Ghazali Ibrahim (gambar: kiri - Pegawai Khas Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap), Taul Urus Mohd Zain (Ketua Bahagian Merbok), Jamil Khir Baharom (Ketua Penerangan Umno Kedah), Mukhriz Mahathir (Ahli Jawatankuasa Umno Kubang Pasu), Johari Baharom (Ketua Bahagian Kubang Pasu), Ahmad Bashah Md Hanipah (Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah) dan Mahdzir Khalid (bekas Ketua Perhubungan Umno Kedah).
Kesemua mereka ini meletakkan cita-cita agar Najib Razak melantik mereka sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah bagi menggantikan Shafie Apdal.
Lobi melobi di Kedah untuk jawatan tersebut cukup hebat. Saudara Norizan Sharif (Nobisha) menulis sebentar tadi mengenai panggilan telefon dari seorang pemimpin Kedah meminta beliau "mempromosikan" orang tertentu untuk jawatan tersebut.
http://nobisha.blogspot.com/2010/12/umno-kedah.html
Dalam Umno Kedah hari ini, tiada perkara lain yang lebih penting dari melobi untuk jawatan Ketua Perhubungan ini. http://syburi-times.blogspot.com/2010/12/masih-wujud-warlord-umno-di-kedah.html
Jawatan Ketua Perhubungan umpama nyawa. Jawatan ini akan meletakkan pemegangnya sebagai bakal Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya Umno merampas semula Kedah dari Pas.
Bukan setakat lobi melobi. Malah cantas mencantas berlaku. Khabar angin bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan Umno Kedah menghantar mesej kepada Najib bahawa hanya Ketua Bahagian layak dipilih menjadi Ketua Perhubungan dan jika Najib mahukan Umno Kedah aman damai.
Dengar katanya, ianya amaran kepada Najib supaya jangan melantik Mukhriz dan Jamil Khir.
Suasana di dalam Umno Kedah hari ini cukup menggembirakan Pas Kedah. Pilihlah siapa pun sebagai Ketua Perhubungan, Umno Kedah akan hancur.
Hancur bukan kerana kekuatan Pas. Hancur kerana hasad dengki sesama sendiri. Tanyalah Shafie Apdal. Bagaimana beliau disiat-siat oleh pemimpin Umno Kedah.
Jika Najib memilih Mukhriz, kareer politik Mukhriz akan berakhir. Jamil Khir juga akan menerima nasib yang sama kalau beliau menjadi pilihan.
Ketika Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar, siapa dalangnya? Semua orang Kedah tahu siapa dalangnya.
Ketika Sanusi Junid menjadi Menteri Besar, orang yang sama menjadi dalang untuk menjatuhkan beliau.
Kini dalang ini turut menyimpan hasrat untuk dilantik menjadi Ketua Perhubungan.
Singgahlah ke Ibupejabat Umno Kedah atau Holiday Villa. Ceritanya sama saja iaitu masing-masing mendabit dada beliau lah yang paling layak menjadi Ketua Perhubungan.
Ceritanya bukan bagaimana hendak menawan Kedah dari Pas. Samalah ceritanya semasa banjir baru-baru ini.
Ianya bukan cerita untuk membantu mangsa banjir di masa-masa sukar. Ceritanya ialah bagaimana untuk memastikan wajahnya dipaparkan di dada-dada akhbar dengan harapan mendapat perhatian Najib dan Rosmah Mansor.
Maka apabila Muhyiddin Yassin melawat Kedah, berebut-berebut mereka ini berpusu-pusu memenuhi ruang ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas untuk "mendaftar" muka mereka kepada Muhyiddin.
Berbatu-batu kereta mereka mengekori Muhyiddin ke Kompleks Sukan di Suka Menanti and lintang pukang berlari untuk berdiri paling hampir dengan Muhyiddin dengan harapan gambar mereka disiarkan media.
Adakalanya, nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada. Ketawa kerana gelihati melihat gelagat pemimpin Umno yang bergelar Dato' dan Dato' Seri ini mengemis. Nak menangis kerana mengenang nasib Umno di Kedah pada ketika ini.
Sebulan ini, ramai pemimpin Umno Kedah tidur sejam sehari kerana melobi.
Tidak lama lagi Najib akan mengumumkan siapa Ketua Perhubungan yang baru. Hanya seorang yang akan riang gembira, yang selebihnya akan menangis di siang hari.
Selepas keringnya airmata, maka akan bermulalah asah mengasah parang. Inilah masanya untuk kita berhibur melihat aksi silat para panglima ini.
tuan
ReplyDeletemahadzir khalid masa jadi menteri besar ada segala2nya. ada jentera kerajaan negeri. ada duit. ada jentera umno. ada kemas. ada jabatan pertanian.. ada segala2nya. tapi umno kalah juga.
la ni, mahdazir ada teloq dengan handfon saja. hang ingat kalau dia jadi ketua perhubungan kedah boleh menang?
last sekali, teloq2 pun hilang
penah pegi "review site" untuk camera ka, telipon bimbit ke.....
ReplyDeleteOK...kita letak gambar mereka semua, lepas itu kita list kan,
education, ahli sejak, pecapayan, contribution, teloq besar mana, rumah besar mana, kereta jenis apa, list bagi panjang2
baru kita tau....siapa siapa...mungkin ada yang tarik diri kut...KASUT BESAR DARI KAKI...
penah pegi "review site" untuk camera ka, telipon bimbit ke.....
ReplyDeleteOK...kita letak gambar mereka semua, lepas itu kita list kan,
education, ahli sejak, pecapayan, contribution, teloq besar mana, rumah besar mana, kereta jenis apa, list bagi panjang2
baru kita tau....siapa siapa...mungkin ada yang tarik diri kut...KASUT BESAR DARI KAKI...
cadangan aku, lantik Tun Mahahtir je jd Pengerusi Kedah.Kat Kelantan lantik Tengku Razaleigh.Kat Penang lantik Tun Dollah Badawi.Kat Perlis bagi kat DS Shahidan tp DS Radzi bg jd Menteri di Federal.Kt Gannu bg kat Md Said.Kat Wilayah bg kt Dt Sulaiman Raunders.Kira ni win-win situation.sebabnya semua boleh pikir sendiri. Aku cadang ja.x kalu smpai PRU13 laa duk bergasak depa2 ni.keja x jalan tp begasak je laa. AKU CADANG ja. x suka cadangan di tutup.heh..heh
ReplyDeleteSaya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
ReplyDeleteBerdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!
Sangat setuju jika Mukriz yang dilantik, semuga genarasi muda dapat diberi tanggungjawab membangun Kedah. Kalau tak boleh lantik yanglain selain Mantan MB yang sombong,angkuh dll
ReplyDelete