Friday, November 20, 2009

UMNO KEDAH SIHAT WALAFIAT!

TIDAK BENAR!

1) TIDAK BENAR wujudnya PUAK dalam Umno Kedah.

2) TIDAK BENAR wujud PERPECAHAN dalam Umno dan BN Kedah.

3) TIDAK BENAR ketua-ketua Umno di Kedah TIDAK MENYOKONG kepimpinan Shapie Apdal.

4) TIDAK BENAR ada Ketua-Ketua Bahagian TIDAK HADIR mesyuarat perhubungan dan majlis yang dihadiri dan dipengerusikan oleh Shapie Apdal.

5) TIDAK BENAR Umno Kedah BERPECAH-BELAH.

Inilah antara intipati kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Ketua Bahagian Alor Setar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Oleh itu Bashah menafikan apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia baru-baru ini tidak benar. Dengan kata lain, Umno Kedah sihat walafiat, kukuh dan bersatu padu.
Tulisan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

Dan tulisan blogger Abdul Kadir Jasin mengenai Umno Kedah yang bertajuk Kemelut Politik Nasional: Dari ke Kota Mekah ke Kota Seputih dan Umno Kedah mamaikah?
http://kadirjasin.blogspot.com/2009/11/kemelut-politik-nasional-dari-kota.html

3 comments:

  1. Salam Ziarah.....

    Kalau tak angin masakan pokok bergoyang.Tetapi kita hormatilah pandangan wakil2 rakyat BN Kedah ni atas pengakuan depa yang UMNO Kedah masih bersatu.......

    Tuan kalau tak keberatan mohon linkkan blog saya ke blog tuan .Terima Kasih........
    http://lagendabaling.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Nak tahu benar atau tidak, tunggu je lah prk nanti...

    ReplyDelete
  3. Inilah yang dikatakan pada zaman Pak Lah dulu "living in denial sindrom" tetapi hasilnya tetap terjadi benda yang dinafikan tersebut. Boleh percayakah?, jangan deny saja tapi buktikan kepada akar umbi UMNO yang nak tengok hasilnya bukan retorik semata - mata.

    ReplyDelete