Tuesday, August 16, 2011

PUSAT ZAKAT PERLU TELUS

"Cenderahati Menanti Anda.
Dapatkan cenderahati istimewa setiap kali anda menunaikan zakat di mana-mana kaunter zakat kami."

Itulah antara promosi yang ditawarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan sepertimana yang tertera di laman webnya.

Turut dipaparkan di laman web PPZ Wilayah Persekutuan ini ialah "Pertandingan Iklan Zakat antara IPT".

Hadiah Pertama RM5,000 beserta trofi dan sijil. Hadiah kedua RM4,000, ketiga RM3,000, keempat RM2,000 dan kelima RM1,000.

Terdapat juga hadiah untuk konsep/skrip terbaik, pengarah terbaik, sinematografi terbaik, penata bunyi terbaik dan suntingan terbaik. Tiap-tiap hadiah bernilai RM500 beserta trofi dan sijil.

Jumlah keseluruhan hadiah ialah RM17,500. Tarikh tutup pertandingan 15 September 2011.
http://www.zakat.com.my/index.php

Seorang rakan yang juga ahli perniagaan baru-baru ini menunjukkan seutas jam tangan yang diterimanya dari sebuah Pusat Zakat sebagai hadiah di atas bayaran zakat perniagaan beliau kepada pusat zakat tersebut.

Kata beliau, lagi besar bayaran zakatnya, lagi istimewa hadiahnya.

Tahun lepas sahaja, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mengutip lebih RM250 juta dari umat Islam yang menunaikan tanggungjawab mereka iaitu menunaikan zakat.

RM250 juta lebih satu jumlah yang cukup banyak. Pada tahun 2009, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mengutip hampir RM210 juta. Dua tahun, Pusat Pungutan Zakat Wilayah mengutip hampir setengah bilion dari umat Islam.

Tidak menghairankanlah Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mampu membuat pertandingan dan menyediakan hadiah istimewa untuk pemberi-pemberi zakat.

Baru-baru ini apabila isu gereja yang membawa umat Islam menganut Kristian timbul, Ustaz Asri Zainul Abidin membangkit isu pengagihan wang-wang zakat di mana-mana pusat-pusat pungutan zakat nampak bersungguh-sungguh mengutip zakat tetapi tidak bersungguh-sungguh menagihkannya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
http://drmaza.com/home/?p=1534#more-1534

Kita tidak berani membuat sebarang tuduhan terhadap pusat-pusat pungutan zakat. Cuma yang kita perlu tahu ialah apa yang dilakukan dengan wang-wang pungutan ini.

Kita setuju dengan pandangan bahawa pusat-pusat zakat tidak perlu menunjukkan ianya satu institusi yang kaya. Kita juga setuju dengan pandangan bahawa kutipan tahunan yang diterima perlu diagihkan secepat mungkin tanpa disimpan oleh pusat-pusat zakat kecuali untuk tujuan operasi.

Kita betul-betul ingin tahu apa yang dilakukan dengan wang-wang kutipan ini kerana pada zahirnya, sesetengah Jabatan Zakat mempunyai bangunan tinggi-tinggi dan pegawai-pegawainya ada yang stail-stail.

Satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju Tabung Haji dijadikan tempat orang-orang kaya mengaut keuntungan melalui dividen Tabung Haji yang tinggi.

Akhirnya, Tabung Haji diarahkan menurunkan kadar dividen kerana tanggungjawab Tabung Haji bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi menguruskan pemergian umat Islam ke tanah suci Mekah.

Tanggungjawab Jabatan Zakat tidak jauh bezanya dari Tabung Haji. Tetapi akhir-akhir ini kita lihat ada saingan di kalangan Jabatan Zakat untuk berlumba siapa mendapat kutipan yang lebih sehinggakan ada sanggup menyediakan hadiah RM17,500 untuk pertandingan mencipta iklan kutipan zakat. Seperti kata Ustaz Asri, kita tidak nampak Pusat Zakat berlumba-lumba untuk mengagihkan zakat ini.

Wallahualam.

3 comments:

  1. Kalau nak kira diaorang ni tak ada tanggungan lagi, tak mungkin boleh jadi salah satu asnaf penerima zakat.. sebab tak mungkin terlalu miskin.

    Tengok fizikal masih lagi boleh cari kerja..

    Baitulmal jugak yang nak disalahkan..

    ReplyDelete
  2. salam..we need help..these kafir2 harbi are bashing Islam n malays in this forum site.u guys need to register first before entering this thread.tolong bela kami yg diserang bertubi2 oleh cina2 DAPigs minded.

    http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?p=82867423#post82867423

    SkyscraperCity > Asian Forums > Asian Skyscraper Forums > South East Asia > Forum Pencakar Langit Malaysia > Mamak
    Reload this Page POLITICS & SUCH | Everything politics under the sun

    ReplyDelete
  3. kalau 250Juta, 50Juta boleh digunakan untuk membina rumah flet bagi yang tak mampu menyewa dan tingkat bawah boleh digunakan untuk pusat penjagaan HIV, pusat dialisis dan tadika. dengan pendapatan yang ada boleh digunakan untuk makan/minum, eletrik, air, tambang pergi bekerja dan lain-lain lagi.

    kalau 1 tahun 1 daerah, dalam masa beberapa tahun banyak aset untuk orang-orang miskin/tak mampu.

    agak-agaknya bos kat Pusat Zakat pakai kereta apa yeee, best gaji besoooo.

    ada jawatan kosong tak? nak mintak kerja kat sana lah.....

    ReplyDelete