tubuhnya masih popular di Negeri di selatan Semenanjung itu.
Jelapang dapat merasakan bahawa spekulasi ini berpunca dari laporan sebuah akhbar bahawa 2 Menteri, seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri tidak melepasi saringan SPRM.
http://www.malaysiakini.com/news/219949
Berita spekulasi akhbar tersebut telah menimbulkan teka-teki. Ketua Menteri yang dimaksudkan dikatakan ialah Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang terlibat dengan tuduhan di Hong Kong dan Menteri Besarnya ialah Mohamaed Hassan yang dikaitkan dengan pengubahan wang sebanyak RM10 juta ke London melalui seorang pengurup wang.
Penguatkuasa di Hong Kong mendapati tiada kes terhadap Musa Aman tetapi malangnya buat Mohamed Hassan, sehingga hari ini, SPRM masih menjalankan siasatan terhadap beliau.
Mungkin fakta ini yang menyebabkan MB Negeri Sembilan itu gusar sehingga "berita promosi" diri di sebuah stesen TV dilihat sebagai usaha terdesak untuk menyelamatkan diri.
Jelapang agak pelik juga diberitahu bahawa Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang. Apabila ditanya kenapa, jawapannya ialah: "hanya satu isu di Negeri Sembilan. MBnya!"
Kalau benarlah itu isunya, maka mudah untuk BN menyelesaikan masalah di Negeri Sembilan dan Najib Razak tahu jawapannya.
No comments:
Post a Comment