Friday, January 28, 2011

INTERLOK: PEMIMPIN MELAYU HARUS MALU PADA BANGSA SENDIRI

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Orang Negrito.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Orang Semang berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh dan pendek badannya.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Proto.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Negosiddek.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Deutro dan orang Melayu tidak malu dikenali Melayu Kuno.

Apa yang hendak dimalukan! Ianya fakta.

Tetapi lain pula dengan sesetengah keturunan India. Pariah adalah sesuatu perkataan yang kononnya sukar diterima padahal perkataan tersebut dicipta oleh bangsa mereka sendiri.

Semalam kerajaan membuat keputusan mengenai novel Interlok nukilan Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Keputusannya (mengikut Muhyiddin Yassin): "Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun, mengambil kira pandangan MIC, kita juga telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tahniah kepada pemimpin-pemimpin kaum India termasuk Presiden MIC G. Palanivel kerana telah berjaya mendesak kerajaan supaya akur kepada mereka.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu malu pada diri sendiri kerana sanggup mengadai maruah bangsa semata-mata kerana politik dan mangsanya ialah Abdullah Hussain dipinggirkan tanpa pembelaan.

Semuga Abdullah Hussain diberi kekuatan untuk mempertahankan karyawan beliau. Tidak mengapa ianya tidak menjadi teks rasmi di sekolah-sekolah. Yang penting maruah dan martabat bangsa terpelihara.

Kepada pemimpin Melayu, malulah pada bangsa sendiri.

2 comments:

  1. orang melayu mana ada kXXe walaupun majoriti tapi telah hancur kerana fahaman politik, oleh itu terima saja ..melayu..itu layu......

    ReplyDelete
  2. pemimpin2 melayu dok kira undi keling 2-3 kerat jaa..padahal keling pun x sokong depa..

    ReplyDelete