Saturday, October 16, 2010

RAIS YATIM ANGKUH!

Bagi Rais Yatim, blogger tidak penting.

Itulah sebabnya beliau sanggup membakar jambatan dengan para blogger dengan membuat laporan polis terhadap blogger Rockybru, BigDog dan Taikors and Taikuns.

Bagi Rais, orang yang bertanggungjawab kepada jentera Penerangan dan Komunikasi Kerajaan, blogger tidak ada guna sesen pun.

Blogger harus dipenjarakan. Mungkin pada Rais, blogger sering menghidangkan cerita (cereka) separuh benar tanpa bukti, sepertimana tuduhan yang beliau lemparkan terhadap Rockybru, BigDog dan Taikors and Taikuns.

Ada ketikanya, memang benar ada blogger yang menyiarkan cerita separuh benar (half truth). Tetapi apalah yang ada pada seorang blogger.

Sesetengah blogger, kerja pun tiada. Ada blogger yang papa kedana. Duduk di bawah pokok, sambil menghirup secawan teh tarik, menjamah sekeping roti canai dan berbekal sebuah laptop, mereka menulis. Ada cerita benar, ada cereka.

Walaupun mereka bercerita separuh benar, mereka ada budi bahasa dan berjiwa murni. Mereka tidak merompak hak negara, mereka tiada kuasa untuk membahagi-bahagikan khazanah negara. .

Seorang blogger mencadangkan agar satu usaha untuk mendamaikan Rais dengan Rockybru diadakan.

Siapa perlukan siapa? Rais perlukan blogger atau blogger perlukan Rais?

Terus-terang kita katakan, pada blogger, Rais tak penting. Pada kita Rais patut sudah lama ditendang keluar dari Kabinet oleh Najib Razak.

Rais seorang Menteri yang tidak ada budi bahasa, bongkak dan lupa daratan. Lihatlah video-video beliau di mana beliau bertutur penuh dengan keangkuhan.

Rais lupa bahawa beliau menjadi Menteri kerana rakyat memilih beliau. Orang-orang kampung di Jelebu yang hidupnya tidak sesempurna Rais yang memilih beliau. Rais manusia yang tiada budi bahasa. Orang berbudi, kita berbahasa.

11 pilihanraya kecil telah berlalu. Apa jasa Rais kepada Barisan Nasional dan Umno semasa pilihanraya-pilihanraya kecil ini? Jawapan, sekelumit pun tidak ada.

Sampailah masanya, para blogger membiarkan Rais dan Kementerian beliau pula membuat kerja di Batu Sapi dan Galas. Tidak perlu para blogger membantu BN dan Umno di kedua-kedua pilihanraya kecil ini.

Kementerian Rais mempunyai Jabatan Penerangan, mempunyai Jabatan Penyiaran, mempunyai Radio dan Televisyen Malaysia dan mempunyai pakar-pakar IT dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Perdana Menteri seharusnya mengarahkan Rais turun padang, mengharung lumpur, membantu BN dan Umno menyakinkan rakyat untuk mengundi Kerajaan.

Tidak mungkin Rais tidak dapat melakukannya. Beliau ada Jabatan Penerangan. Apa peranan Jabatan Penerangan sekarang?

Di bawah Rais, Jabatan Penerangan hanya tidur. Tidur dengan penuh nyenyak. Apa peranan Jabatan Penerangan semasa 11 pilihanraya kecil selama ini?

Kalau dalam tahun 70an dan 80an, kerja Jabatan Penerangan ialah memasuki setiap pelusuk kampung dan menghiburkan penonton dengan tayangan wayang percuma dan menyediakan speaker dan mikrofon untuk pemimpin berucap. Hari ini hanya Rais sahaja yang tahu apa Jabatan Penerangan buat setiap hari.

Setiap negeri ada Pengarah Penerangan. Di Kuala Lumpur pula, ada Ketua Pengarah Penerangan. Begitu hebatnya Jabatan Penerangan. Malangnya Jabatan Penerangan hanya tinggal nama sahaja.

Begitu juga dengan RTM. Kekadang tertanya-tanya kita berapa ramai yang menonton berita di RTM. Rais sudah pasti menonton Berita di RTM kerana hanya RTM yang sanggup menyiarkan wajah beliau yang penuh dengan kesombongan itu.

RTM hari ini, di bawah kepimpinan Rais, hidup segan, mati tidak mahu.

Sudah tiba masanya untuk Najib meletakkan tanggungjawab memenangkan Galas dan Batu Sapi di bahu Rais.

Inilah masanya Najib menilai samada beliau perlu mengekalkan seseorang pemimpin yang sudah menghampiri usia 70 tahun di dalam Kabinet beliau.

Galas dan Batu Sapi kayu pengukurnya. Kita mahu melihat muka Rais, siang-malam, 24 jam sehari, bertungkus lumus mulai sekarang mengerakkan jentera Penerangan dan Komunikasi di Galas dan Batu Sapi untuk memastikan kemenangan BN.

Kepada Rais, jangan harapkan blogger melakukan kerja untuk kamu.

5 comments:

  1. Terima kasih untuk sokongan.

    Memanag benar: bloggers perlukan Rais ATAU Rais sebagai Menteri Penerangan memerlukan bloggers?

    Yang nyatanya, PM dan TPM sendiri berinteraksi Dan bekerjasama dengan warga media baru. Dan ini berlaku secara berterusan.

    Jelas sungguh Rais sudah lupus tarikh. Sudah tiba masa warga bloggers mendesak agar Menteri yang menolak alat media baru seperti blog, Facebook dan Twitter disingkirkan.

    ReplyDelete
  2. kalau tengok slot dalam tv yang dia hadiri mana ada dia bergelumang ngan lumpur.. nak ke dia jalan kat kawasan bertanah merah... nak ke dia masuk felda dan terpijak tahi lembu... nak ke dia pergi rumah org miskin.. negarut le kalau dia nak gi.. aku caya jabatan penerangan akan membungkang sepuas2nya sebelum menteri lain ambil alih.. masa ni le jabatan penerangan nak membungkang

    ReplyDelete
  3. Salam sahabatku,

    Rais akan jadi 'yatim' tanpa jawatan dalam politik. politik adalah bread and butter kepada dia. Apa dia nak kerja selepas ni kalau Najib singkir dia? Kesihan dia. Sebab itulah dia kena terus bersikap ego, kerana sikap itulah yang menyambung nyawa dia dalam karier politiknya.

    Nasib baik game plan yg kj corakkan dulu gagal. kalau berjaya tiadalah lagi rais kerana ketika itu dia adalah 'yatim' politik....hanya rumah kebajikan politik akan mengambil beliau misalnya menjadi pengarah mana-mana glc. hi....pengarah glcpun lumayan juga....

    **Rais Piatu.

    ReplyDelete
  4. Dalam sebarang pilihanraya Jabatan Penerangan atau sebarang jabatan Kerajaan melainkan Polis tidak boleh terlibat dalam sebarang kempen kerana yang bertanding bukan kerajaan tetapi parti politik, jika kerajaan menggunakan jabatan jabatannya ia adalah salah guna kuasa dan salah secara legal dan moral.

    ReplyDelete
  5. ada satu kes saman antara dua partner dalam satu campany pada 22/10/ 10 sebutan kes dimahkamah tinggi Damansara. Mengikut afidavid plantif ada melibat seorang pemimpin melibat seorang china yang rapat dengan pemimpin itu mengeluarkan wang rm 1 juta sebagai hihihi pasti meletup. Sebab jangan lawan bloggers tunggu dan lihat. Masih embargo hihihi

    ReplyDelete