Tuesday, October 12, 2010

RAIS: AHLI KELUARGA SAYA TIDAK TERLIBAT!

"No members of my family are even remotely associated with those slanted and ill-intended allegations, and will forthwith assert my rights under the law and report the matter to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) so that an investigation could be under way. It is sad and unfortunate to find the blog also adversely speculated and alleged wrongdoing of the ministry's secretary-general and other public servants. " - RAIS YATIM

Terjemahan: "Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dengan dakwaan yang berniat jahat itu dan saya akan menggunakan hak saya dibawah undang-undang dan melaporkan perkara ini kepada SPRM agar satu siasatan dapat dilakukan. Ianya menyedihkan apabila mendapati blog tersebut turut membuat spekulasi dan tuduhan salahlaku terhadap Ketua Setiausaha Kementerian dan juga penjawat awam lain."
http://www.mmail.com.my/content/51823-its-character-assassination-says-rais

Dakwaan dan tuduhan ini dibuat berikutan keputusan Kementerian di bawah Rais dalam memberi Spektum 2.6Ghz kepada 9 syarikat baru-baru ini.

Tindakan Rais yang mahukan SPRM menyiasat dakwaan ini patut dipuji. Ketelusan seumpama inilah yang diperlukan untuk mengelakkan spekulasi terus timbul. Masyarakat sekarang mahukan keterbukaan.

Bagaimanapun Rais turut membuat laporan polis terhadap blog-blog yang menyiarkan dakwaan ini. Laporan polis oleh Rais: http://www.mmail.com.my/content/52046-rais-yatim-lodges-report-over-allegations-against-son

Kontroversi mengenai pemberian Spektrum ini juga telah dibangkitkan oleh editor kanan sebuah akhbar Inggeris.

Baca tulisan editor ini di sini: 1) http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?sec=business&file=/2010/10/8/business/7185707

Editor ini juga pernah menulis bagaimana Kerajaan India memperolehi RM43.8 bilion dari penjualan Spektrum 3Ghz.

Spektrum ini, menurut editor tersebut, sama nilainya dengan minyak.

Klik di sini untuk membaca tulisan editor tersebut Mei lalu: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/21/business/6309209&sec=business

4 comments:

  1. Orait! fine Rais, dah nafikan lepas nie jika ada yang cakap lagi pasti kena, TETAPI bila Rockybru cuit bertanya bukan menuduh sekadar ingin tahu rakyat juga ingin tahu MENGAPA buat lapuran polis terhadap Rockybru dll. Aii!! tak boleh tanya ke? Susahlah tanya pun tak boleh..tak aci la....Macam aku kalau aku tanya salah juga ke? Ap ke jadah la nak jadi dengan negara nie. Rakyat dah beransur ansur mula nak menyokong kembali UMNO/BN, tup tup mcm nie perangai menteri UMNO/BN terhadap rakyat plak..ok sukahati mak lu lah, PRU13 kita tengok mak lu ketawa atau nangis ke, lu bikin rakyat meluat.

    ReplyDelete
  2. Najib telah melakukan satu kesilapan yg besar dgn menyimpan lagi Rais sbg Menteri!

    ReplyDelete
  3. Khabarnya telah ada usaha untuk 'mendamaikan' Rocky-Rais..usaha murni seperti ini harus kita sokong dan sebagai rakyat yang bertanggunjawab janganlah kita terus menjadi penyekat ke arah sebarang usaha 'mendamaikan' kedua-dua tokoh ini..

    ReplyDelete
  4. Kalau kalah BN...Rais yg bertanggungjawab

    ReplyDelete