Sana-sini orang bercakap mengenai Daim Zainuddin sekarang ini.
Daim dikenali sebagai seorang Menteri Kewangan yang cukup berkuasa semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiap kenyataan Daim sebagai Menteri Kewangan dikupas oleh penganalisis pasaran saham. Kalau kenyataan Daim dilihat negatif, maka jatuhlah pasaran saham.
Tetapi hari ini, orang bercakap mengenai Daim penilik masa depan politik negara. Hangat diperkatakan mengenai blog Sakmongkol yang banyak menulis mengenai pandangan Daim sejak akhir-akhir ini.
http://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html
Pelbagai andaian dibuat mengenai penulisan blogger Ariff Sabri Abdul Aziz. Ada yang mengatakan Daim bercakap melalui blog Sakmongkol. Tetapi itu tidak penting. Tidak salah kita menyimpulkan bahawa tulisan Ariff Sabri adalah buah fikiran Daim.
Tetapi itu tidak penting. Yang penting ialah kandungan tulisan tersebut.
Hari ini Sakmongkol menulis lagi mengenai Daim dan Najib. Antara yang menarik ialah:
1) BN hanya boleh selesa di Johor, Melaka dan Pahang. Malah di Pahang, BN akan kehilangan beberapa kerusi negeri.
2) Tun Daim pernah menyarankan Najib dan Muhyiddin Yassin turun ke bawah dan dapatkan pandangan akar umbi dan tidak hanya bergantung kepada pandangan Ketua Bahagian.
3) Najib banyak keluar negara daripada menumpukan menyelesaikan isu di bahagian.
4) Umno hilang pengaruh di kalangan pengundi muda. 80 peratus pengundi muda akan menyokong pembangkang di dalam PRU-13.
5) Blogger pro-Umno menambah kebencian pengundi atas pagar terhadap Umno kerana tulisan mereka penuh dengan celaan.
6) Najib lebih berminat mengumumkan projek mega yang belum tentu bila akan dinikmati oleh rakyat. Malahan Daim sendiri tidak faham akan keperluan projek-projek mega ini.
http://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html
Apa yang terkandung di dalam tulisan Sakmongkol ini ada kebenarannya. Semalam ketika Jelapang berada di coffee house Holiday Villa di Alor Setar selepas Terawih, Jelapang bertemu dengan seorang bekas Timbalan Ketua Bahagian.
Beliau menceritakan mengenai perjumpaan di antara Muhyiddin dengan Ketua Bahagian dari bahagian beliau.
Maka Muhyiddin dan Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agong Umno, bertanyakan kepada Ketua Bahagian ini mengenai beliau (bekas Timbalan Ketua Bahagian).
Katanya Ketua Bahagian ini menghentam habis-habisan bekas Ketua Bahagian ini sehingga tiada satu pun yang baik mengenai beliau. Gambaran yang diberikan ialah sekiranya bekas Timbalan Ketua Bahagian ini dipilih bertanding kerusi Parlimen atau Negeri, yang pasti Umno akan kalah.
Begitulah hebatnya hasad dengki di akar umbi. Kalau Najib hanya bergantung kepada pandangan Ketua Bahagian, Umno umpama menanti rebah.
Bagi Ketua-Ketua Bahagian ini, hanya mereka yang layak dipilih sebagai calon. Orang lain tidak layak.
Masalahnya ialah Najib sendiri tidak pernah turun ke bawah untuk mendengar rintihan akar umbi. Tidak tahulah kita apa masalahnya. Apakah Umno mempunyai Presiden yang elit yang tidak tahu turun ke akar umbi?
Ada baiknya Najib menghayati tulisan Sakmongkol yang kita yakin adalah pandangan Daim kerana apa yang diperkatakan ada kebenarannya.
Tidak salah kita bermuhasabah diri dan mengakui kesilapan kita.
ada kebenarannya tuan dikedah.
ReplyDeleteSEPATUTNYA ORANG-ORANG LAMA NI BIARKAN DULU PM SEKARANG MELAKSANAKAN AGENDANYA. SAYA RASA NAJIBLAH PM YANG PALING KERAP TURUN KE BAWAH. DIA BANYAK BERJUMPA PELBAGAI PERINGKAT MENDAPAT MAKLUM BALAS. NAJIB JUGA MEMPUNYAI KEUPAYAAN MENGGUNAKAN ICT DENGAN AMAT BAIK. APAKAH YANG NAJIB BUAT INI PERNAH DIBUAT OLEH DAIM DULU. JIKA BEGINI PERANGAI DAIM, DIA JUGA TAK UBAH MACAM KB-KB LAIN JUGAK. SEPATUTNYA KENA SOKONG APA YANG BAIK DIBUAT OLEH PM. SEMUA ORANG ADA KEKUATAN DAN KELEMAHAN MASING-MASING. TERMASUK JUGA DAIM. APAKAH DIA SEMPURNA. TERIMALAH KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN CARA KEPIMPINAN. JANGAN INGAT KITA SAJA YANG BIJAK DAN BETUL. DAIM DULUPUN APAKAH SEMUA YANG DIA BUAT BETUL DAN ORANG SUKA.
ReplyDeletetun daim orang kedah.dia tinggal di KL.dia tahu lah apa yg berlaku di Kedah.budak sekolah pun boleh cerita fasal Kedah.sebelum pru 12 dulu pun dia dah buka mulut.tapi orang UMNO sombong bodo.akhirnya apa jadi.kali ini tun daim buka mulut lagi.dia kata secara ikhlas.terimalah yg pahit sebagai ubat.masaalahnya kaki bodek dan ampu banyak sangat.kaki bodek ini rezeki mereka umno bayar.mahu tak mahu air kencing pun kata air sirap.tahi pun kata apom.itulah penyakit yg ada dalam umno.kaki bodek banyak sangat.kita kena ingat tun daim ini bukan sebarangan tokoh.dia ikhlas dan sayang umno.kaki bodek ini kira perut dia sahaja.
ReplyDeletesiput bendang