Majlis Tertinggi Umno malam ini membuat keputusan menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan Umno selama 18 bulan.
Menurut Perlembagaan Umno Fasal 18.2 yang menyatakan Ketua,Timbalan, Ketua,dan lima belas (15) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali oleh Persidangan Cawangan.Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri akan dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada 18 bulan daripada TARIKH PEMILIHAN yang sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.
Dengan kata lain, pilihanraya umum akan diadakan sebelum October 2012.
Mengadakan pilihanraya umum bukannya perkara mudah. Sudah menjadi tradisi pengundi perlu diberikan keyakinan terhadap Barisan Nasional sebelum pilihanraya umum diadakan.
Pegawai-pegawai dan kakitangan perlu diyakinkan. Lazimnya pilihanraya umum akan diadakan selepas pembentangan belanjawan negara.
Oleh itu, paling lewat pilihanraya umum akan diadakan pada Mac atau April 2012, selepas belanjawan dibentangkan.
No comments:
Post a Comment